Ramai yang menganggap penggunaan produk perlindungan kulit hanya untuk mereka yang ingin pergi melancong dan bercuti di pantai sahaja. Nah, tak betul fakta itu.
Sebenarnya produk perlindungan kulit ataupun sunblock ini harus digunakan pada setiap hari sebelum kamu ingin keluar rumah.
Tidak kiralah sekiranya kamu ingin lakukan aktiviti lasak, berjalan-jalan atau sekadar memandu di luar, kita tidak boleh merisikokan kulit kepada cahaya UVA dan UVB.
Sunblock dapat membantu melindungi kulit daripada kedua-dua ancaman tersebut yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah, terutamanya di negara seperti Malaysia yang beriklim tropika.
Terdapat banyak pilihan sunblock yang dijual di luar sana, namun kamu perlu pandai memilih supaya hasil keberkesanannya baik untuk kulit.
Seperti produk Daily Defender yang mempunyai SPF50+ ini, dihasilkan daripada kombinasi ujian sains dan ekstrak tumbuhan semulajadi. Lalu ia bukan saja melindungi kulit pada permukaan saja tetapi juga sihat untuk memberi hidrasi kepada kulit di bawah terik matahari.
Sunblock keluaran NUViT Malaysia ini juga bebas alkohol dan tidak memberikan kesan alergi. Lantas, ia sesuai dipakai pada semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.
Ads
Pendedahan kulit di bawah pancaran cahaya matahari akan menyebabkan kulit ‘terbakar’ (sunburn), menyebabkan penghasilan bintik-bintik hitam (dark spots) dan kulit jadi tidak sekata.
Bukan itu saja, sekiranya terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan untuk jangka masa panjang, ia juga boleh merosakkan serat kolagen pada bahagian dalaman kulit, lalu menyebabkan kedutan dan kulit kasar.
Sebagai wanita muda, penjagaan kulit adalah sangat penting. Bukan hanya kerana ingin memelihara kulit yang cerah, tetapi juga kerana kita ingin menjaga kondisi kulit agar sentiasa sihat, bermaya dan tidak mempunyai simptom penuaan (ageing) sebelum waktunya.
Ads
Lebih-lebih lagi buat si gadis aktif yang sering melakukan aktiviti lasak seperti 10 orang finalis Dewi Remaja 2019 yang perlu menjalani cabaran episod keempat di Eco Venture Semenyih baru-baru ini.
Sebelum proses penggambaran episod keempat itu berlangsung, mereka telah mempersiapkan diri dengan menyapu rata Daily Defender daripada NUViT pada bahagian yang terdedah kepada cahaya matahari.
Sebelum berada lebih daripada 8 jam di bawah terikan cahaya matahari, waktu inilah penggunaan sunblock sangat membantu untuk mengekalkan tona kulit mereka.
Ads
Dengan penggunaan Daily Defender, kesemua finalis masih tampil cantik dan selesa melakukan aktiviti lasak tanpa perlu risau soal sunburn.
Namun, kami ingin ingatkan yang para finalis juga dikehendaki mengulangi semula pemakaian sunblock ini setiap 2 jam bagi mengekalkan daya tahan perlindungan sepanjang hari.
Hasilnya, kesemua finalis berpuas hati dengan penggunaan Daily Defender ini kerana bukan hanya melindungi kulit daripada menjadi gelap, malah ia juga dapat mengekalkan tona kulit menjadi sekata.
Saksikan pencarian Dewi Remaja 2019 pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Kemudian saksikan LIVE Facebook dan Instagram bersama finalis di @majalahremaja pada jam 10.00 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Syed Fernarsh Syed Badlishah atau lebih dikenali sebagai Chazynash baru-baru ini telah menerima penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Menerusi satu perkongsian di Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Chazynash telah diberikan tanda penghargaan apabila tindakannya dan rakan-rakan menyelamatkan empat orang warga Indonesia yang juga merupakan mangsa bot karam selepas dilanggar kapal tangki di sekitar perairan antarabangsa.
Menurut laporan berita tempatan, kumpulan nelayan tersebut hanyut dan terapung di perairan Pulau Jarak, Perak pada 20 November lalu.
Kredit: Instagram ChazynashChazynash dan rakan-rakannya yang telah menyelamatkan mangsa bot karamKredit: Instagram Chazynash
“Keberanian dan tindakan pantas yang dihulurkan telah berjaya menyelamatkan nyawa mangsa yang dalam kecemasan”
Dalam pada itu, seramai tujuh individu dan dua wakil pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga turut menerima sijil penghargaan khas daripada Maritim Malaysia
Selain Chazynash, antara individu yang menerima sijil penghargaan khas itu ialah Muhammad Afiq Sazali, Luqman Al Hakim Mohd Sabri, Mohamad Khushairi Mohamad Zuki, Muhammad Afif Abdul Rahman, Muhammad Syukri Yuhanda dan Ismail Ibrahim.
Kredit: Instagram ChazynashWarga Indonesia Yang Menjadi Mangsa Bot KaramKredit: Instagram Chazynash
Sementara, dua pihak TLDM yang menerima sijil penghargaan khas Maritim Malaysia adalah daripada Stesen Jarak TLDM dan KD Mahamiru.
Sehubungan itu, bersempena peluncuran kempen kesedaran keselamatan Monsun Timur Laut (MTL), penyerahan sijil penghargaan tersebut bersesuaian menghargai jasa dan sumbangan diberikan oleh komuniti maritim.
Menurutnya pihak Maritim Malaysia, sumbangan dalam memberi bantuan awal terhadap sebarang insiden kecemasan di laut merupakan satu contoh teladan baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia juga jelas mempamerkan semangat tolong-menolong dan saling membantu tanpa mengira latar belakang mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas menonton tayangan perdana Bullet Train bersama penonton bertuah majalah Remaja, apa yang boleh kami katakan korang bakal terhibur selama lebih kurang dua jam menonton filem lakonan utama Brad Pitt ini.
Mengisahkan tentang seorang pembunuh yang berusaha untuk menyelesaikan misi di dalam kereta api, namun tidak menyangka di situ ada lagi empat penjahat lain yang mempunyai misi yang sama.
Dia menaiki kereta api Tokyo untuk mendapatkan semula beg bimbit misteri, tetapi terpaksa bersaing dengan sekumpulan pembunuh upahan yang lain untuk mendapatkan beg itu juga. Akhirnya, berlaku pergelutan di dalam bullet train sehingga ke stesen yang terakhir.
Setelah dua tahun tidak keluar dalam mana-mana filem box office, filem terakhir Brad Pitt adalah pada tahun 2019 iaitu Ad Astra. Namun begitu, pelakon legend ini baru sahaja muncul dalam filem The Lost City tetapi hanya sebagai watak cameo yang pastinya membuatkan peminat tidak puas untuk menonton lakonan Brad Pitt.
Kali ini, Brad Pitt kembali beraksi di layar perak dengan menghadiah sebuah filem aksi terbaik arahan David Leitch yang kini sudah pun berada di pawagam.
Apa yang boleh kami katakan, korang pasti akan berpuas hati menonton filem ini di panggung wayang kerana bukan hanya memaparkan aksi perlawanan yang hebat, malam penonton bakal disajikan dengan babak-babak menghiburkan yang juga turut diselit unsur komedi.
Watak Lemon dan Tangerine sangat membantu memberikan humor dalam filem Bullet Train dan tidak terlepas menampilkan aksi-aksi lucu daripada pasangan ‘kembar’ ini.
Apa yang paling menarik adalah penampilan istimewa daripada bintang-bintang cameo yang turut muncul dalam filem aksi ini. Nak tahu siapa? Ha, korang kenalah tonton sendiri di pawagam okay? Tak best pula kalau kami bagi spoiler lebih. Hiks!
Secara keseluruhannya, filem lakonan Brad Pitt ini memang berbaloi untuk ditonton dan sangat sesuai bagi mereka yang gemar menonton babak-babak aksi. Pertembungan budaya Jepun juga merupakan salah satu daya penarik bagi filem tersebut.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain Squid Game, Selena Gomez juga telah mencipta sejarah pada Anugerah Emmy bagi tahun ini.
Keunggulan drama bersiri Korea terbitan Netflix, Squid Game berterusan hingga ke tahun ini apabila ia menerima 14 pencalonan bagi Anugerah Emmy 2022 sekaligus memecahkan rekod mana-mana naskah bukan berbahasa Inggeris yang pernah tercalon di acara berprestij itu.
Pengumuman pencalonan pada awal pagi tadi itu menyaksikan Squid Game meneruskan penguasaan di dunia hiburan Barat terutamanya di Hollywood setelah ia memberikan saingan sengit kepada drama popular lain seperti Stranger Things, Euphoria, Succession, Ozark, Severance, Better Call Saul dan Yellow Jackets menerusi kategori Drama Bersiri Cemerlang. Squid Game sekaligus menjadi siri bukan berbahasa Inggeris pertama untuk dicalonkan dalam kategori tersebut dalam sejarah penganjuran Anugerah Emmy.
Tambah membanggakan apabila lima pelakon drama tular itu turut dicalonkan menerusi kategori lakonan; justeru menjadikan mereka sebagai para pelakon warganegara Korea Selatan pertama dalam sejarah untuk diiktiraf dengan pencalonan dalam kategori masing-masing.
Ini termasuklah Lee Jung jae (Seong Gi-hun) untuk kategori Pelakon Lelaki Utama dalam Drama Bersiri, Jung Ho yeon (Kang Sae-byeok) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita dalam Drama Bersiri, Park Hae Soo (Cho Sang-woo) dan Oh Young Soo (Oh Il-nam) masing-masing untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki dalam Drama Bersiri dan Lee Yoo mi (Ji-yeong) untuk kategori Pelakon Jemputann Wanita dalam Drama Bersiri.
Selain itu, Squid Game turut menerima pencalonan bagi pengarahnya, Hwang Dong Hyuk yang menjadi warganegara Korea Selatan pertama untuk memperoleh pencalonan Emmy untuk kategori pengarahan dan penulisan.
Lain-lain kategori pencalonan melibatkan Squid Game terdiri daripada Reka Bentuk Produksi Cemerlang untuk Program Kontemporari Naratif (Satu Jam atau Lebih), Sinematografi Cemerlang untuk Siri Single-Camera (Satu Jam), Suntingan Gambar Single-Camera Cemerlang untuk Drama Bersiri, Muzik Tema Original Cemerlang, Kesan Visual Cemerlang untuk Satu Episod dan Persembahan Aksi Cemerlang.
Turut mencipta sejarah ialah penyanyi dan pelakon, Selena Gomez yang menjadi wanita berbangsa Latin kedua untuk dicalonkan sebagai seorang penerbit dalam kategori drama bersiri komedi. Begitupun, Selena terlepas pencalonan bagi kategori pelakon wanita untuk naskah Only Murders in the Building.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan konflik yang kian meruncing di Asia Barat, proses membawa pulang rakyat Malaysia dari beberapa negara menemui sedikit kesukaran.Ini berikutan penutupan ruang udara di...