Hubungan intim di antara Hyun Bin dan Son Ye Jin yang terkenal sebagai peneraju utama drama popular Korea Selatan, Crash Landing On You bukanlah satu perkara asing dalam kalangan peminat mereka berdua. Percintaan pasangan selebriti moden ini amat diikuti rapat oleh industri hiburan di Korea sehinggakan banyak khabar angin berkaitan mereka yang disampaikan dari semasa ke semasa.
“Adakah mereka masih bersama?”
“Adakah mereka bakal berkahwin?”
Apa jua khabar angin yang pernah korang dengar mengenai Hyun Bin dan Son Ye Jin, korang tidak dapat menafikan betapa sepadannya pasangan ini apabila digandingkan bersama.
Selama mereka bersama, banyak momen-momen manis yang menyaksikan mereka menikmati masa temu janji romantik serta bercuti bersama yang berjaya dihidu oleh media di sana.
Terbaru pada hari Rabu, Son Ye Jin; 40 telah meleraikan segala ura-ura yang bertebaran menerusi akaun rasmi Instagram beliau dengan mengumumkan perkhabaran mengernai perancangan perkahwinan mereka berdua pada bulan Mac 2022!
Beliau telah memuat naik sekeping foto berupa gaun putih ‘miniature’ diikuti dengan kapsyen panjang lebar untuk memberitahu berita gembira itu kepada peminatnya.
“Sebelum menulis surat ini, saya agak bimbang mengenai cara untuk meluahkan perasaan saya. Saya ingin menceritakan kisah yang indah-indah kerana ia amat berharga dan penting untuk saya.
“Saya telah menemui seseorang untuk bersama-sama menghabiskan sisa hidup saya. Ya, benar tekaan anda. Dia seorang yang mesra dan saya berasa tenang hanya dengan keberadaannya.
“Saya tidak pernah menjangkakan seorang lelaki dan perempuan boleh bertemu, berkongsi perasaan dan membina masa depan bersama.. Kami berdua tiba ke saat ini secara semulajadi.”
Ads
“Terima kasih kepada semua pihak yang menjadikan perhubungan kami sebagai takdir kami. Kamu semua, berkatilah masa hadapan yang akan kami cipta bersama. Dan kepada para peminat yang sentiasa menyokong saya, saya tidak mampu untuk membalas kasih sayang yang telah anda tunjukkan kepada saya. Saya hanya mampu unuk bersyukur.
“Saya ingin menjadi seorang pelakon dan insan yang lebih matang. Namun ia tidak semudah yang saya sangkakan. Satu hari nanti, saya berharap akan berjaya mencapai impian tersebut.
“Jujurnya, saya berharap agar anda gembira pada setiap hari,” catatnya.
*
Hyun Bin turut tidak terkecuali untuk memuat naik kenyataannya; juga menerusi akaun Instagram beliau. Dengan menggunakan foto yang menunjukkan pasangan itu berpegangan tangan, ia berbunyi, “Hello, ini ialah Hyun Bin. Adakah anda semua sihat?”
“Saya menulis demi berkongsi keputusan yang paling penting pernah saya lakukan dalam hidup saya; pertamanya, buat para peminat yang sentiasa mengambil berat walaupun syaa mempunyai banyak kekurangan. Saya pasti sebahagian daripada kamu sudah dapat mengagak (mesej) saya bukan?
“Ya, saya bakal berkahwin dan perlahan-lahan melangkah ke fasa kedua dalam hidup saya. Saya telah membuat keputusan ini dengan insan yang selalu membuatkan saya tersenyum.
“Saya berharap kamu akan menyokong keputusan kami ini dengan rasa gembira dan penuh kasih sayang. Saya juga berharap kamu semua sihat dan gembira hinggalah satu hari nanti kita dapat bertemu dan bertanya khabar,” catatnya.
Dalam pada itu, agensi yang mewakili pasangan itu berkata bahawa majlis perkahwinan mereka bakal dilangsungkan secara tertutup di Seoul pada bulan Mac dan ia hanya akan dihadiri oleh ibu bapa Son Ye Jin dan Hyun Bin serta kenalan rapat mereka.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai perhubungan Hyun Bin dan Son Ye Jin telah diumumkan secara rasmi pada 1 Januari 2021.
Bermula dari pengenalan untuk berkerjasama atas nama muzik, kini Ernie Zakri dan Syamel sedang mengitung detik bagi mengenali hati budi masing-masing sebagai suami isteri pula.
Menerusi muat naik di Instagram Ernie sebentar tadi, penyanyi bersuara lunak itu telahpun berkongsi beberapa foto yang diambil daripada majlis berinainya.
Seperti dijangka, muat naik tersebut mendapat sambutan baik daripada para peminat dan rakan artis.
Biarpun begitu, Ernie dan Syamel masih menutup mulut berkenaan tarikh dan masa bagi majlis akad nikah mereka; mirip ‘strategi’ yang sama semasa majli merisik mereka dilangsungkan pada bulan Ogos tahun lalu.
Sebelum ini, Ernie pernah menyatakan mereka berdua tidak berniat untuk merahsiakan tarikh pernikahan, namun tidak pula mencanang tarikh sebenar demi menyelesaikan segala persediaan dengan lebih tenang.
Apa yang pasti, pasangan yang cukup sweet di mata kami ini merancang untuk disatukan selepas tamatnya pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-35 pada 14 Mac lalu.
Adakah esok merupakan tarikh istimewa penyatuan dua insan seni berbakat ini?
Memilih pasangan yang lebih muda adalah perkara biasa. Namun, jika pasangan terlalu muda, kadang kala ia juga turut mengundang masalah dalam hubungan.
Dapat pula yang berperangai seperti keanak-anakan, pening kepala juga dibuatnya.
Nah, semua masalah kan ada penyelesaiannya. Faktor umur tidak menjadi penghalang jika korang bijak mencari jalan untuk mengeratkan lagi hubungan bersama pasangan.
Kali ni REMAJA nak kongsi kan pula tip bagaimana mengekalkan hubungan bersama pasangan yang lebih muda.
1. Light & Easy
Bila bercinta dengan orang yang lebih muda, just be cool and relax dengan apa yang terjadi. Jangan terlalu menekan pasangan korang untuk terlalu serius dalam hubungan.
Korang kena faham, jiwa muda seperti mereka tidak suka sesuatu yang terlebih serius. Percayalah, jika korang mampu memahami jiwa mereka. Pasti mereka juga akan cuba memahami korang.
2. Jangan mengongkong dan mengatur langkahnya
Ya, tidak di nafikan, mempunyai pasangan yang lauh lebih muda memang agak merumitkan lagi-lagi dalam setiap langkahnya. Kadang kala ia akan membuatkan kita terasa seperti “Aku kena jaga dia! Banyak benda dia tak tahu ni!”.
Tetapi kena ingat, mungkin bagi korang ia adalah satu tanggungjawab, tetapi tidak bagi mereka. Terlalu mengongkong dan mengatur langkahnya akan membuatkan pasangan mula rimas. Jadi, jangan cuba nak jadi ibunya ye.
3. Cuba masuk ke dunia mereka
Tiada salahnya jika korang cuba masuk ke dalam dunia mereka. Have fun lah sekali sekala. Contoh ikut dia pergi gig atau konsert-konsert kegemarannya. Pasti dia akan rasa di hargai dan berbangga dengan tindakan berani korang tu.
4. Beri keyakinan padanya
Kalau korang sayang kan dia, apa kata beri keyakinan dan ingatkan dirinya adalah pilihan terbaik korang. Buktikan juga jarak usia bukanlah penghalang untuk korang berdua bersatu.
5. Sentiasa sabar
Jangan sesekali jadi seorang yang cepat melenting. Maklum sahajalah, jiwa muda ni macam-macam karenahnya. Jadi, untuk mengelakkan hubungan korang bertambah rumit dan porak-peranda, adalah lebih baik jika tabahkan hati dan sentiasa bersabar dengan apa yang bakal terjadi.
6. Lebih terbuka
Orang berjiwa muda ni suka kan kebebasan. Jangan kata “Ini tak boleh, itu tak boleh”, memang memberontaklah nanti. Oleh itu, korang perlu menjadi seorang yang lebih terbuka dan sporting. Barulah hubungan korang akan menjadi lebih seronok.
Siapa yang mempunyai pasangan lebih muda, boleh share experience sikit tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berbekalkan populariti, sopan dalam pertuturan dan wajah yang tampan; mana-mana gadis yang mengenali pelakon, Aniq Suhair tentunya boleh mudah ‘cair’ dengan pakej yang dia miliki.
Tidak hairanlah apabila Aniq, 24 kini sedang hangat digosipkan dengan seorang gadis yang masih dirahsiakan identitinya. Setelah hampir satu tahun setengah mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada dunia lakonan, rupa-rupanya hati Aniq sudah berbunga!
Aniq Suhair.
“Kami baru saling mengenali untuk lima ke enam bulan. Nantilah kalau sampai masa, kalau ada jodoh, kalau sudah rasmi (perhubungan) saya akan beritahu.
“Saya bukanlah ingin berahsia, cuma saya takut benda itu tak jadi kalau saya kongsikan terlalu awal. Buat masa ini, biarlah (identiti gadis tersebut) dibiarkan rahsia dahulu. Apabila sudah rasmi nanti, saya beritahu,” kata bekas finalis pencarian Hero Remaja 2020 itu ketika ditemui baru-baru ini.
Khabarnya juga, gadis berkenaan juga merupakan rakan seindustri Aniq namun belum pernah berkesempatan untuk berlakon bersama dalam satu set penggambaran.
Apabila diajukan pertanyaan sama ada Aniq kini bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekiranya sudah tiba jodoh yang tepat, Aniq sekadar menganggukkan kepala dan berkata sudah bersedia.
“InsyaAllah kalau ada jodoh, mengapa tidak (ke fasa yang lebih serius). Tidak tahu rezeki Allah macam mana tapi (buat masa ini) kami berkawan macam biasa.
“Keluarga saya pun tidak tahu lagi (mengenai kewujudan si dia). Cuma buat masa ini, saya positif dengan kehadirannya (dalam hidup Aniq),” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Aniq kini sudah bersedia sepenuhnya untuk melakukan comeback sebagai pelakon dengan energi baharu.
Terbaru, Aniq muncul dalam sebuah siri mini di bawah terbitan VIU Malaysia berjudul 100 Days To Ask Your Crush Out di samping dua pelakon lain, Harissa Adlynn Halim dan Aiman Tino.
Welcome back, Aniq!
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!