Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.
Sebagai orang Islam, setiap masalah ada penyelesaiannya. Ingatlah bahawa kita bukan hamba kepada duit.
Nak tahu caranya supaya hati kekal tenang, ikuti perkongsian oleh Md Azhari Daud.
5 Amalan Kena Buat
Tip 1 Setiap kali kita terima duit, asingkan kepada 3 bahagian iaitu untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat ataupun setiap hujung bulan.
Terpulang pada pemberi sedekah. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan. Sekiranya lakukan perniagaan dalam talian, duit keuntungan juga dibahagikan kepada 3. Duit modal jangan diusik kerana itu kegunaan untuk membeli barang perniagaan.
Tip 2 Sekiranya setiap hari sudah ada duit untuk simpanan, maka setiap hari perlu ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu.
Zaman sekarang mudah untuk lakukan pemindahan wang secara dalam talian. Semuanya di hujunga jari sahaja!
Ads
Lupakan duit simpanan itu. Tidak perlu kira berapa wang yang sudah disimpan. Simpan sahaja dan tutup mata.
Tip 3 Semasa keluarkan duit daripada dompet, tenangkan fikiran, senyum dan kepada yang Islam, iringi dengan bacaan ayat 54 daripada surah sad.
“Inna haza larizquna maalahu minnafad”
Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis-habis”
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya, hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.
Jadi, walaupun duit hanya tinggal 10 sen sahaja dalam dompet, hati dan minda kita tetap tenang.
Ads
Tip 4 Bila kita terima sahaja duit, masukkan terus ke dalam dompet diiringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.
Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Janji Allah, setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
Tip 5 Amalkan membaca Asmaul Husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan) 1,000 kali setiap hari atau sebanyak yang mampu.
Apabila kita sentiasa berzikir, hati dan minda kita menjadi tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
Ads
Jadi, apabila dompet kita kosong, kita masih mampu tersenyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Kuncinya apabila kita tenang, apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan. Paling penting, tiang agama sentiasa ditegakkan, itu yang wajib.
Akhir sekali. Allah pasti bantu kita. “Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka (masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit).”
Sama-samalah kita berusaha mengamalkannya. Selebihnya, tawakallah kepada Allah kerana hanya Dia pemberi rezeki seluas-luasnya. Asalkan kita mahu berusaha dan berbuat baik sesama manusia, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kita nanti.
Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan ini.
Wallahualam..
Sumber : Md Azhari Daud
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagai air mencari jenisnya, berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti. Itulah yang dapat digambarkan buat seorang seniwati tanah air seorang ini.
Memasang impian yang tinggi, bintang legenda negara, Datuk Fauziah Nawi menyatakan hasratnya untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah.
Usia bukan penghalang, seniwati yang kini berusia 70 tahun itu menyifatkan perasaan menyarung jubah dan topi semasa majlis graduasi jauh lebih indah berbanding membawa pulang mana-mana trofi anugerah kemenangan.
“Nasib saya baik sebab kawan-kawan ramai yang bantu. Anak saya yang sudah memperoleh ijazah daripada pusat pengajian di United Kingdom sanggup ambil kelas diploma yang sama demi memberi sokongan kepada saya untuk belajar.
“Bila naik atas pentas dan pakai topi semasa majlis graduasi, saya rasa seronok sangat. Lebih gembira daripada dapat anugerah. Lebih-lebih lagi saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik,” katanya.
Menurut laporan Utusan Malaysia lagi, pelakon filem Hoore! Hoore! itu tidak menafikan sejak menggenggam sijil kelayakan, bayaran dan layanan yang diberikan kepadanya lebih baik berbanding dahulu.
“Sebelum ini, bila tiada sijil atau kelayakan, orang hanya berikan token sebagai bayaran.
“Penting rupanya kelayakan apalagi jika kita berurusan dengan kerajaan. Kadang universiti pun ada panggil. Mereka bayar harga lain sesuai dengan taraf pendidikan kita.
“Untuk saya kelayakan banyak membantu. Jika orang tak panggil saya berlakon, saya akan mengajar. Contohnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengajar dalam talian. Bayaran tidaklah banyak mana, namun cukuplah hidup,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Fauziah Nawi mempunyai ijazah sarjana daripada Open University Malaysia serta memiliki diploma dalam bidang lakonan daripada Meatech Creative Academy.
Terbaharu, bintang berkaliber itu baru sahaja menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kurniaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bermula pada 2015, Alef Aeronautics ditubuh untuk membangunkan kereta terbang pertama di dunia.
Terbaharu, Alef Model A, kereta terbang yang dibangunkan oleh syarikat penerbangan dan automotif berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA).
Menurut laman web rasmi syarikat itu, kereta terbang Alef boleh dipandu di semua jenis permukaan jalan. Ia juga boleh disesuaikan dengan lorong pemanduan standard dan mengikuti semua undang-undang trafik.
“FAA secara aktif mempersiapkan dasar bagi kenderaan berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL), selain mentadbir interaksi antara eVTOL dengan infrastruktur di darat.
“Sijil Kebolehpenerbangan Khas bagaimanapun mengehadkan lokasi dan tujuan Alef dibenarkan untuk terbang,” kata syarikat itu menerusi satu kenyataan.
Selain itu, Alef Model A menunjukkan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak, dan ia boleh memuatkan dua pengguna selain dikendalikan sepenuhnya oleh elektrik dan menghasilkan pelepasan sifar semasa ia beroperasi.
Kenderaan itu turut boleh diletakkan di ruang parkir biasa dan muat dalam garaj bersaiz standard.
Sementara itu, Alef Model boleh terbang sejauh 177 kilometer dan selain boleh dipandu sejauh 322 kilometer. Ia juga boleh diterbangkan ke mana-mana arah, termasuk ke depan, belakang, kanan, kiri, atas, bawah dan pada setiap sudut.
Harga kereta terbang Alef Model A bermula AS$300,000 (RM1.4 juta) dan dengan token AS$150, pratempahan kenderaan elektrik ini boleh dibuat di laman web Alef.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seorang remaja yang tular kehilangan sekeluarga dalam kemalangan maut, Abdul Rahman Amir Ruddin, kini melanjutkan pelajaran institusi pengajian tinggi (IPT).
Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu saudara di TikTok, siswa berusia 20 tahun itu dilihat menjinjit beg berisi kelengkapan asrama di kolej kediaman Universiti Islam Selangor (UIS) tanpa kehadiran ahli keluarga kandung di sisi.
“Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yang dicitakn tercapai nanti. Semua pun mendoakan yang terbaik buat kamu. Jaga diri baik-baik, Aman (Abdul Rahman),” tulisnya.
Menerima lebih 23 ribu jumlah tontonan, menerusi video tular berdurasi 41 saat itu warganet mendoakan kejayaan Abdul Rahman.
“Alhamdulillah. Kejar cita-citamu Aman. Semoga perolehi segulung ijazah,” komen seorang pengguna.
“Rasa sebak pula, melangkah sendirian. Biarpun ditemani ibu saudara dan terpisah sementara pulak dengan Dollah. Tahniah Aman, semoga di permudahkan pembelajaran di UIS,” komen lagi pengguna lain.
“Selamat menuntut ilmu Aman. Semoga mendapat Anugerah Dekan setiap semester,” tulis pengguna lain.
Difahamkan, Abdur Rahman mengambil jurusan pengajian bahasa Al-Quran.
Terdahulu, pada Disember tahun lalu Malaysia dikejutkan kemalangan yang menimpa meragut nyawa enam sekeluarga iaitu bapa Amir Ruddin Ismail, ibu, Norahimah Noor Muhamad; anaknya Fatimatulzahrah, Seri Khadijah Aqilah, Rufaidatul Asyariyah, dan Muhammad Assyakrawi.
Bagaimanapun, hanya seorang adiknya iaitu Abdullah, 16, terselamat. Pada hari kejadian Abdul Rahman tidak bersama keluarganya kerana ada urusan lain.
Enam sekeluarga yang menaiki Perodua Alza itu dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.
Abdullah yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, usus dan paru-paru hingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital kini sihat sepenuhnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Tinietine4
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.