Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani muda berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, melakukan inisiatif untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
“Sayur-sayuran, buah-buahan, daging, malah makanan dalam tin yang biasa kami terima sebagai bantuan kemanusiaan sudah habis,” kata lelaki berusia 24 tahun dari Beit Lahia di utara Gaza kepada Xinhua.
Seorang lelaki Palestin yang pulang menyiram tanaman di khemah sementara di atas runtuhan rumah yang musnah di bandar Beit Lahia di utara Gaza pada 21 Julai 2024. (Foto oleh Mahmoud Zaki/Xinhua)
Usahanya dianggap berisiko tinggi kerana serangan udara yang tidak dijangka, kemarau, dan kekurangan baja akibat sekatan ketat Israel mengancam untuk memusnahkan segala usaha untuk menghasilkan sayur-sayuran bagi memberi makan kepada jiran-jiran yang kelaparan.
Rakyat Palestin yang terpaksa berpindah akibat konflik yang berterusan telah terbiasa hidup di bawah garis kemiskinan.
Elak Kelaparan
Titik tolak bagi Yousuf untuk meneruskan pertanian adalah apabila mengetahui bahawa tiga jirannya meninggal dunia akibat kelaparan.
Ads
Bimbang bahawa keluarganya juga akan menghadapi nasib yang sama, Yousuf mula membersihkan bumbung untuk mencipta petak pertama tanaman sebaik sahaja tentera Israel membenarkan dia dan penduduk lain yang berpindah kembali ke bandar mereka.
Orang ramai cuba mendapatkan bantuan makanan di bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, pada 18 Julai 2024. (Foto oleh Mahmoud Zaki/Xinhua)
Tanah suai tani sama ada musnah dalam serangan atau diduduki oleh khemah yang menempatkan orang yang terpaksa berpindah. Sebanyak 63 peratus ladang tanaman tetap di Gaza telah rosak, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai.
Lebih buruk lagi, wilayah pantai yang terkepung itu mengalami kekurangan air. Kira-kira 67 peratus kemudahan air dan sanitasi telah dimusnahkan atau rosak akibat aktiviti berkaitan konflik, menurut statistik PBB pada bulan Jun.
Benih Tanaman Mudah Tumbuh
Malah, benih yang boleh digunakan juga sukar didapati. Yousuf berkata dia menjelajah tanah yang ditinggalkan dan berjaya “mengumpul benih lada hijau, terung, selada air, dan tanaman lain yang cepat dan mudah tumbuh.”
Yousuf dan abangnya kemudian mengeringkan benih selama dua hari sebelum menanam semula. Kumpulan pertama anak benih sayuran mereka berjaya dan menggalakkan orang lain untuk menyertai dan memperluaskan skala kebun mereka.
Ads
Ahli keluarga Ahmed Shinbari mengambil air di bahagian utara Gaza, pada 17 Julai 2024. (Foto oleh Mahmoud Zaki/Xinhua)
“Kami kini sedang bersiap sedia untuk menanam beberapa sayuran musim panas untuk memastikan bekalan minimum produk pertanian untuk orang kami,” katanya.
Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza meningkat kepada 38,983, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.
Malnutrisi Penduduk Gaza Meningkat
Dua juta orang, hampir keseluruhan penduduk Gaza, mengalami tahap ketakjaminan makanan yang kritikal dan malnutrisi semakin meningkat, kata Program Makanan Sedunia (WFP) di platform media sosial X pada akhir Jun.
“Penduduk Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk terus hidup. Ramai daripada mereka tidur dalam keadaan lapar, hanya mendapat satu hidangan sehari jika mereka bernasib baik.
Kebuluran bukan sekadar mengenai makanan. Orang ramai memerlukan nutrisi. Mereka memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan. Mereka memerlukan air bersih, dan mereka memerlukan tempat perlindungan,” kata WFP.
Ads
Walaupun jika perang berakhir dengan segera, Yousuf berkata: “Kami tidak akan dapat kembali kepada kehidupan normal kami dengan cepat.”
Daripada duduk diam dan menunggu sumbangan tiba, bertani adalah seperti satu lagi usaha, menurut petani muda ini.
Kini dia menggalakkan petani lain untuk mengusahakan tanah mereka walaupun perang berterusan. “Ia akan berakhir lambat laun, jadi kami perlu bersiap sedia untuk hari itu,” katanya.
Terbaik inisiatif dan usaha petani muda ini dalam membantu jiran dan masyarakat di Gaza untuk teruskan hidup. Moga dipermudakan saudara seIslam kita disana!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam menjadi titik “bersejarah” buat ahli Parlimen Malaysia yang mana istiadat Pembukaan Penggal ketiga, Parlimen ke 14 yang mana dibuka hanya untuk mendengar titah ucapan diraja sahaja.
Dalam titah ucapannya, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong turut membuat standing ovation kepada barisan hadapan petugas kesihatan yang menangani isu COVID-19 dengan sangat berjaya.
Dalam pada itu, jika dilihat kepada cakap-cakap belakang yang berlegar dalam dunia politik mengenai kerajaan “pintu belakang” oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ternyata titah YDPA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyentuh mengenai kerajaan “pintu belakang” pastinya akan diingati oleh rakyat yang sudah muak dengan isu politik.
Memetik sebahagian ucapannya, “ Kepada kerajaan beta di bawah kepimpinan mamanda perdana menteri yang amat berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin, beta menaruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan.
Ternyata ayat KERAJAAN BETA ini membuatkan rakyat bersetuju dengan pendirian baginda mengenai isu lantikan Perdana Menteri yang menjadi “rebutan” beberapa pihak amat disanjung.
REMAJA kongsikan kemelut politik yang boleh dijadikan iktibar oleh belia hari ini yang dikongsi oleh seorang pengguna fb Jimmy mengenai teori kerajaan pintu belakang. Siapa sebenarnya yang tubuh kerajaan pintu belakang?
Baca perkongsiannya.
PH mendakwa Perikatan Nasional adalah Kerajaan pintu belakang dan tebuk atap atau kerajaan tak sah.
Mari kita singkap sikit sejarah sejak berakhirnya PRU14 pada 9 Mei 2018 lalu. Kemudian cuba kita sama2 beri penilaian dan beri gelaran utk beberapa kerajaan negeri yg ditubuhkan selepas itu. Selepas berakhirnya PRU14 kita dikejutkan dg tindakan 30 MP BN/ UMNO melompat dan menyokong ke PH sama ada dg menjadi MP bebas atau menyertai parti dlm PH.
1. Sabah. BN 29 DUN + STAR 2 DUN. Musa Aman angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah dg sokongan 31 ADUN. Warisan, PKR dan DAP menang 29 DUN. Kemudian 6 wakil rakyat BN bertindak menyokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Apa gelaran yang sesuai untuk Kerajaan ini? TEBUK TUPAI?
2. Kedah. PH menang 18 DUN. PAS dan UMNO juga menang 18 DUN. Tiba2 ADUN Guar Chempedak menyokong Mukhriz dan Mukhriz angkat sumpah Menteri Besar. Kerajaan ini kerajaan apa?
TEBUK DINDING???
3. Perak Kerusi DUN Perak ada 59. PH menang 29 DUN. Tak boleh tubuh kerajaan. Entah kenapa 2 wakil rakyat UMNO menyokong PH. Faizal Azumu angkat sumpah MB Perak. Apa nama sesuai utk Kerajaan ini?
Kerajaan TEBUK LANTAI???
Selepas 22 bulan PM7 pun penat atau tersilap perkiraan atau tersilap perkataan. PM7 letak jawatan. Bila PM letak jawatan maka dg sendirinya semua Jemaah Menteri secara otomatik meletak jawatan dan kerajaan terbubar.
PAS dan UMNO persembahkan kpd YDPA utk bubar parlimen. YDPA tolak dan minta MP2 buat keputusan. Demi menyelamatkan negara PAS + UMNO + MCA + MIC + MP bebas (x-PKR) bersetuju menamakan TSMY sebagai PM dan YDPA berpuashati TSMY memiliki sokongan majoriti ahli parlimen lalu berkenan melantik TSMY menjadi PM. Terbentuklah kerajaan PN. (Ada tebuk mana2 dinding? Atap? Masuk Istana ikut pintu belakang?) Yg rasional dan faham perlembagaan tentu tersenyum. Kerajaan PERIKATAN NASIONAL adalah kerajaan yg sah dan kini terbukti sebuah kerajaan yg PERIHATIN terhadap RAKYAT, bukan macam kerajaan 30 ringek.
KUBURKAN PH DI PRU15.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya disebabkan jaringan pasukan Mexico pada minit ke 35′ oleh Hirving Lozano, gempa bumi kecil dikesan berlaku di Mexico City, Mexico.
Perlawanan di antara Mexico dan pasukan pilihan Jerman semalam di Stadium Luzhniki diramalkan memihak kepada Jerman kerana status mereka selaku juara bertahan Piala Dunia 2014.
Namun, skuad bimbingan Joachim Loew itu seakan hilang rentak dan serba tak kena apabila satu demi satu serangan di hadapan pintu gol Mexico gagal disudahkan.
Mexico mengambil peluang itu untuk menghukum Jerman apabila bola di kaki Hirving Lozano meledak masuk ke dalam gawang.
Seluruh Stadium Luzhniki bergegar, namun gegarannya tak sehebat gegaran di Mexico City apabila pemantau geologikal Mexico mengesan tercetusnya gempa bumi ‘tak semulajadi’ akibat sorakan netizen Mexico sewaktu jaringan tersebut. Wow!
Catatan gempa yang direkodkan semalam.
Menurut laporan goal.com, dua pengimbas di Mexico City mengesan gempa semasa perlawanan itu berlangsung. Tak mustahil gempa berlaku akibat sorakan penduduk kerana bandar tersebut merupakan bandar paling padat di Amerika Utara dengan sejumlah 8.9 juta penduduk dan rata-rata memang ‘gila bola’.
Hhm, kalaulah Mexico menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA yang akan datang, nervous juga nak ke stadium mereka nanti!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rezeki mencurah-curah selepas bergelar duda, Fattah Amin terkini dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) sebuah jenama produk makanan daging kambing.
Perkara tersebut disahkan sendiri Pengarah Urusan Pak Mat Western, Nor Qaiyum Muhamad yang memaklumkan jawatan baharu Fattah berkuatkuasa hari ini.
Dan sekali gus menjadikan bintang Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini selaku orang korporat yang menentukan strategi promosi sebuah jenama besar.
Fattah Amin
“Abdul Fattah Mohd. Amin merupakan Ketua Pegawai Pemasan baharu yang bakal merancang dan melaksanakan pembangunan, perkembangan serta kemajuan strategi jualan dan pemasaran usahawan melalui media massa juga media sosial.
“Dengan ini secara rasmi perlaksanaan pelantikan baharu bermula pada 20 November 2024.
“Saya berharap pelantikan baharu ini dapat memberi satu pembaharuan perniagaan yang lebih efektif dan efisyen dalam pembangunan sistem usahawan kini,” katanya.
Fattah Amin dalam video iklan Pak Mat Western
Terdahulu pelakon drama Lelaki Melayu Terakhir itu pernah menjadi artis jemputan bagi menjual makanan daging kambing perap yang dianggarkan terjual hampir 10,000 set.
Sebelum ini, Fattah, 34, turut berjaya mencetuskan fenomena apabila video siaran langsung dalam aplikasi TikTok berjaya meraih lebih 100,000 penonton dengan 44 juta tanda suka atau ‘like’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!