Mengibarkan bendera Palestin tanda sokongan buat Palestin dilihat satu kebiasaan ketika perarakan solidariti.
Namun, korang tahu tak apa maksud disebalik penggunaan simbol buah tembikai bagi menunjukkan solidariti terhadap Palestin?
Buat pengetahuan Remaja, simbol, visual atau ’emoji’ tembikai digunakan untuk memberikan sokongan kepada Palestin adalah bukanlah sesuatu perkara yang baru.
Gambaran buah segar itu digunakan kerana warna pada tembikai menyerupai bendera Palestin.
Ads
Jika dilihat, bendera negara Palestin terdiri daripada empat jenis warna iaitu putih, merah, hijau dan hitam.
Bukan itu sahaja, buah tembikai juga dikenali bagi melambangkan budaya dan entiti negara tersebut.
Difahamkan, buah tembikai telah pun ditanam secara meluas di seluruh wilayah Palestin dari kawasan Jenin hinggalah ke bumi Gaza.
Ads
Oleh disebabkan itu, buah berkenaan telah menjadi simbol penentangan yang digunakan rakyat Palestin untuk membantah penindasan dan kekejaman Israel terhadap identiti serta bendera kebangsaan mereka.
Idea penggunaan visual buah itu pertama kali muncul selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967, apabila Israel merampas kawasan Tebing Barat, Gaza, dan Baitulmaqdis.
Pada ketika itu, kerajaan Israel telah menguat kuasakan undang-undang kesalahan jenayah sekiranya penduduk memaparkan bendera Palestin di tempat umum.
Ads
Disebabkan peraturan berkenaan, penduduk Palestin membuat keputusan untuk menggunakan gambar buah tembikai yang telah dipotong sebagai pengganti kepada bendera mereka.
Ya, oleh kerana itulah dilihat ramai pengguna media sosial sudah menggunakan emoji buah tembikai bagi menggantikan bendera Palestin, menerusi hantaran mereka…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukan maraton atau aktiviti larian kini menjadi antara kegilaan buat anak muda di negara kita.
Namun, kejayaan seorang wanita berusia 52 tahun menamatkan larian ‘Virgin Ultra Maraton’ sejauh 120 kilometer (km) di Indonesia memang memberi inspirasi.
Wanita yang berasal dari Makassar yang bernama Fitriany Halim atau lebih mesra disapa Mak Fit itu juga meraih podium kedua dalam maraton yang diibaratkan perjalanan sehala dari Kuala Lumpur hingga Sungkai.
Marathon (gambar hiasan)
“Alhamdulillah Ya ALLAH, saya dapat menghabiskan larian Virgin 120km, bangga dengan diri sendiri.
“Tidak sia-sia latihan setiap hari, pagi, petang hingga malam akhirnya terbayarkan di BinLoop Ultra 120,” katanya menerusi Instagram.
Fitriany turut bersyukur diberi kesihatan yang baik pada usia kini kerana masih mampu berlari hingga ke garisan penamat.
“Alhamdulillah boleh berada tahap ini meskipun sebahagian orang tidak seberapa lagi.
“Perjuangan yang luar biasa, kerana mampu tamatkan,” tulisnya lagi.
Inspirasi Golongan Muda
Semangat kental Fitriany menjadi inspirasi kepada golongan muda, rata-rata warganet mengagumi wanita berkenaan kerana umur yang sudah memasuki lima series termasuk tubuh badan kelihatan yang ‘fit’.
“Hebat Mak Fit. Inspirasi kepada yang muda,” kata pengguna Instagram, Atikah_tsu.
“Masya-ALLAH inspirasi wanita. Tahniah mak Fit, kata salah seorangnya, Abi Dirga.
“Ibu pelatih yg luar biasa,” kata seorang lagi pengguna, Hartano.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beauty with brain! Neelofa buat pertama kalinya tercalon dalam kategori Entrepreneur di Influencer Awards 2019 Monaco. Dalam kategori itu Neelofa bakal bersaing dengan Anish Bhatt, pemilik aksesori jam tangan mewah dari India dan juga beberapa individu terkenal lain.
Anugerah berprestij ini merupakan kali kedua dianjurkan, Influencer Awards 2019 Monaco direalisasikan oleh Pauline Ducruet yang juga anakanda sulung Puteri Monaco, Stephanie bersama beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Berharap pencalonannya itu dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menggapai impian lebih besar, Neelofa begitu menghargai peluang yang julung-julung kali datang itu.
I’ve been nominated for the Entrepreneur category of the Influencer Awards 2019! You can vote here https://t.co/FLbNiCtsSr 💕
Rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat dan berdoa agar neelofar berjaya dan menang dalam anugerah berprestij tersebut.
Antara pemenang pada majlis tahun lalu termasuk penulis blog fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Gaya Hidup) dan jurusolek Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Jurusolek Paling Berpengaruh).
Anugerah yang dicipta secara eksklusif buat individu-individu berpengaruh di laman sosial seluruh dunia itu buat pertama kalinya dianjurkan tahun lalu. Acara ini adalah idea asal oleh anak sulung Puteri Monaco (Puteri Stephanie), Pauline Ducruet yang juga merupakan juri Anugerah ini. Antara juri-juri lain termasuk Pengarah Editorial Majalah PAPER – Mickey Boardman, Pop Culture Expert – Jeetendr Sedev dan Eksekutif Cif British Fashion Council – Caroline Rush.
Sumber : Twitter Neelofa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini banyak ulasan di media sosial mengenai kes Cikgu Azizan. Pagi tadi, Mahkamah Majistret di Seremban melepaskan tanpa membebaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.
Sejak kes ini menjadi tular, banyak pendapat yang dilontarkan oleh netizen. Ada yang menyokong tindakan guru disiplin tersebut, tak kurang juga yang mengkritik. Namun, perkongsian seorang lelaki tentang sahabatnya, Cikgu A dan cabaran yang dihadapi guru hari ini dalam mendidik sahsiah para pelajar turut mendapat perhatian.
Kisah Cikgu A
Pagi ini Selasa, 19 Disember 2017 Cikgu Azizan akan dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa oleh ibu bapa muridnya sendiri dalam usaha beliau mendidik anak bangsa.
Pagi ini juga, aku ingin menulis satu cerita. Kisah benar yang banyak berlaku di seluruh negara. Aku tulis satu dari ribuan kisah yang berlaku dan diharap sesiapa yang membaca mendapat pengajaran.
Aku punya seorang kawan. Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah. Cikgu perempuan. Cukup aku namakan dia sebagai Cikgu A.
Suatu hari, semasa Cikgu A ingin ke kantin, dia nampak kelibat dua orang pelajarnya di belakang bangunan sekolah. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Gambar hiasan.
Terkejut Cikgu A. Lantas dijerkah dan pasangan itu terus melarikan diri.
Cikgu A mengambil tindakan sepatutnya. Satu tindakan yang mengikut SOP. Menulis laporan dalam buku kesalahan pelajar dan memanggil ibu bapa kedua pelajar itu untuk memaklumkan perlakuan keji mereka.
Ibu bapa pelajar lelaki tidak hadir. Entah kenapa. Yang hadir cuma ibu bapa pelajar perempuan sahaja.
Gambar hiasan
Sebaik guru menerangkan kesalahan anak mereka, dengan tegas dan lantang si ayah menidakkan. Si ibu dengan mimik muka wanita jahat dalam telenovela Indonesia menyindir guru mengatakan guru sengaja mereka-reka cerita. Mereka tidak menerima bahkan mengatakan Cikgu A dengki dengan anak mereka. Sengaja ingin memalukan mereka sekeluarga. Dan akhirnya, Cikgu A pula yang dipersalahkan dihadapan pentadbir.
Apatah lagi Cikgu A tidak sempat merakam apa-apa bukti kes itu. Makin sedap ibu bapa ini menyalahkan Cikgu A sehingga pentadbir pun tidak mampu nak membela tuduhan ibu bapa ini. Maka kes digugurkan. Murid itu dengan muka sombong tersenyum sinis pada Cikgu A yang kelihatan terkilan.
Niatnya untuk membentuk muridnya disalah ertikan. Bahkan dia pula dipersalahkan! Sejak itu, Cikgu A bertekad tidak mahu lagi mempedulikan pelajar A.
Gambar hiasan
Beberapa kali Cikgu A terserempak pelajar itu bercumbu. Ponteng sekolah merempit dengan murid nakal. Kali ini dia diam. Tidak lagi mahu menegur. Tidak lagi mahu memaklumkan pada pelajar itu. Sejarah silam membuatkan dia menjadi begitu.
Selang setahun, dia mendapat tahu pelajar itu berhenti sekolah. Berhenti sekolah setelah mengandung anak luar nikah.
Kahwin di usia muda. Seawal usia 16 tahun untuk menutup mulut orang. Setahun selepas itu, Cikgu A mendapat tahu pelajar ini bercerai. Masa umur 17 tahun anak dah dua.
Gambar hiasan
Namun pelajar ini, dengarnya sudah punya lima orang anak. Kahwin cerai sudah tiga kali. Sekarang kembali menjanda.
Masih liar seperti dulu kala. Malah lebih lagi. Berambut merah berpakaian seksi bertukar pasangan selalu. Anak-anak ditinggalkan dengan datuk nenek mereka.
Sejak itu, setiap kali Cikgu A terserempak dengan ibu bapa pelajar ini, mereka buat-buat tidak nampak. Malah kalau boleh, mereka cuba elak untuk terserempak. Malu la tu. Jikalah mereka tidak menyalahkan Cikgu A suatu ketika dahulu, anaknya pasti tidak seliar ini hari ini.
Gambar hiasan: Mak ayah terlalu mempercayai anak dan sering menyalahkan golongan guru bila memberi laporan
Jikalah Cikgu A tidak dipersalahkan oleh ibu bapa atas niat murninya, pasti Cikgu A tanpa penat menegur dan mendidik pelajar ini agar menjadi manusia.
Bila nasi sudah menjadi bubur, apa lagi hendak dikata.
Bila anak dara membuncit tanpa suami, saat itu kesal pasti melanda.
Bagi REMAJA pastinya pihak kami berpihak kepada suara kebenaran yang dilontarkan oleh warga pendidik seluruh negara. Jika tidak ditegur daripada sekarang, bila lagi golongan kanak-kanak dan remaja seawal usia di sekolah rendah harus berubah?
Dalam kes sebegini, ego yang ada pada ibu bapa DAN pelajar terlibat harus dikaji kembali oleh mereka yang menuduh bukan-bukan terhadap pendidik. Bukan untuk memalukan ibu bapa yang perlu menerima keputusan mahkamah sebegini. Namun, mereka perlu sedar bahawa bukan mudah untuk seorang pendidik menjalankan tugasnya.
Dan jika tindakan menegur dilakukan oleh seorang pendidik – itu bermakna mereka sayang dan kisah akan keperibadian dan perkembangan anak muridnya.
Solidariti buat Cikgu Azizan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.