Elak Telan Pil Tahan Sakit, Wanita Ini Kongsi Herbal Plaster Yang Boleh Kurangkan Period Pain

Share

Setiap bulan semua perempuan mempunyai masalah yang hampir sama, iaitu mengalami period pain. Sama ada kronik atau tidak, senggugut ketika datang bulan dah jadi perkara biasa untuk mereka.

Bagi individu yang sering berhadapan dengan masalah period pain yang teruk, seorang pengguna Twitter telah berkongsi tip tentang penggunaan herbal plaster yang dapat membantu mengurangkan rasa senggugut daripada asyik menelan pil tahan sakit.

Betul juga tu, kalau terlalu bergantung pada ubat je pun tak elok sangat, jadi apa kata korang cuba inisiatif lain yang dikongsi oleh Hanis Rodzmi

ini.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan penggunaan plaster yang boleh korang dapatkan di Daiso. Harga pun jauh lebih murah dan dapat memberikan kesan yang sama.

Harapnya kaedah ini dapat membantu perempuan di luar sana dalam menyelesaikan masalah ‘bulanan’ mereka. Hiks!

IKLAN