Bekas pemain sayap pasukan bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees, yang meninggal dunia, dua hari lalu.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Zaquan berkongsi foto tilam serta bantal milik Raees selain mengakui kehidupannya kini terasa sangat sunyi selepas pemergian anak bongsunya itu.
“Semoga anak syurga daddy hadir dalam mimpi daddy. Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan, ya Allah,” coretnya lagi.
Pada Selasa, Zaquan berkongsi berita sedih mengenai pemergian anak ketujuhnya, Muhammad Aisy Al Rees yang dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu pada jam 12.57 tengah hari.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Zaquan Adha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena musim durian yang sedang hangat sekarang, bermacam-macam tawaran sedang berlangsung di merata-rata tempat. Jika di kampung, kita jolokkan pokok. Di bandar pula, kita ‘bedal’ pesta durian di warung-warung.
Terbaru IKEA nak meraikan musim durian bersama kita semua dengan IKEA Durian Dessert Festival!
Pelbagai jenis pencuci mulut dijual dengan perisa durian bermula hari ini hingga 31 Julaikelak. Antara yang ditawarkan ialah Durian Tart (RM6.50), Durian Puff (RM5.90), Durian Cake (9.90) dan minuman Musang King Frappe (RM9.90).
Bagaimanapun, minuman Musang King Frappe hanya dijual di kafe IKEA Damansara dan Cheras.
(Dari kiri) : Durian Puff (RM5.90) dan Durian Tart (RM6.50)
(Dari kiri) : Durian Cake (9.90) dan Musang King Frappe (RM9.90)
Kalau korang bukannya peminat buah durian, jangan risau. Bermula esok hingga 17 Julai, korang boleh mendapat diskaun RM50 pembelian produk IKEA untuk pembelian produk/perabot bernilai RM350 dengan berbelanja RM50 (minimum) di kafe IKEA pada hari sama.
Bagi yang berbelanja di IKEA Batu Kawan pula lagi best! Korang hanya perlu berbelanja RM300 saja.
Jangan lupa untuk mencuba dan memberitahu kami bagaimana rasa pencuci mulut durian ini okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, sempat merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Malah, dia turut menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu telah mengharungi perjuangan yang lebih dahsyat berbanding dirinya sebelum ini.
“Saya rasa belum terlewat untuk saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Beliau telah mengharungi perjuangan yang dahsyat namun dengan kuasa Allah, akhirnya dilantik menjadi pemimpin kita. Begitu juga saya mengharapkan agar ada keadilan sewajarnya,” katanya.
Penyanyi lagu popular Mimpi Laila berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas sebutan kes berhubung representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, hari ini.
Menerusi laporan Sinar Harian, penyanyi itu turut berharap Anwar dapat menambah baik undang-undang lapuk yang tidak menepati perkembangan dan peradaban, termasuk kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sehubungan itu, Yasin juga menyifatkan Anwar pasti lebih memahami keadaan tersebut memandangkan beliau pernah berhadapan dengan undang-undang sebegitu.
“Saya berharap agar perdana menteri kita dapat membetulkan undang-undang arkib, undang-undang lapuk yang tidak menetapi perkembangan, pengetahuan serta peradaban.
“Itu telah masuk dalam kes 39B yang beliau pernah hadapi dahulu mengenai kes arkib ini jadi saya berharap dia faham,” tambahnya.
Terdahulu, pada 31 Mac lalu, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok ganja. Berikutan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ojen Aiwah, mengesahkan bahawa beliau bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit.
Perkara tersebut didedahkan menerusi satu hantaran panjang di media sosial yang kini mencuri perhatian ramai.
Isu Ojen Aiwah ambil tindakan undang-undang ini dipercayai berpunca daripada dakwaan fitnah yang menurutnya telah berlarutan sejak tahun lalu dan memberi kesan besar terhadap reputasi diri serta perniagaan yang dibina.
Menurut Ojen, segalanya bermula dengan apa yang disifatkan sebagai teguran. Namun, keadaan berubah apabila teguran tersebut bertukar menjadi serangan terbuka, khususnya apabila ia melibatkan produk jualannya, Kunafa Aiwahhh.
Beliau mendakwa Tareq telah mengkritik dessert tersebut dengan mengatakan ia menggunakan coklat serta topping murah, selain melabelkan produk berkenaan sebagai tidak berkhasiat dan tidak sesuai untuk dimakan.
“Aku bukan saman sebab isu personal. Aku saman sebab dia sentuh Kunafa Aiwahhh. Dari teguran, jadi defamation,” tegas Ojen.
Ojen turut meluahkan rasa kecewa apabila kritikan tersebut mengundang kecaman melampau daripada netizen sehingga melibatkan dirinya serta ahli keluarga yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu berkenaan.
Keadaan ini disifatkan sebagai melampaui batas kerana menurutnya, individu yang tidak pernah menyakiti atau melakukan kesalahan terhadap sesiapa tidak sepatutnya menjadi sasaran kebencian.
Dalam konteks ini, isu Ojen Aiwah ambil tindakan undang-undang bukan sekadar konflik antara dua individu, sebaliknya melibatkan maruah, emosi serta keselamatan keluarga.
Tidak Bertindak Terburu-Buru
Tambah Ojen lagi, beliau tidak bertindak secara melulu. Sebaliknya, sejak tahun lalu, beliau memilih untuk berdiam diri bagi mengumpul bukti yang mencukupi sebelum menyerahkan perkara tersebut kepada peguam serta pihak berkuasa.
Langkah ini diambil bagi memastikan sebarang tindakan yang dibuat berlandaskan fakta dan undang-undang, bukan sekadar reaksi emosi atau tekanan daripada orang ramai.
Dalam hantaran sama, Ojen turut menyelar sikap Tareq yang didakwa sering menyerang pelbagai pihak atas nama “teguran” dan “agama”.
Antara yang didakwa menjadi sasaran termasuk artis, pempengaruh media sosial, usahawan makanan serta komuniti gimnasium.
Menurut Ojen, tindakan tersebut dilihat bercanggah apabila pada masa sama individu berkenaan turut mempromosikan produk digital sendiri.
“Kononnya nak bantu rakyat Malaysia, tapi semua orang dihentam. Real food konon, rupanya nak jual e-book,” katanya lagi.
Dalam nada lebih tenang, Ojen turut mengambil kesempatan untuk menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam berkata-kata di media sosial.
Beliau menegaskan bahawa masyarakat tidak seharusnya mudah terikut-ikut untuk mencampuri urusan yang tidak ada kena mengena dengan diri sendiri, apatah lagi membenci individu yang tidak pernah berbuat salah atau menyakiti kita serta keluarga.
“Berhati-hati bila berkata-kata. Jauhilah orang macam ni. Tak ada kena mengena, jangan ikut masuk campur komen. Macam mana orang yang tak pernah buat salah dengan kita atau keluarga pun boleh kita benci. Pelik manusia sekarang,” luahnya.
Teguran Diterima, Fitnah Tidak Diterima
Ojen menegaskan bahawa dirinya sentiasa menerima teguran dengan hati terbuka dan cuba memperbaiki diri secara perlahan-lahan.
Namun, apabila teguran bertukar menjadi fitnah serta menjejaskan reputasi perniagaan yang dibina bertahun-tahun, beliau tidak lagi boleh berdiam diri.
Menutup kenyataannya, Ojen memberi amaran keras bahawa perkara ini telah melangkaui batas kesabaran.
“Nasi dah jadi bubur. See you in court!” tegasnya, sekali gus mengesahkan bahawa kes ini bakal dibawa ke peringkat mahkamah dan berkemungkinan mendapat perhatian lebih luas.
Sumber : Instagram ojennaiwahhh_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!