Filem animasi tempatan sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila Ejen Ali The Movie telah terpilih di dalam barisan pencalonan akhir 16 filem yang bakal bertanding untuk kategori Anugerah Filem Animasi Terbaik pada edisi ke-24 Cartoons on the Bay – Pulcinella Awards.
Dijadualkan akan berlangsung pada 3 hingga 5 Disember 2020 di Perscara, Itali, filem ini berjaya menempatkan dirinya sebaris dengan lebih 350 karya animasi hebat dari 20 buah negara serata dunia.
Festival Cartoons on The Bay yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk mendedahkan himpunan karya animasi Itali, mula mendapat perhatian dan menjadi antara acara terpenting di dalam kalendar industri kanak-kanak antarabangsa.
Ads
Panel juri antarabangsa yang terpilih untuk menilai kategori filem pada tahun ini adalah Stefania Ulivi (Wartawan, Corriere della Sera), Arianna Finos (Wartawan, La Repubblica) dan Flavio Natalia (Pengarah dan Wartawan, CIAK).
Ads
Ejen Ali The Movie juga turut mendapat pengiktirafan di peringkat Asia Tenggara apabila diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia ke ASEAN Film Week 2020 yang akan berlangsing di tiga bandar besar Vietnam iaitu Hanoi, Da Nang dan Ho Chi Minh.
Ads
10 negara ASEAN telah diundang untuk mencalonkan filem terbaik mereka melalui pemilihan persatuan filem negara masing-masing selaras dengan tema “ASEAN Cohesion and Proactive Adaptation”. Selaku wakil rasmi negara Malaysia, Ejen Ali The Movie akan dipertontonkan dalam siri tayangan awam secara percuma.
Kejayaan siri animasi TV Ejen Ali yang mula bersiaran pada tahun 2016, telah berjaya meraih keuntungan lebih dari RM30.8 juta di carta pecah panggung Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, sekaligus menjadi filem pilihan #1 Malaysia pada tahun lalu.
Tahniah diucapkan buat seluruh team produksi Ejen Ali The Movie. Semoga banyak lagi filem-filem tempatan yang akan membawa nama Malaysia ke peringkat dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu tulisan Jawi yang diajar di sekolah kebangsaan kini semakin diperkatakan oleh orang ramai, termasuklah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Iskandariah sendiri.
Menerusi akaun Twitter, Tunku Azizah telahpun memulakan inisiatif memuat naik Tweet dalam tulisan Jawi sejak beberapa hari yang lalu.
Tunku Azizah menyatakan bahawa pemerkasaan skil menulis dan membaca dalam tulisan Jawi tak seharusnya dijadikan sebagai isu nasional.
Malah, Tunku Azizah juga berpendapat bahawa amat beruntung sekiranya lebih ramai rakyat Malaysia yang boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.
“Saya ada darah Kantonis tetapi saya tak pandai tulis atau baca. Alangkah untung kalau saya pandai berbahasa Kantonis.”
Mengapa perlu seseorang dihindar daripada menuntut skil baharu? Sama seperti semua orang bebas untuk mempelajari bahasa Mandarin, Kantonis dan Tamil, tak rugi pun jika seseorang boleh membaca dan menulis tulisan Jawi.
“Hanya kerana Jawi, satu Malaysia takut?”
“Saya tidak pergi ke sekolah agama di Johor. Tetapi kerana minat kepada tulisan Jawi saya belajar sendiri dengan membaca surat khabar Utusan Melayu. Kini (saya) masih belajar menulis Jawi.”
*
Buat masa ini, tulisan Jawi telahpun diajar di sekolah kebangsaan seluruh negara. Namjn di sesetengah kawasan, ibu bapa masih melakukan protes menentangnya.
Berita Harian melapotkan 900 sekolah jenis kebangsaan Cina telahpun menanda tangani petisyen menolak perlaksanaan tersebut.
Bagi REMAJA, tiada salahnya pun untuk meningkatkan skil komunikasi di kalangan pelajar. Apa komen korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah ia akan mengembalikan fenomena plot drama asalnya ataupun program realiti spin-off ini hanyalah sekadar ‘filler’ sebelum musim kedua hadir?
Well, kita sama-sama kenalah nantikan 22 November ini bagi kemunculan program realiti terbesar dari Korea Selatan, Squid Game: The Challenge.
Netflix hari ini memperolehi kata putus untuk menyiarkan program realiti tersebut yangg diinspirasi daripada drama Squid Game.
Biarpun ia tidak menyentuh soal hidup mati seperti mana yang ditunjukkan dalam drama itu, seramai 456 peserta dari seluruh dunia masih berhempas pulas untuk mara ke pusingan-pusingan seterusnya memandangkan produksi ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai USD4.56 JUTA!
Ya, memang mantap hadiah yang menanti juara bertuahnya. Ia juga disahkan sebagai hadiah paling lumayan pernah ditawarkan dalam mana-mana program realiti di mana-mana negara.
Bagi yang terkandas di setiap pusingan pula, mereka tidaklah akan ditembak mati seperti mana dalam drama Squid Game. Sebaliknya, mereka hanya akan dihantar pulang dengan tangan kosong.
Disebabkan itulah, masing-masing dapat dilihat cuba mengatasi ketakutan dalam diri dan sanggup berbuat apa shaaa menerusi iklan acah (teaser) yang dipaparkan hari ini. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa permainan baharu yang diperkenalkan oleh produksi.
Adakah ini sebahagian daripada hint kepada drama Squid Game musim kedua? Hehe..nantikan!
Squid Game: The Challenge bakal disiarkan pada 22 November 2023 dan REMAJA percaya, akan ada lebih banyak iklan acah yang menunggu penonton sebelum ia keudara kelak.
P.S: Agak-agak, ada tak peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai program realiti ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja penyanyi Neeta Manisha dibandingkan dengan personaliti YouTube yang kian popular, Pavithra (daripada akaun masakan Sugu Pavithra).
Semuanya gara-gara bila vokalis band iamNeeta itu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di televisyen. Lalu, komen perbandingan di antara Neeta dan Pavithra bertalu-talu dilontarkan oleh netizen tanpa menyiasat terlebih dahulu. Baik peminat mahupun pengecam menjadikan topik skil berbahasa Melayu Neeta dan Pavithra sebagai bahan.
Orang kata, dah semua kerumun nak berikan komen – mereka pun jump on the band wagon lah.
Sedikit rasa marah dan kecewa diluahkan oleh Neeta kepada REMAJA setelah dia memuat naik tweet di bawah.
Twitter
Apabila netizen Malaysia terlalu mudah membanding-bandingkan dua orang personaliti bukan Melayu yang berlainan bidang hanya disebabkan masing-masing fasih berbahasa Melayu, bagi Neeta itu tidak perlu dan tidak adil bagi dirinya mahupun bagi Pavithra.
“Neeta sendiri merupakan peminat akaun YouTube Sugu Pavithra dan telah mengikuti video mereka sebelum mereka viral lagi. Neeta sendiri terjumpa akaun Sugu Pavithra semasa video resepi ‘Kari Ikan’.”
Dari Kiri: Neeta Manisha yang semakin dikenali selepas menyertai pertandingan Big Stage 2019 dan Pavithra yang kian dikenali menerusi akaun YouTube masakan Sugu Pavithra.
“Jadi mengapa orang ramai perlu membanding-bandingkan antara Pavithra dan saya? Jumlah public figure bukan Melayu di Malaysia pun kita tahu tak ramai. Bagi Neeta, untuk menggalakkan lagi remaja dan masyarakat Malaysia menguasai Bahasa Melayu, kita harus buang budaya banding-membanding sesama kita.
“At the end of the day, masing-masing ada haluan sendiri dan berhasrat untuk membanggakan negara dengan cara sendiri,” katanya yang baru saja muncul di rancangan I Can See Your Voice Malaysia semalam.
Berkongsi kepada REMAJA mengenai cara dia menguasai Bahasa Melayu, Neeta juga mengambil masa beberapa tahun untuk betul-betul fasih.
“Neeta mulai fasih Bahasa Melayu sebenar-benarnya semasa berusia 15 tahun. Sebelum itu, slanga Bahasa Melayu Neeta sendiri tidak berapa bagus. Perlahan-lahan, Neeta perbaiki semasa di sekolah kerana bergaul dengan kawan Melayu dan belajar dalam Bahasa Melayu.
“Lebih-lebih lagi selepas menyertai industri nyanyian bersama band iamNeeta, saya sedar saya perlu memperbaiki lagi kemahiran berbahasa Melayu. Cara saya bawa diri, cara saya bergaul juga bertambah lebih baik selepas saya berada dalam industri selama beberapa tahun ini.”
Bagi peminat band iamNeeta, pastinya korang sejak dahulu mengetahui akan perbezaan latar belakang mereka semua. Namun perbezaan itu tidak sesekali menghalang Neeta, Patrick dan Anas menghasilkan muzik berbahasa Melayu. Malah, muzik itu sendiri dijadikan elemen universal yang menyatukan mereka bertiga dengan pendengar tempatan dan antarabangsa.
Hasil tinjauan REMAJA di bahagian komen video muzik iamNeeta juga mendapati mereka berjaya menarik perhatian ramai pendengar disebabkan muzik yang dihasilkan. Bahasa Melayu nyata tidak sesekali menjadi penghalang.
“The world revolves around social media. Kalau boleh, Neeta tidak mahu isu bahasa menjadi penghalang kepada peminat kami yang bukan berbangsa Melayu untuk meminati muzik berbahasa Melayu. Ya, kecaman itu memang pahit. Tetapi dalam ramai-ramai pengecam, sebenarnya yang menyokong adalah lebih ramai.
“Tak kira siapa kita, asalkan kita dilahirkan di Malaysia dan adalah warganegara Malaysia, kita harus berbangga dan menaikkan bahasa kebangsaan kita. Ada masanya Neeta akan berbahasa Inggeris, tetapi mereka pun tahu muzik Neeta bersama band adalah dalam bahasa Melayu. Jadi bahasa tidak seharusnya dijadikan sebagai isu.
“Biasalah, bila kita bercakap dalam bahasa Melayu, orang tidak endahkan. Bila kita tidak bercakap dalam bahasa Melayu, orang akan kutuk.”
“Ia berbalik kepada mentaliti. Sebab itulah saya tidak mahu terlalu memikirkan isu bahasa ini. Sebagai penghibur, lebih banyak bahasa yang saya kuasai lebih banyak peluang saya untuk melebarkan sayap.
“Berbanggalah dengan kebolehan kita untuk menguasai lebih daripada satu bahasa. Tak rugi pun, malah ia adalah satu bentuk kelebihan untuk masa depan sendiri,” simpulnya.
Betul tu.
Bahasa kan melambangkan diri kita. Daripada kita sibuk untuk membuat perbandingan di antara Neeta dan Pavithra sehingga terkeluar bahasa kesat, lebih baik kita ambil masa itu untuk memperbaiki skil komunikasi kita sendiri.
Sedangkan selebriti antarabangsa pun tertarik untuk menggunakan Bahasa Melayu seperti Ji Suk Jin, mengapa tidak kita?