Agaknya bila la pandemik ini akan berakhir di dunia?
Sektor fesyen dan peruncitan antara yang teruk terkesan dengan tempoh kuarantin di seluruh dunia disebabkan Covid-19. Rasanya baru je kita dengar berita pengecilan dan penutupan stor fesyen label terkenal seperti Esprit,Zara, H&M dan beberapa label terkenal yang lain.
Terbaru, Marks & Spencer bakal mengurangkan 7,000 pekerjaan di United Kingdom (UK) dalam masa tiga bulan lagi, sebagai sebahagian strategi “memperkemaskan lagi perniagaan” untuk mendepani cabaran pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan syarikat pada Selasa lapor agensi berita Sputnik. Kami hari ini memulakan program konsultasi yang, mereka jangkakan akan menghasilkan pengurangan (sekitar) 7,000 pekerjaan dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Ads
Hal ini selepas Rangkaian peruncit utama itu mendakwa jumlah pendapatannya merosot 38.5 peratus dalam 13 minggu terakhir, sementara penjualan menurun 47.9 peratus sejak kedai dibenarkan dibuka semula pada Jun, selepas sekatan pergerakan dilonggarkan.
Ads
Menurut Marks & Spencer, sebahagian besar pengurangan pekerjaan akan dilaksanakan melalui pemberhentian secara sukarela dan persaraan awal pekerja di bahagian sokongan, pengurusan wilayah dan kedai di seluruh UK.
Laporan terbaru Pejabat Statistik Kebangsaan mendedahkan pekerjaan di UK menurun sebanyak 220,000 antara April dan Jun, akibat krisis ekonomi disebabkan COVID-19.
Sky News menjangkakan pengumuman Marks & Spencer itu akan menjadikan jumlah pengurangan pekerjaan dalam kalangan peruncit utama di UK melebihi 30,000 kerana sektor berkenaan mengalami kesan yang mendalam.
Emm….semua orang terjejas dengan Covid-19 ni kan. Tapi penulis sedih la dengan nasib staff Marks & Spencer ni.huhuhu
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
REMAJA percaya kesemua institusi pengajian termasuklah kolej dan universiti di seluruh negara telahpun mengambil langkah berjaga-jaga dalam mencegah wabak Covid-19 daripada terus merebak.
Namun, hanya dengan arahan penutupan institusi sahaja tidak memadai untuk mengelak daripada dijangkiti.
Buktinya, pihak Universiti Teknologi MARA telahpun meminda kalendar akademiknya bagi memudahkan kakitangan dan pelajar menjalani pengajian semester semasa.
Pindaan itu dibuat selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Koronavirus (Covid-19).
Antara yang dipinda adalah peperiksaan akhir semester digantikan dengan penilaian berterusan sepanjang semester bagi sesi II 2019/2020.
Pindaan tersebut melibatkan semua peringkat pengajian dari Pra Diploma sehingga Doktor Falsafah.
UiTM dalam pengumuman menerusi Facebook rasminya menjelaskan, pindaan tersebut dilulusan Mesyuarat Senat ke 256 (Khas) pada 3 April lalu.
Turut dipinda adalah aktiviti kuliah yang ditukarkan kepada mode dalam talian (online) menggunakan kaedah ‘Open and Distance Learning (ODL).
“Kuliah 2 ODL 13 April hingga 24 Mei 2020 (lima minggu), cuti khas perayaan 25 Mei hingga 3 Jun 2020 (10 hari) dan kuliah 3a ODL 4 Jun hingga 1 Julai 2020.
“Minggu ulang kaji 2 hingga 4 Julai 2020 (3 hari), tarikh akhir penilaian berterusan 21 Julai 2020, cuti semester 22 Julai hingga 11 Oktober 2020.
“Kuliah 3b bagi kursus amali seperti studi, bengkel, makmal dan yang berkaitan sahaja 4 Jun hingga 9 Ogos 2020 (10 minggu). Tarikh akhir penilaiannya pada 23 Ogos 2020,” katanya.
Dalam pada itu, UiTM meminta pelajar dan pensyarah untuk berkongsi maklumat keperluan pembelajaran serta cabaran dilalui ketika pembelajaran secara ODL.
KPM dalam satu kenyataan menjelaskan pengajian bagi semester berkenaan ditamatkan serta merta dan peperiksaan akhir digantikan dengan penilaian berterusan.
Moga masa yang terluang ini, kita manfaatkan untuk kebaikan. InsyaAllah, semua kan kembali seperti sedia kala.
Begitulah cabarannya apabila masyarakat perlu berhadapan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika sedang berpuasa.
Memang mudah untuk kita hilang sabar. Tak kurang juga ada individu yang akan hilang sabar hingga tahap menggelar pihak berkuasa dengan nama-nama yang kurang enak didengar serta mengancam pihak berkuasa yang sedang bertugas.
Itulah yang berlaku tiga hari lalu apabila seorang wanita bergelar Ketua Eksekutif di sebuah syarikat pembungkusan di Petaling Jaya ‘merentan’ menerusi akaun Facebook-nya dengan pelbagai tohmahan serta ancaman terhadap pihak polis sekatan jalan raya.
Sumber : Facebook Diana Mat
Wanita yang dikenal pasti sebagai pemilik akaun Facebook ‘Diana Mat’ itu menjadi topik perbualan hangat warganet setelah dia memuat naik status luahan perasaan setelah ditahan di sekatan jalan raya di Putrajaya.
Dakwanya, dia tidak berdepan sekatan semasa menuju ke Putrajaya, namun ditahan dalam perjalanan pulang.
Sumber : Facebook Diana Mat.
Apabila diminta untuk menyerahkan surat kebenaran rentas negeri dan gagal melakukannya, polis bertugas memberikan amaran dia boleh disaman hingga RM10,000. Namun wanita itu dilepaskan tanpa menerima surat saman terbabit.
Lantaran itu, wanita terbabit tidak berpuas hati dengan amaran yang diterimanya. Apa lagi, Facebook menjadi medan untuknya meluahkan perasaan.
“XX punya polis Putrajaya ni. Kau nak saman, saman je lah. Ceramah pula kau.. XX.. Kau ingat aku takut!!!!
“Sabar betul aku tadi.. Nak je aku pusing balik rempuh (polis) ni..Tangan dah tekan stereng. Dia punya panas dekat hati.. Perghh!!!”
Sumber : Facebook Diana MatSumber : Facebook Diana Mat
Amukan wanita itu tidak terhenti di situ saja apabila dia kemudiannya menyamakan penguatkuasa yang bertugas seperti seperti penjenayah dan menggelar mereka ‘anjing’ buat kali kedua.
Sumber : Facebook Diana Mat
Biarpun muat naik berbaur kecaman dan ancaman itu dipadamkan tidak lama kemudian, tindakan mengecam pihak berkuasa secara terang-terangan itu seakan menggali kubur sendiri apabila dia ditahan kelmarin setelah tangkap layar status berkenaan tular di media sosial.
Menurut Ketua Polis daerah Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali, pihaknya telah menerima laporan mengenai wanita itu pada pagi Khamis.
Wanita terbabit ditahan di bawah Sesyen 504 (sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan), Sesyen 507 (kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama) dan Sesyen 223 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.
Dalam pada itu, ACP Mohd Fadzil Ali turut mengingatkan orang ramai untuk tidak menjadikan Putrajaya sebagai ‘port riadah’ dengan merentas masuk bagi tujuan aktiviti sosial.
Kata kepada Bernama, Polis Putrajaya akan mengambil tindakan tegas dan meningkatkan pemantauan di tempat awam, premis perniagaan dan kedai makanan demi memastikan Wilayah Persekutuan terus kekal zon hijau dan dijauhkan daripada risiko jangkitan COVID-19.
“Polis Putrajaya hanya menjalankan tanggungjawab dalam mengawal tiada pergerakan bebas kecuali bagi mereka yang mempunyai urusan rasmi, kecemasan dan bekerja.”
Diharap kita semua teruslah diberi kesabaran untuk berdepan situasi pandemik ini. Jangan mudah mengamuk guys, pihak berkuasa hanya melakukan tugasan mereka saja. COVID-19 ini bukanlah kehendak pihak biarpun mereka sering menerima tempias kecaman masyarakat.
Teruskan berada di daerah masing-masing sekiranya kawasan korang menetap kini di bawah arahan PKP dan PKPD. Selain itu, ketahui senarai lokasi sekatan jalan raya agar korang tidaklah ‘terkejut dan mengamuk’ sekiranya ditugaskan untuk ke sesebuah lokasi semasa kerja.
Bayangkan tengah seronok layan konsert tiba-tiba lampu semua terpadam dan keadaan jadi gelap gelita.
Itulah yang terjadi kepada penyanyi, Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai JLo apabila konsertnya, Its My Party di Madison Square Garden terpaksa di jadualkan semula setelah kota New York menghadapi blackout, Ahad lalu.
Suasana cemas itu turut dikongsi oleh penyanyi lagu Love Don’t Cost A Thing itu di laman Instagramnya.
“The party’s not over til I say it is. See you tonight, NYC!!!!!!!! See what went down when the lights went out. Link in my bio #Blackout #ItsMyPartyTour,” tulisnya.
Dalam perkongsian lain pula, kelihatan Jlo meluahkan kekesalannya apabila tidak dapat beraksi di ‘kampung halamannyaa’ itu.
“Mereka suruh saya turun dari pentas, saya sedang menunggu di situ dan nampaknya satu kota blackout dan di juga di sini (Madison Squre Garden) semasa konsert sedang dijalankan. Sebenarnya, kami baru sahaja mulakan konsert ini.
“Sekuriti meminta agar semua orang kosongkan premis secara perlahan-lahan dan berhati-hati dan itulah yang akan kita lakukan. Saya sayangkan anda semua dan minta maaf sangat-sangat sebab perkara ini terjadi semasa momen kita bersama,” katanya lagi.
Namun, pihak penganjur pantas bertindak dan konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada malam semalam. Penyanyi itu juga turut memuat naik video mengenai konsert itu.