
Dah alang-alang viral tentang #10yearschallenge tu, apa kata korang tengok pula macam mana rupa hero-hero remaja 2017 pada 10 tahun lepas.
Kalau sekarang ni kita tengok mereka kemain helok lagi kan, so macam mana pula wajah mereka 10 tahun dulu.
Ada yang masih maintain dan ada pula yang sudah jauh berbeza. Tak percaya? Let’s check this out!
1. Alif Muhamin

2. Farhan Asri

3. Harris Annuar

4. Nabil Aqil

5. Safwan Nazri

6. Ikmal Amri

7. Ezmir Sadriq

8. Aziq Mukhriz

9. Aiman Rahman

10. Aiman Zaym

11. Ashraff Moghni

12. Ilham Anuar

13. Rayyan

14. Amir

15. Haziq Farid

16. Qaliff Qayyum

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam Kasut Bata Penangan Kurt Cobain Bakal Melanda Minggu Ini

Apa perkara pertama bila kamu mendengar jenama Bata? Paling tidak, kasut sekolah akan terus bermain di minda. Tapi jangan pandang jenama berasal dari Czech Republic ini dengan sebelah mata. Sebagai jenama yang telah diperkenalkan pada tahun 1894 oleh Tomas Bata, jenama ini mempunyai sejarah cukup kaya.

Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, penggemar sneakers dan Nirvana atau mendiang Kurt Cobain telah heboh memperkatakan tentang kemunculan semula kasut Bata model Hotshot yan dikeluarkan di menerusi edisi Bata Heritage.
Apa kaitan kasut Bata ini dengan Kurt Cobain? Selaku legenda grunge dan juga salah seorang pemuzik moden yang telah berjaya mengubah lanskap peta muzik dunia, pengaruh Kurt Cobain masih lagi kuat berakar umbi di hati peminatnya. Muzik Nirvana merupakan seni yang tidak akan pernah luput ditelan zaman. Dan dengan pengaruh itulah membuatkan apa sahaja yang disentuh oleh mereka akan menjadi perhatian peminatnya.
Bata Hotshot dahulu merupakan antara sneaker kegemaran Kurt Cobain selain jenama lain seperti Converse One Star, Chuck Taylor dan Jack Purcell. Dahulu model Bata Hotshot ini merupakan hasil sebuah kolaborasi Bata bersama sebuah lagi jenama popular pada tahun 70-an, Wilson.
Untuk edisi yang dikeluarkan semula pada kali ini, Bata memperkenalkan 3 jenis warna iaitu hijau, biru navy dan warna ikoniknya, hitam dan kuning seperti yang dipakai oleh Kurt Cobain. Ia telah mula dipasarkan di beberapa buah negara sejak beberapa bulan lalu.
A post shared by Bata Heritage (@bataheritage) on
Namun kini tiba giliran untuk peminat kasut ini di Malaysia untuk mendapatkannya di butik mereka. Bata telah mengumumkan ia akan mula di jual bermula jam 10 pagi, 18 November 2017 di butik mereka di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur. Kasut yang pastinya menjadi rebutan peminat grunge ini berharga RM299 dan hanya boleh didapati di lokasi yang dinyatakan sahaja.
Menurut tinjauan Remaja di beberapa laman jualan talian seperti di Mudah.my dan Carousell, harga jual semulanya mencecah sehigga RM650.
Remaja berharap tiada lagi kes tumbuk-menumbuk berlaku untuk release kasut ini. Beraturlah dengan baik dan tersusun serta berhemahlah antara satu sama lain. At the end of the day, it just a pair of shoes!
Kepada yang ingin mendapatkan kasut ini Remaja ucapkan good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
22 Hotspot Yang Sering Libatkan Kemalangan Kenderaan Berat Sepanjang Lebuhraya PLUS

Baru-baru ini, sekumpulan pelajar universiti telah terlibat dengan kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora yang mengakibatkan lima kematian.
BACA: 5 Pelajar USAS Jadi Korban Kemalangan Dengan Treler Di Terowong Menora
Orang ramai turut bersimpati atas apa yang menimpa mangsa dan mengatakan bahawa lokasi berlakunya kemalangan itu sememangnya ‘panas’ dan sering berlakunya kejadian yang tidak diingini. Sememangnya kita perlu berhati-hati ketika memandu di jalan raya, namun tidak dinafikan terdapat lokasi-lokasi panas (hotspot) yang memerlukan pemandu untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan.

Terdapat 22 hotspot kemalangan kenderaan berat sepanjang lebuhraya PLUS telah pun dikeluarkan oleh pengkaji UKM. Hotspot ini kerap melibatkan kemalangan dan kematian disebabkan kenderaan berat, termasuklah sekitar Terowong Manora.
Apa yang lebih menyedihkan, pengguna kenderaan berat hanya 9 peratus, namun kemalangan maut melibatkan kenderaan berat hampir mencecah 50 peratus.
Berikut kami senaraikan antara 22 hotspot yang sering melibatkan kemalangan kenderaan berat sepanjang lebuhraya PLUS.
Bahagian Utara
KM 104.4–109.0
KM 125.7–131.0
KM 143.0–148.3
KM 228.0–234.5
KM 256.1–259.0
KM 263.1–268.4
KM 292.0–297.1
KM 307.8–313.0
KM 381.9–385.5
KM 443.0–449.4
KM 454.3–458.9

Bahagian Selatan
KM 280.9–285.5
KM 271.0–275.5
KM 243.6–246.9
KM 229.4–234.4
KM 218.9–223.3
KM 195.0–197.7
KM 145.6–149.4
KM 123.6–126.5
KM 81.0–83.0
KM 25.5–30.6
KM 12.6–17.6

Kemalangan yang membabitkan pelajar universiti USAS itu juga dilaporkan pihak bomba menghadapi kesukaran untuk mengakses kawasan kemalangan yang jauh, kesesakan dan juga kekurangan sumber air dan tiada pili air. Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi mencegah kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan berat. Diharap selepas ini tindakan sewajarnya dapat diambil supaya perkara seumpama itu tidak berlaku lagi.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita 52 Tahun Tamatkan Larian Maraton 120km, Inspirasi Anak Muda!

Sukan maraton atau aktiviti larian kini menjadi antara kegilaan buat anak muda di negara kita.
Namun, kejayaan seorang wanita berusia 52 tahun menamatkan larian ‘Virgin Ultra Maraton’ sejauh 120 kilometer (km) di Indonesia memang memberi inspirasi.
ARTIKEL BERKAITAN : Catat Rekod Dunia Pada Raya Ke-3! Jurulatih Malaysia ‘Helok’ Berbaju Melayu Tamatkan London Marathon
Wanita yang berasal dari Makassar yang bernama Fitriany Halim atau lebih mesra disapa Mak Fit itu juga meraih podium kedua dalam maraton yang diibaratkan perjalanan sehala dari Kuala Lumpur hingga Sungkai.

“Alhamdulillah Ya ALLAH, saya dapat menghabiskan larian Virgin 120km, bangga dengan diri sendiri.
“Tidak sia-sia latihan setiap hari, pagi, petang hingga malam akhirnya terbayarkan di BinLoop Ultra 120,” katanya menerusi Instagram.
Fitriany turut bersyukur diberi kesihatan yang baik pada usia kini kerana masih mampu berlari hingga ke garisan penamat.
“Alhamdulillah boleh berada tahap ini meskipun sebahagian orang tidak seberapa lagi.
“Perjuangan yang luar biasa, kerana mampu tamatkan,” tulisnya lagi.
Inspirasi Golongan Muda
Semangat kental Fitriany menjadi inspirasi kepada golongan muda, rata-rata warganet mengagumi wanita berkenaan kerana umur yang sudah memasuki lima series termasuk tubuh badan kelihatan yang ‘fit’.

“Hebat Mak Fit. Inspirasi kepada yang muda,” kata pengguna Instagram, Atikah_tsu.
“Masya-ALLAH inspirasi wanita. Tahniah mak Fit, kata salah seorangnya, Abi Dirga.
“Ibu pelatih yg luar biasa,” kata seorang lagi pengguna, Hartano.
Wah! Tahniah Mak Fit !
BACA LAGI : 6 Port Membaca Sambil “OOTD”, Wajib Kunjungi Gedung Ilmu Dengan Dekorasi Unik Ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

