Hari ini, ramai yang mengeluh tentang wang yang tak pernah cukup. Baru dapat gaji dan belum pun cukup bulan, semuanya sudah habis digunakan tanpa ketahui ke mana cabangnya. Ketika itu, ramai yang membuat pelbagai pinjaman, penggunaan kad kredit dan pelbagai sumber lain.
Disebalik kemelut kewangan, fakta ini mungkin jelas menakutkan kerana setakat tahun lalu seramai 294,000 rakyat Malaysia diisytiharkan muflis selepas terjebak dengan hutang seperti sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman sosial.
Masa yang sama, sebanyak 1.1 peratus individu diisytihar muflis antara 2014 hingga 2016, adalah mereka yang berusia bawah 30 tahun.
Dalam satu kenyataan akhbar tahun lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata punca utama kemuflisan itu disebabkan hutang kad kredit akibat penggunaan melebihi kemampuan.
“Bagi tempoh Januari hingga September tahun lalu, sembilan individu di bawah usia 30 tahun diisytihar muflis berbanding 3.7 juta pemegang kad kredit.
Ads
“Pada 2014, seramai 12 individu bawah 30 tahun diisytihar muflis bagi tempoh sama, 17 orang (2015) dan 22 orang (2016).
Mungkin ramai yang berkata, simpan duit sekurang-kurangnya 10 peratus dari wang gaji dijadikan tabungan. Tapi ramai pula yang memaklumkan gaji mereka kecil dan bagaimana harus penyimpanan dilakukan.
Disenaraikan 16 teknik penyimpanan wang oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) mengenai cara menyelamatkan duit.
Ads
Ada 16 cara disenaraikan dan mana tahu korang boleh ikut tekniknya.
– Belanja kurang daripada pendapatan setiap bulan – Fikirkan cara untuk tambahkan pendapatan – Ubah gaya hidup (dari boros kepada jimat) – Rancang kewangan anda dengan buku bajet bulanan – Mulakan menabung dengan duit hijau dan oren (RM5, RM10 dan RM20)
– Bagi pengguna kad kredit, elak bayar minima, bayar penuh – Tahan tabiat membeli belah, beli bila perlu – Pupuk tabiat bebas hutang – Pilih pakej kenderaan yang berpatutan – Kurangkan riadah di pusat membeli belah
Ads
– Kurangkan merokok – Jadikan tahun ini misi untuk hidup sihat, makan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam – Ukur baju di badan sendiri – Kitar semula pakaian terpakai – Kawal tabiat boros terhadap aksesori kenderaan – Banyak menggunakan kenderaan awam
Kalau korang dapat buat lima dari 16 perkara disenaraikan bermula sedikit demi sedikit, insya Allah, korang akan lebih menghargai nilai wang yang semakin mengecil sekarang ini.
Kredit : Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, anggota kumpulan terkenal K-Pop, SEVENTEEN, iaitu Seungkwan sekali lagi menunjukkan komitmennya dalam menyokong komuniti dan tempat asal usulnya apabila beliau menyumbangkan dana sebanyak 20 juta Korea Won (sekitar USD14,600) bagi tujuan pelestarian warisan budaya.
Menurut kenyataan rasmi daripada PLEDIS Entertainment pada 11 Jun, sumbangan itu disalurkan kepada Pentadbiran Warisan Budaya dan National Trust for Cultural Heritage.
Dalam pada itu, dana tersebut akan digunakan khusus untuk menyokong pelestarian ‘Arkib Jeju 3 April’, satu dokumen penting yang baru-baru ini diiktiraf sebagai sebahagian daripada Daftar Memori Dunia oleh UNESCO.
Seungkwan atau pemilik nama sebenar Boo Seungkwan (27) yang berasal dari Pulau Jeju, telah lama dikenali sebagai figura yang aktif dalam memperjuangkan isu-isu sosial dan pemeliharaan alam sekitar di kampung halamannya.
Menurut beberapa sumber media, antara sumbangan beliau sebelum ini adalah inisiatif untuk melindungi spesies ikan lumba-lumba ‘bottlenose’ Indo-Pasifik yang semakin pupus serta pelantikannya sebagai duta promosi Jeju.
Selain itu, dalam Forum Pemuda UNESCO ke-13 di Paris yang diadakan pada tahun 2023 lalu, Seungkwan turut membawa keunikan Pulau Jeju ke peringkat global dan menekankan bahawa Jeju merupakan satu-satunya wilayah yang diiktiraf dengan tiga gelaran UNESCO dalam kategori alam sekitar.
Dalam perkembangan terkini, bersama kumpulannya SEVENTEEN yang telah dilantik sebagai UNESCO’s Goodwill Ambassador for Youth pertama, Seungkwan terus memperkukuhkan pengaruhnya dalam aktiviti sosial dan kemanusiaan sejagat.
Selain itu, SEVENTEEN turut mencipta sejarah baru-baru ini apabila album kelima mereka berjudul ‘HAPPY BURSTDAY’ berjaya debut di tangga kedua carta Billboard 200 serta turut mencatat rekod jualan minggu pertama tertinggi untuk mana-mana pelancaran album K-Pop pada tahun ini.
Terdahulu, kumpulan ini turut aktif mengadakan jelajah konsert dunia di serata Asia dan Amerika Utara. SEVENTEEN turut memenangi beberapa anugerah berprestij termasuk Daesang pada acara penghargaan muzik Korea, menjadikan mereka antara kumpulan paling berpengaruh dalam industri hiburan K-Pop masa kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Amerika Latin, Marc Anthony baharu sahaja melangsungkan perkahwinan kali keempatnya kepada isteri pilihan, Nadia Ferreira yang juga merupakan naib juara pertandingan ratu cantik, Miss Universe 2021.
Acara resepsi yang dilangsungkan secara tertutup namun masih meriah di Miami Florida pada 28 Januari lalu telahpun dihadiri oleh rakan selebriti terkenal termasuklah pasangan Beckham, Salma Hayek, Maluma, Luis Fonsi dan Romeo Santos.
Biarpun pertalian perkahwinan ini masih belum mencecah usia sebulan, khabarnya Nadia kini sudahpun hamil dengan anak sulung mereka!
Menerusi satu hantaran foto di akaun Instagram Nadia Ferreira, jelitawan dari Paraguay itu mempamerkan bahagian perutnya yang sudahpun ‘terisi’ bersempena tarikh Hari Kekasih pada 14 Februari 2023.
Para pengikut Nadia dan Marc rata-rata meluahkan rasa gembira bersadur terkejut dengan pengumuman tersebut. Ada juga yang terkesima melihat cincin pertunangan dan perkahwinan berlian yang tersarung pada jari Nadia.
“Hadiah Hari Kekasih terbaik!!! Bersyukur kepada Tuhan di atas kurniaan besar ini dalam hidup kami.”
Yang penting; di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hehe..
Dalam pada itu, portal Barat melemparkan spekulasi kononnya Marc dan Nadia sudahpun mengetahui berita kehamilan ini sebelum tarikh perkahwinan mereka lagi; sekaligus memaksa pasangan itu mempercepatkan majlis.
Bagaimanapun, Marc dan Nadia memilih untuk menantikan detik paling sesuai bagi mengumumkannya kepada khalayak ramai dan tarikh apa yang lebih sesuai selain Hari Kekasih.
Di Malaysia sendiri, dunia seni hiburan telah menerima berita gembira setelah satu-persatu pasangan selebriti tempatan mengumumkan kehamilan masing-masing sepanjang bulan Februari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Mimi Lana, mendedikasikan ucapan teristimewa buat bekas tunangnya yang juga aktor, Syafiq Kyle sempena ulang tahun kelahiran Syafiq yang ke-32 tahun di Instagram.
Menerusi ucapan tersebut, pelakon karya hit The Experts itu meluahkan perasaan ‘sakitnya’ apabila menatap gambar-gambar mereka berdua yang masih ada dalam galeri foto.
“Menatap galeri foto sempena hari istimewa awak ini membuatkan saya terasa ‘sakit’. Betapa masa telah berlalu tetapi awak tetap menjadi satu-satunya orang yang saya akan cari, di waktu susah senang.
“Cinta akan selamanya ada untuk awak meskipun takdir kita mungkin belum pasti. Selamat ulang tahun Bintangku dan kau selamanya kembarku,” coretnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya mendoakan agar pasangan ini kembali menyatu untuk mendirikan rumah tangga sebagaimana yang pernah dirancang sebelum ini.
Sekadar info, kedua bekas peserta Hero & Dewi Remaja itu sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun namun hasrat untuk berumah tangga putus di tengan jalan apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.