Sebut saja apa-apa jenis minuman dan pencuci mulut sejuk pada bulan Ramadan al-Mubarak ini, terus terliur dibuatnya!
Oleh sebab itulah, REMAJA rasakan bahawa korang tidak harus melepaskan peluang untuk menyertai acara Moonlight Moreh Buffet yang dijadualkan berlangsung bermula esok ini.
Acara yang dikendalikan oleh jenama aiskrim popular, Inside Scoop ini akan memberikan korang peluang pertama untuk menikmati buffet aiskrim secara pandu lalu. Ini juga merupakan kali pertama pengalaman seperti ini diadakan di Malaysia.
Caranya menyertainya amatlah mudah.
Ads
Apa yang perlu pengunjung lakukan adalah singgah di salah satu daripada 7 cawangan Inside Scoop berlainan di dari jam 10 malam hinga 11.30 malam.
Pengunjung hanya perlu kekal berada di dalam kenderaan masing-masing dan menikmati sebanyak mungkin perisa aiskrim yang diinginkan tanpa perlu keluar.
Inside Scoop akan menyediakan lokasi memarkir kenderaan dan staf Inside Scoop yang akan berjalan dari satu kenderaan ke satu kenderaan lain untuk menghidangkan aiskrim kepada pengunjung.
Setiap refill yang diterima hadir dalam bentuk 2 scoop aiskrim. So, korang hanya perlu nikmatinya secepat mungkin sebelum menerima 2 lagi scoops dengan memanggil staf berhampiran.
Untuk menyertai Moonlight Moreh Buffet bermula esok selama 7 hari berturut-turut, setiap pengunjung hanya dikenakan caj RM29 dan semuanya perlu dihabiskan di lokasi terbabit. Tiada take-away yang dibenarkan okay.
NAMUN malangnya, tiket bagi slot tujuh hari pada kali ini telah HABIS dijual di kesemua lokasi. Hhm..
Tapi tak apa. REMAJA pasti Inside Scoop akan kembali mengadakan Moonlight Moreh Buffet tidak lama lagi. Untuk info lanjut, kunjungi laman web Inside Scoop.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat individu yang masih giat mencari pekerjaan sepanjang pandemik ini, lebih 20,000 kekosongan jawatan membabitkan 126 majikan akan ditawarkan menerusi Expo Kerjaya sempena penganjuran ‘International Public Employment Forum 2021’ (IPEF 2021) secara maya.
Penganjuran IPEF 2021 ini bertujuan untuk membantu mempersiapkan orang ramai terutama golongan majikan, pekerja dan pencari kerja dengan maklumat serta berkongsikan amalan terbaik bagi membina semula kehidupan pasca pandemik COVID-19.
Gambar hiasan
Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ekspo kerjaya ini akan disertao majikan daripada syarikat-syarikat besar seperti ExxonMobil, Honda, CIMB Bank, Top Glove, Schlumberger, Petron, UMW, KPJ dan banyak lagi.
Selain itu, turut berlangsung SOCSO’s Regional Return to Work (RTW) DIGIMOS Symposium 2021 dalam usaha Perkeso terus membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dalam mengharungi cabaran Covid-19.
Persidangan julung kali ini dijangka menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari seluruh pelosok Asia Tenggara dengan mengetengahkan barisan panel jemputan terdiri daripada pakar dalam bidang pengurusan hilang upaya dan rehabilitasi di tempat kerja.
Gambar hiasan
Jika korang ingin menyertai IPEF 2021 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 September ini, pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang menerusi pautan www.perkeso.gov.my/ipef. Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut, korang juga boleh menghubungi Careline Perkeso di 1300- 22-8000 atau emel ke ipef@perkeso.gov.my.
Ini adalah peluang terbaik untuk individu yang kehilangan kerja pada waktu pandemik. Ambil peluang yang diberikan ini, manalah tahu ada rezeki korang nanti.
Sudah jadi kebiasaan kalangan kita untuk berkongsi gambar rutin seharian dengan rakan-rakan rapat baik melalui pelbagai aplikasi media sosial terutamanya di ‘close friends’.
Ada masa gambar yang dikongsi tidak menutup aurat dengan sempurna tapi ramai menganggap ia tidak jadi masalah kerana hanya dilihat oleh sama jantina dan rakan rapat saja.
gambar tak tutup aurat
Tapi benarkah begini? Persoalan ini juga ditanyakan oleh netizen dalam soal jawab kepada Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan
Assalamualaikum, ustaz. Bolehkah kalau post gambar tak tutup aurat dengan sempurna macam tak pakai tudung dalam kalangan ‘close friend’ perempuan kat Instagram? Saya lihat ada kenalan yang buat macam tu. Mohon pandangan dan terima kasih.
Jawapan
Bagi menjawab persoalan di atas, hukum menghantar atau memuat naik gambar gambar dengan keadaan tidak menutup aurat adalah perkara yang dilarang dalam syarak sama ada perbuatan ini dilakukan oleh lelaki mahupun wanita.
Setiap muslim perlu ada sifat malu dan berusaha menjaga auratnya sebaik mungkin dan tidak boleh mengambil mudah akan perihal aurat sehingga menjadi tontonan golongan ajnabi. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Surah al-Nur (30-31)
Justeru itu, membuka aurat tanpa sebarang tujuan darurat adalah haram sama ada aurat diri sendiri atau aurat orang lain.
Kemungkinan tersebar
Walaupun gambar atau video yang dimuat naik telah dihadkan tontonannya kepada hanya yang mahram atau dalam kalangan sejantina, namun masih terdapat kemungkinan gambar itu tersebar sehingga menjadi tontonan ajnabi.
Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan menghindarkan diri daripada fitnah, setiap orang perlu menapis setiap gambar dan perbuatan yang akan dipertontonkan kepada orang ramai.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:
لَا تُبَاشِرُ المَرْأَةُ المَرْأَةَ، فَتَنْعَتَهَا لِزَوْجِهَا كَأَنَّهُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا
Maksudnya: Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain, lalu wanita lain itu menceritakan kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat wanita yang diceritakannya.[1]Riwayat al-Bukhari
Berdasarkan hadis tersebut, seorang isteri dilarang menceritakan keadaan bentuk badan wanita lain kepada suaminya kerana dikhuatiri suaminya berasa tertarik dengan sifat yang disebutkan sehingga menceraikan isterinya dan mengidamkan wanita yang diceritakan sifatnya itu.
Hadis ini merupakan hujah Imam Malik dalam menentukan piawaian sadd al-zariah iaitu menghalang perbuatan harus yang boleh membawa kepada sesuatu yang haram. (Rujuk Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar al-Asqalani, 9/338)[2]
Kesimpulannya : Memuat naik gambar atau video yang tidak menutup aurat dengan sempurna sewajarnya dielakkan. Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Artikel diambil dan diolah dari Kasgoorga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kabinet telah memutuskan tempoh cuti bersalin bergaji untuk dipanjangkan dari 60 hari ke 98 hari secara berterusan menerusi kemas kini penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Ini sekaligus merupakan satu bentuk ‘kemenangan’ kepada kumpulan hak asasi buruh dan wanita yang selama ini memperjuangkan hal ini.
Begitupun, disebabkan tempoh cuti bersalin bergaji yang lebih panjang ini, khabarnya para majikan kini lebih cenderung untuk menggaji pekerja lelaki berbanding graduan-graduan perempuan.
Sebaik sahaja kemas kini akta ini diumumkan, Dewan Perniagaan Cina Bersekutu (ACCCIM) mengambil inisiatif melaksanakan satu tinjauan dalam kalangan majikan untuk mendapatkan respon mereka terhadap kesan pindaan akta ini.
Seperti dijangka, rata-rata majikan tidak bersetuju dengan perlaksanaan cuti bersalin bergaji lebih panjang.
Pada pandangan para majikan, ini hanya mengakibatkan peningkatan kos operasi yang ketara setelah kadar produktiviti dan kecekapan menguruskan syarikat masing-masing akan berkurangan dengan ketiadaan pekerja wanita tersebut.
Selain itu, majikan juga perlu mengupah pekerja sambilan atau mengambil graduan latihan (intern) bagi mengisi kekosongan selama tiga bulan itu; lalu mengakibatkan kos pengurusan meningkat.
Tinjauan sama mendapati lebih ramai majikan berbangsa Cina yang sekarang cenderung untuk menggaji pekerja lelaki disebabkan kebenaran cuti bersalin bergaji yang lebih lama ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika diukur daripada tempoh perjuangan dalam program realiti, Hussain boleh dianggap antara penyanyi baharu yang paling lama bertahan di pentas pertandingan apabila mengharungi saingan...