Elak Pelajar Tercicir Sewaktu Pdpr, KKM Lancar Saluran DidikTV

Share

Sejak wabak pandemik COVID-19 melanda negara, ramai diantara kita yang tidak dapat melalukan aktiviti seperti biasa termasuklah pergi bekerja seperti biasa dan bagi pelajar terpaksa membiasakan diri dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Banyak sebenarnya kekangan yang dilalui oleh para pelajar ketika PdPR ini dijalankan terutamanya dari segi ialah jalur internet, dan gadjet ketika kelas online ini.

Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif memperkenalkan semula saluran khusus TV Pendidikan yang akan mula bersiaran 17 Februari ini dengan dikenali sebagai DidikTV KPM.

 

Saluran itu ke udara setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam dan dijadual dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama bersiaran jam 8.00 pagi.

Langkah proaktif yang telah diambil pihak beliau menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan salah satu siaran televisyen iaitu NTV7 mencapai taraf ‘saluran khas’ yang semata memfokuskan kepada pembelajaran di peringkat sekolah.

DidikTV bakal menjadi satu lagi saluran pembelajaran di samping beberapa lagi saluran yang turut menyediakan waktu penyiaran (airtime) secara percuma bagi tujuan PdPR antaranya TV OKEY RTM, ASTRO TUTOR 601 & 602.

Wah, makin canggihlah adik-adik zaman sekarang, belajar dengan tv je. Semoga dengan adanya usaha ini dapat memudahkan lagi sesi pembelajaran dan setidaknya tidak ada pelajar yang tercicir dalam pelajaran akibat PdPR.

IKLAN