
Dalam era yang semakin mementingkan kejayaan segera dan kemewahan material, ramai remaja yang terperangkap dalam kepercayaan bahawa nilai seseorang diukur melalui jumlah pendapatan atau gaya hidup mewah.
Namun, Dr. Malar Santhi Santherasegapan atau lebih popular dengan Dr. Malar mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan sekadar tiket ke arah gaji besar, tetapi merupakan pelaburan jangka panjang yang membentuk karakter, kebijaksanaan, dan masa depan yang lebih bermakna.
Baru-baru ini, seorang pengguna di Thread telah mempersoalkan adakah sistem pendidikan masih relevan di masa kini, selepas membuat perbezaan mengenai individu yang menyambung pelajaran dengan individu terkenal di media sosial yang jelas mempunyai tangga gaji berbeza.
“Belajar empat tahun, kerja gaji RM2,500 (sebulan). Budak TikTok buat RM2,500 dalam masa seminggu saja.
“Sebenarnya, sistem pendidikan kita masih relevan ke di masa kini?” soalnya di Thread.
Status itu kemudiannya menarik perhatian pengamal perubatan terkenal, Dr Malar Santhi yang memberi perbezaan dan pendapat mengenai persoalan pengguna berkenaan.
Jelas Dr Malar selepas beberapa tahun mungkin juga golongan ‘influencer’ yang dimaksudkan individu berkenaan mempunyai kesukaran untuk mendapat RM400 sebagai pendapatannya.
Ini kerana, mereka juga berpotensi untuk sakit dan sebagainya. Disebabkan bekerja sendiri membuatkan mereka tidak mempunyai kebajikan seperti mereka yang bekerja di dalam syarikat dan perlu menanggungnya sendiri.
“Lepas empat tahun, TikToker tu nak dapat RM400 pun struggle (bersusah payah). Ditambah dengan jatuh sakit, tiada cuti sakit (MC) berbayar, tiada SOCSO, tiada EPF,” katanya.
Namun perkara ini berbeza dengan individu yang menyambung pelajaran di mana selepas beberapa tahun bekerja boleh mendapatkan kenaikan gaji, menambah kemahiran serta menjadi pakar dalam industri yang diceburinya.
Bukan hanya itu dia juga berpendapat pelajaran bukanlah untuk duit semata-mata sebaliknya boleh menjadi ‘kunci’ dalam membina lebih banyak peluang kepada seseorang individu.
“Manakalah yang belajar ni, selepas empat tahun gaji boleh naik ikut industri, kepakaran dan kerajinan. Pelajaran bukan untuk duit.
“Pelajaran untuk menjadikan kita insan lebih baik, lebih celik, lebih banyak peluang.”
Malah Dr Malar juga meminta orang ramai untuk melihat kerjaya seperti e-hailing atau penghantar barangan yang dahulunya boleh mendapat pulangan lumayan namun kini tidak seperti itu.
Selain itu, Dr Malar turut menasihatkan masyarakat khususnya anak muda untuk menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran.
Dalam pada itu, influencer dan usahawan, Khairul Aming juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Malar dan turut memberi contoh memandangkan dia juga berada dalam industri sama sebagai pempengaruh.
“Benda ni betul. Kalau bergantung dekat reviu bayaran boleh ‘survive’ untuk tempoh yang pendek sahaja (kurang dari lima tahun, malah ramai tak survive lebih dari tiga tahun).
“Your rate card (harga servis) bergantung kepada ‘engagement’ (tarikan) dan relevan seseorang dalam pasaran. Semakin hari semakin ramai pembina konten dan semakin sukar untuk menarik orang ramai malah ia lebih sukar untuk kekal relevan.
“Jenama atau syarikat pula akan sentiasa menyapa individu yang masih relevan pada ketika itu (untuk memberi tawaran atau bekerjasama),” jelasnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.