Ads
Home Berita Dulu Viral Panjat Pokok, Kini Veveonah Sambung Impian Jadi Doktor

Dulu Viral Panjat Pokok, Kini Veveonah Sambung Impian Jadi Doktor

Nama Veveonah Mosibin, 23, pastinya masih segar dalam ingatan ramai selepas kisahnya tular memanjat pokok demi mendapatkan liputan internet beberapa tahun lalu.

Kini, bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu melangkah lebih jauh apabila berhasrat untuk berkhidmat di Sabah selepas menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

Dulu Viral Panjat Pokok, Kini Veveonah Sambung Impian Jadi Doktor

Sambung Pengajian Perubatan Di Shah Alam

Gadis yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas itu kini sedang menjalani pengajian perubatan di Management and Science University (MSU), Shah Alam sejak 1 Oktober lalu.

Sebelum ini, Veveonah merupakan graduan Ijazah Sains Marin dari UMS dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.46.

Dulu Viral Panjat Pokok, Kini Veveonah Sambung Impian Jadi Doktor

Ads

“Perjalanan Yang Tidak Dapat Dilupakan”

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Veveonah berkongsi detik bermakna sepanjang lima tahun pengajiannya di universiti.

“Pada 26 Disember lalu, saya menerima skrol ijazah pertama di DKP 19. Dari Asasi Sains pada tahun pertama saya ke Sains Marin untuk empat tahun berikutnya, ia merupakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

“Lima tahun berlalu dalam sekelip mata, dan masih terasa saya berjaya melalui perjalanan yang luar biasa ini.

Ads

“Bab ini mungkin sudah berakhir, tetapi saya bercadang untuk kembali satu hari nanti, harap-harap apabila hospital UMS sudah siap dan beroperasi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Dulu Viral Panjat Pokok, Kini Veveonah Sambung Impian Jadi Doktor

Hargai Sokongan Keluarga & Pensyarah

Dalam masa sama, Veveonah tidak lupa merakamkan penghargaan kepada individu yang sentiasa berada di belakangnya.

Ads

“Ucapan terima kasih kepada pensyarah saya atas bimbingan dan dorongan mereka dan kepada Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) atas biasiswa yang membolehkan perkara ini berlaku,” katanya.

Dari Kisah Tular Ke Inspirasi Ramai

Terdahulu, kisah Veveonah pernah memberikan impak positif apabila isu liputan internet di kawasan pedalaman mendapat perhatian ramai.

Video dirinya memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet pada tahun 2020 bukan sahaja tular, malah membuka mata banyak pihak sehingga liputan internet di kawasan tersebut kini semakin baik.

Dulu Viral Panjat Pokok, Kini Veveonah Sambung Impian Jadi Doktor

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads