“Duit Dah Cukup”, Ibu Rakyat Malaysia Mati Lemas Di Australia Ucap Terima Kasih

Share

Terima kasih rakyat Malaysia!.

Ini luahan hati paling dalam dari Rokiah Hashim, 63 yang mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga di atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia yang membantu menghulurkan bantuan kewangan buatnya dan keluarga.

Semalam ibu ini meminta pertolongan dari rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka mengumpulkan duit sebanyak RM30,000 bagi membawa balik jenazah anaknya, Rizq Azzadin Mohd Azhar, 32 tahun yang dilaporkan lemas di Sungai Colo NSW, Sydney, Australia kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia dua hari lalu.

Rizq dilaporkan mati lemas di Colo River NSW pada Ahad lalu selepas terjun tetapi bagaimana pun tidak timbul selepas itu. Gambar instagramrizqazzadinazhar
Akhbar The Sydney Morning Herald melaporkan kejadian lemas menimpa rakyat Malaysia di Colo River yang sangat terkenal sebagai pelbagai aktiviti. Malah Colo River juga banyak menyimpan sejarah kerana ramai yang mati akibat lemas di sini

Rayuan kewangan itu dibuat selepas mereka sekeluarga buntu mencari wang sebanyak itu selepas Wisma Putra di Australia memaklumkan mereka tiada bantuan kewangan khusus untuk disalurkan bagi membolehkan jenazah Rizq Azzadin dibawa pulang ke tanah air selepas pihak berkuasa di Australia meminta kos pengebumian sebanyak RM40,000.

Rokiah memaklumkan dalam masa sehari, jumlah derma diterima sebanyak RM12k. Tapi jelasnya urusan bawa balik jenazah anaknya sudah mencukupi selepas komuniti Islam dan Mat Salleh sama-sama membantu dari segi kewangan.

“Alhamdulillah, setakat semalam selepas berita ini disiarkan, sumbangan dari orang ramai mencecah RM12,000. Seorang lagi anak saya di sana yang bekerja sekali dengan abangnya memaklumkan komuniti Islam dan orang putih (mat salleh) di sana juga ada membantu dan kewangan itu sudah cukup bagi membolehkan jenazah Rizq dibawa balik ke sini.

“Malam ini suami saya, Mohd Azhar dan anak, Rizq Nadira, 28 tahun akan bertolak ke Australia jam 9 malam itu bagi melihat apa yang boleh dibantu dengan duit sumbangan orang ramai yang begitu prihatin dengan kesusahan yang kami sekeluarga alami ketika ini. Tiket sudah dibeli dan saya harapkan semuanya berjalan dengan baik. Saya difahamkan,  dalam sehari dua lagi jenazah Rizq akan dibedah siasat sebelum diberi kebenaran untuk dibawa pulang.

“Kami pilih urusan pengebuminya di Malaysia kerana kos membawa pulang jenazah RM30,000 berbanding urusan pengebumian di sana yang mencecah RM40,000. Anak di sana juga sudah berurusan dengan agen-agen dan saya minta doakan agar urusan anak dipermudahkan,” katanya mengakui agak bersedih dengan kejadian berlaku.

Allahyarham Rizq Azzadin dan adiknya Rizq Adam, keduanya bekerja sebagai buruh kontrak di Sydney, Australia

Call tapi tak dapat cakap

Diminta berkongsi lebih lanjut, kata Rokiah, kali terakhir dia menghubungi arwah anaknya pada Sabtu lepas tetapi panggilan itu dijawap oleh adiknya Rizq Adam, 25 tahun yang memaklumkan mereka baru balik dari kerja dan agak penat.

“Tak dapat cakap dengan arwah. Sehinggalah saya dapat berita ini dari seorang rakan kepada Adam yang menghubungi memaklumkan Rizq meninggal dunia akibat lemas. Anak, Adam tak mampu bercakap apa dah, seluruh tubuhnya lembik selepas kejadian abangnya itu,”katanya memaklumkan dua anaknya bekerja kontrak di Australia.

Ibunya memaklumkan arwah anaknya amat menyukai aktiviti advanture. Foto instargam rizqazzadinazhar

Anak suka aktiviti advanture

Alahyarham Rizq Azzadin dipercayai lemas selepas terjun ke Sungai Colo dan sejurus itu arwah dipercayai tidak timbul-timbul.

Difahamkan, Rizq Azzadin pergi bercuti bersama empat orang kawannya termasuk adiknya, Adam. Rizq yang terjun dulu dan terus tak naik. Yang lain pun takut nak tolong sebab arusnya kuat selain deras.

Jelas Rohani, anaknya itu memang sukakan aktiviti yang mencabar namun tiada siapa menyangka ajalnya di bumi Australia ini. Biar sedih tetapi sebagai ibu dia redha dengan kejadian menimpa anaknya itu. Namun apa diharapkannya agar jenazah Rizq Azzadin dipermudahkan urusan kepulangannya agar dia boleh selalu menziarahi kubur anaknya itu.

Media tempatan Australia, 9News dilaporkan berkata, mangsa sedang berenang bersama dua yang lain berdekatan Jambatan Putty Road sebelum tiba-tiba hilang dari permukaan sungai.

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN