Konvokesyen ke-69 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ini bukan sekadar sebuah majlis rasmi yang meraikan graduan, malah ia turut menjadi pentas kepada sebuah kisah luar biasa tentang ketabahan, kasih keluarga dan kekuatan dua beradik yang tidak pernah menyerah.
Dalam ribuan graduan yang diraikan, dua adik-beradik, Dr. Nor Athirah Zaharudin, 37, dan Dr. Nur Zafirah Zaharudin, 34, mencuri perhatian apabila akhirnya berdiri bersama di pentas yang sama.
Walaupun memulakan perjalanan PhD pada tahun berbeza dan melalui cabaran yang tidak serupa, keduanya membuktikan bahawa tiada jarak yang terlalu jauh untuk dicapai apabila keluarga menjadi kekuatan utama.
Perjuangan Dr. Athirah. Antara penyelidikan, pembedahan & peranan sebagai ibu
Menggalas PhD dalam Kejuruteraan Kimia Bioproses di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga (FKT), perjalanan Dr. Athirah bukanlah kisah yang mudah. Beliau menyeimbangkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, dalam masa yang sama menguruskan penyelidikan yang memerlukan komitmen tanpa henti.
Kemuncak ujian hadir apabila bahan kimia utama dalam kajiannya diharamkan atas faktor keselamatan, memaksa beliau mengubah keseluruhan metodologi penyelidikan dari awal. Di saat cabaran akademik semakin berat, ujian fizikal pula menghimpit—tiga pembedahan besar dalam masa setahun merentap ketahanan tubuh dan emosinya.
Setiap hari menjadi pertempuran antara tubuh yang tidak kuat… dan semangat yang enggan menyerah.
Ads
Perjalanan Dr. Zafirah. Tekanan, air mata & perjuangan mencari keyakinan
Di sisi lain, adiknya, Dr. Zafirah, yang menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Fasiliti di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), turut melalui jalan berliku. Tahun-tahun akhir pengajiannya penuh tekanan—ada hari beliau hampir hilang percaya pada diri sendiri, ada masa perjalanan terasa terlalu berat untuk diteruskan.
Namun di setiap titik jatuh, ada seseorang yang sentiasa memapah… kakaknya sendiri.
Kekuatan keluarga yang tidak pernah patah
Kedua-dua mereka mengakui bahawa sokongan pensyarah, rakan penyelidik dan fakulti amat besar ertinya. Namun, kekuatan yang paling banyak menyalakan cahaya ketika hari-hari gelap adalah keluarga.
Ads
Apabila salah seorang goyah, yang lain menjadi tempat berpaut.
Apabila keyakinan hilang, adiknya atau kakaknya menjadi suara yang mengembalikan semangat.
Dua graduan, satu cerita. Kejayaan yang lahir daripada cinta dan ketabahan
Dalam kenyataan bersama, kedua-duanya menzahirkan rasa syukur yang mendalam.
“Menyelesaikan PhD bukan perjalanan yang mudah. Namun melaluinya bersama memberikan kami kekuatan luar biasa. Berdiri di atas pentas konvokesyen bersama-sama menjadi simbol ketabahan, keyakinan dan sokongan keluarga yang tidak pernah putus,” ujar mereka.
Hari ini, gelaran “Dr.” yang terletak pada nama mereka bukan sekadar sebuah pencapaian akademik. Ia adalah simbol cinta keluarga, kekuatan dua jiwa yang berjuang seiringan, dan bukti bahawa tiada impian yang mustahil apabila ditempuh bersama insan tersayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UTM News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini makanan kulit ayam menjadi viral kembali apabila sebuah restoran makanan segera popular menawarkan menu terbaharu mereka yang sememangnya menjadi kegemaran ramai.
Sebelum ini, kalau nak makan kulit ayam goreng ranggup selalunya kita beli di pasar malam sahaja, tetapi kini ia telah dikomersilkan oleh restoran makanan segera popular itu.
Namun begitu, rasanya kita semua sudah sedia maklum bahawa pengambilan kulit ayam terlalu banyak adalah tidak bagus untuk kesihatan kerana ia mempunyai lemak. Pendek kata, jika mengambil secara berlebihan mungkin akan memudaratkan kesihatan korang, lebih-lebih lagi kepada anak kecil.
Resipi kulit ayam goreng ini sebenarnya boleh diolah dan ia telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puan Diera. Jelas wanita itu, anak-anaknya setiap hari nak makan kulit ayam dan hasil daripada video TikTok dia berjaya menginovasi resipi kulit ayam goreng menggunakan telur ayam.
Ayam juga kan. Hiks!
Jom kita lihat resipi yang telah dikongsi di laman Facebook Masak Apa Hari Ni..
Bahan-bahan:
– Telur
– Lada hitam
– Garam
– Pati ayam
– Air sedikit
(Gaulkan semua bahan di atas)
Cara menyediakan:
1. Gorengkan telur di atas kuali leper. Pastikan goreng telur senipis yang mungkin
2. Terbalikkan telur yang dimasak itu
3. Kemudian, gaul telur yang digoreng dengan tepung Bestari (atau lain-lain yang sesuai). Selepas itu, potong telur itu untuk dijadikan bentuk kulit ayam. Celup di tepung, celup di air dan kemudiannya celup di tepung semula
4. Setelah selesai goreng dengan minyak panas dan siap!
Katanya rasa makanan ini sebiji macam kulit ayam goreng. Jadi, korang bolehlah cuba buat sendiri di rumah okay.
Namun, baru-baru ini seluruh dunia dikejutkan dengan berita pencemaran udara toksik di Amerika Syarikat yang begitu teruk sehinggakan langit New York City bertukar jingga.
Negara tersebut dilaporkan mengalami pencemaran udara toksik yang teramat teruk hasil daripada asap kebakaran hutan di Kanada. Hal ini menyebabkan rakyat Amerika Syarikat didedahkan kepada udara toksik setelah hampir sekian lama negara itu tidak dilanda pencemaran udara sebegitu teruk.
Penyelidik turut mendapati penduduk di New York terdedah kepada tahap pencemaran lima kali ganda melebihi standard kualiti udara negara tersebut. Shocking kan?
Selain itu, para penyelidik Stanford membuat pengiraan bahawa purata orang Amerika pada Rabu lepas telah terdedah kepada 27.5 mikrogram setiap meter padu bahan zarahan kecil yang dibawa dalam kepulan asap.
Serpihan jelaga, habuk dan serpihan lain yang terbakar ini dikenali sebagai PM2.5 akan tertimbus di dalam paru-paru manusia apabila disedut dan berkemungkinan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Di New York, di mana langit berubah daripada putih susu kepada jingga terang sepanjang hari telah memaksa sekolah dan taman permainan untuk mengehadkan aktiviti luar dan menggalakkan pemakaian topeng apabila berurusan di luar kawasan tertutup.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Guardian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun negara masih dilanda pandemik COVID-19 yang meruncingkan dengan jumlah kes yang saban hari semakin meningkat, ada urusan-urusan penting yang masih memerlukan perjalanan jauh demi memastikan kelangsungan.
Di antaranya termasuklah sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi enam kategori pelajar yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam. Para pelajar ini telah menerima lampu hijau daripada pihak KPT semalam untuk pulang ke kampus bermula 1 Mac ini.
Antaranya termasuklah golongan pelajar yang terdiri di bawah:
01
Pelajar program pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah yang memerlukan aktiviti praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
02
Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
03
Pelajar asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.
04
Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom (UK).
05
Pelajar berkeperluan khas (OKU)
06
Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.
Pergerakan pulang ke kampus ini mewajibkan pelajar untuk menjalani ujian saringan SWAB yang dibiayai oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Buat pelajar dari Sabah dan Sarawak yang pulang ke kampus di Semenanjung, mereka akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing buat sementara waktu sehinggalan mereka bebsa daripada simptom COVID-19.
Manakala, bagi pelajar Semenanjung dan Sabah yang tiba di Sarawak pula, mereka diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan memasuki kampus. Kesemua kos makan minum dan pusat kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak sepenuhnya.
*
Dalam kenyataan yang sama, KPT menjelaskan bahawa pelajar yang tidak temasuk dalam mana-mana kategori di atas perlu meneruskan PdP secara dalam talian seperti biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
RM BTS dilantik sebagai duta global pertama Muzium Negara Korea, mengukuhkan peranannya dalam mempromosikan seni, sejarah dan warisan budaya Korea kepada masyarakat dunia.