
Bintang terkenal K-Pop, Jimin BTS baru-baru ini menyentuh hati orang ramai sekali lagi apabila dana biasiswa berjumlah 100 juta Korea Won (sekitar RM300,000). Difahamkan, sumbangan ini juga menjadi sebahagian daripada tradisi selama enam tahun beliau menyalurkan bantuan pendidikan kepada pelajar yang memerlukan di Korea Selatan.
Menurut Pejabat Pendidikan Wilayah Khas Jeonbuk pada 25 September, Jimin atau pemilik nama sebenar Park Jimin (30) telah berniat untuk menyampaikan derma sejak Julai lalu. Bagaimanapun, beliau baru sempat menyampaikan sumbangan tersebut melalui bapanya kepada Yayasan Biasiswa Kasih di bawah seliaan pejabat.
BACA: RM BTS Sumbang 200 Juta Won Kepada 2 Hospital Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-31
Dalam pada itu, dana ini akan digunakan untuk membantu pelajar sekolah rendah, menengah, sekolah menengah atas, hingga sekolah pendidikan khas (SLB), meliputi mereka yang berprestasi tinggi mahupun yang memerlukan sokongan kewangan.
Sementara itu, menurut pemangku penguasa pendidikan Jeonbuk, Yoo Jeong-gi berkata, beliau amat menghargai perkongsian penuh kasih sayang ini demi masa depan anak-anak serta menjelaskan dana biasiswa berkenaan akan disampaikan dengan penuh perhatian kepada pelajar yang memerlukan.
Sejak tahun 2019, pelantun lagu ‘Set Me Free Pt.2’ dan ‘Like Crazy’ itu sering menyalurkan sumbangan sebanyak 100 juta Korea Won setiap tahun kepada beberapa pejabat pendidikan di Korea Selatan, termasuk Busan, Jeonnam, Gangwon, Chungbuk, Gyeongnam dan terbaru, Jeonbuk. Usaha ini menunjukkan konsistensi beliau dalam melakukan kebaikan selama enam tahun berturut-turut.
BACA: Sumbang 200 Juta Won Korea, Felix Stray Kids Raikan Hari Lahir Ke-25 Melalui Kerja Amal
Selain biasiswa, Jimin juga aktif dalam kerja-kerja filantropi lain. Di mana, beliau pernah menyumbang kepada Green Umbrella Children’s Foundation bagi menyokong pesakit polio melalui Rotary Antarabangsa, membantu prajurit menerusi Dana Patriotisme dan Persahabatan Angkatan Darat, serta menyalurkan bantuan pascagempa Turki-Syria.
Setiap sumbangan ini sekaligus mengukuhkan imej Jimin bukan sahaja sebagai artis global tetapi juga sebagai figura yang prihatin, berjiwa besar dan memberi inspirasi kepada peminat di seluruh dunia.
Dalam perkembangan lain, BTS dikhabarkan sedang dalam persiapan untuk melancarkan album penuh yang dijadualkan pada separuh pertama tahun hadapan, sekaligus menambah keterujaan peminat khususnya BTS ARMY terhadap perjalanan muzik kumpulan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.