Kita sedia maklum pelakon K-Drama popular, Park Seo-joon merupakan wajah rasmi buat minuman tenaga kegemaran rakyat Malaysia, MILO di bawah kelolaan Nestlé.
Terbaru, MILO telah mengumumkan bahawa Park Seo-joon akan berjumpa dengan peminat di Malaysia pada bulan 25 Februari ini.
Ads
Hi geng MILO! Pandailah korang, dah tahu #PSJSahabatMILO nak mai Malaysia! 😎 So meh sini Abang share macam mana korang boleh stand a chance to meet Park Seo-Jun this February! 💚 Jangan lupa ajak family & friends join contest ni sekali! Fighting! 💪🏼 pic.twitter.com/xXvkUXetab
Bagi peminat Park Seo-joon, inilah peluang untuk korang berjumpa dengan idola korang dengan menyertai peraduan oleh MILO. Dan dikatakan seramai 300 pemenang akan dipilih.
Ads
Rujuk poster di atas untuk ketahui lebih lanjut mengenai cara-cara penyertaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah rambut gugur tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia boleh menyebabkan rambut menjadi botak dan tidak terurus. Setiap individu tidak kiralah perempuan mahu pun lelaki pasti mengimpikan rambut yang sihat dan bermaya.
Namun, kita tidak lari dari berhadapan dengan masalah rambut gugur. Ia adalah satu perkara yang normal tetapi jika gugur terlalu banyak, maka korang perlu cari cara untuk mengatasi masalah ini.
Ada satu cara yang menjimatkan untuk korang merawat masalah rambut gugur iaitu dengan menggunakan buah keras. Buah ini terkenal dengan fungsi melebat dan mengurangkan rambut gugur. Dengan hanya menggunakan satu bahan sahaja, mudah-mudahan petua ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk mengatasi masalah rambut gugur.
Bahan:
Buah keras
Cara menyediakan:
1. Tumbuk buah keras sehingga hancur
2. Goreng buah keras yang telah ditumbuk tadi sehingga keperangan tanpa minyak
3. Tumbuk sekali lagi sampai pecah minyak
4. Jadikan pes buah keras sebagai masker rambut
5. Kemudian, basahkan rambut, lumur pada kulit kepala selama 10 minit
6. Bilas sehingga bersih
7. Amalkan petua ini dua kali seminggu
Hasilnya, rambut korang akan jadi lebih kuat dari akar rambut dan kurang gugur. Selamat mencuba!
Sumber: Bella Shabudin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengurus kepada pelakon popular Fattah Amin, iaitu Sakirin Shak baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pandangan mengenai hubungan mesra antara penyanyi Amira Othman dan anak sulung kepada Fattah, Nur Fatima Aisya.
Menerusi sebuah video temu bual yang tular di TikTok, Sakirin atau lebih mesra disapa sebagai Acha dilihat sebak ketika menitipkan pesanan istimewa buat pasangan itu. Malah, beliau turut meyakini bahawa Amira mampu menggalas peranan sebagai ibu tiri yang baik buat Fatima.
“InsyaAllah, suatu hari nanti awak akan ada anak sendiri dan jangan lupa pula dekat Fatima. Saya yakin Amira akan jadi ibu tiri yang sangat baik kepada Fatima sebab Fattah juga merupakan seorang bapa yang sangat penyayang,” katanya penuh emosi.
Pada masa yang sama, Acha sempat menitipkan doa agar rumah tangga yang bakal dibina pasangan ini berkekalan dan dipenuhi keberkatan. Selain itu, beliau menzahirkan harapan agar kebahagiaan yang dikecapi kedua-duanya mampu bertahan hingga ke akhir hayat.
“Saya harap perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan dipertemukan semula di syurga,” ujarnya lagi.
Terdahulu, pada Isnin, Fattah mengumumkan secara terbuka bahawa majlis ijab kabul bersama Amira akan berlangsung pada Ahad ini, 14 September 2025. Pengumuman itu sekaligus menjawab persoalan peminat mengenai status hubungan mereka yang sebelum ini menjadi tanda tanya.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal Nur Fazura. Namun, selepas tujuh tahun berkongsi hidup, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada 7 Oktober 2024 dengan talak satu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Pendedahan mengenai tarikh perkahwinan mereka telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-rata mendoakan kebahagiaan buat Fattah dan Amira. Malah, ramai yang memuji keakraban Amira bersama Fatima yang dianggap sebagai tanda positif buat masa depan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat muzik K-Pop, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana selebriti atau K-Pop Idol wanita kegemaran mereka menangani menstruasi (haid) ketika mereka mempunyai jadual padat.
Soalan ini kerap diajukan ketika beberapa K-Pop Idol melakukan siaran langsung termasuklah bekas anggota Momoland, Daisy yang kerap menerima pertanyaan mengenai hal ini di platform Tiktok miliknya.
Menjawab soalan daripada salah satu pengikutnya berbunyi, “Daisy, boleh ke awak beritahu kami bagaimana K-idol mengatasi semua hal ketika sedang haid? Adakah mereka masih mengalaminya (haid) atau boleh berhentikan haid itu?”.
Daisy atau nama sebenar Daisy Yoo (25) menjelaskan bahawa semua penyanyi K-Pop terutamanya wanita tetap mendapat haid dan menstruasi seperti biasa sama seperti wanita di luar sana.
“Kami sama saja seperti orang lain yang mengalami menstruasi. Sayangnya, norma masyarakat telah memutuskan bahawa orang yang mengalami menstruasi perlu masuk kerja seperti biasa. Jadi, kami semua hadap saja” – Daisy
Tambah Daisy, dia juga membenarkan kenyataan mengenai beberapa penyanyi K-Pop yang tidak mengalami haid kerana kekurangan berat badan kerana hal tersebut juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah yang sama.
Walau bagaimanapun, Daisy menegaskan dia kurang mengetahui seberapa kerap hal seperti itu terjadi kerana secara peribadi dia belum pernah melihat hal itu terjadi kepada seseorang.
“Tapi kebanyakannya, semua orang hanya cuba menahan sakit, minum pil dan menggunakan tampon. Sayangnya, memang tidak ada sebarang ubat ajaib,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, berbicara mengenai ketakutan umum para wanita iaitu apabila kebocoran yang berlaku semasa haid, Daisy menjelaskan bahawa kebiasaanya stylist sudah siap untuk menghadapi kejadian seperti itu.
“Kalau bocor atau ada sebarang hal yang tidak disengajakan, biasanya ada seluar atau skirt tambahan. Kami juga biasanya akan beritahu stylist ‘saya sedang haid dan tak boleh pakai warna putih’ dan mereka akan okay saja” – Daisy
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Bboom Bboom’ itu turut mengungkapkan bahawa ketika dia merupakan seorang pelajar sebelum ini, dia pernah mengalami kekejangan ketika menstruasi dengan rasa sakit 9/10.
“Semasa saya jadi idol, tiba-tiba haid saya okay saja dan saya jarang alami menstrual cramp. Saya tak pasti kalau ini berpunca daripada mentaliti, tapi saya berjaya yakinkan diri bahawa saya tak sakit pada waktu itu dan ia menjadi. Jadi, saya tak mengeluh sangat untuk hal itu,” kata Daisy lagi.
Walau bagaimanapun, Daisy juga memberitahu selepas dia berhenti menjadi seorang idola K-pop dan kembali kepada gaya hidup normal seperti sebelum ini, rasa sakit menstrual cramp itu juga telah kembali. Dia juga mengungkapkan ini mungkin disebabkan tubuh badannya mungkin merindukan rasa stres dan lapar seperti yang dialami oleh majoriti wanita ketika haid.
Sekadar info, Daisy sebelum ini pernah menjadi ahli kumpulan Momoland sebagai rapper dan penari utama. Momoland, mula aktif sejak 2016 dan popular dengan lagu seperti Yummy Yummy Love, Wrap Me in Plastic dan Pinky Love. Bagaimanapun, pada Januari 2023 Momoland mengumumkan pembubaran dan mula mengambil haluan masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!