Dalam kehidupan, setiap orang punya momen yang menjadi detik paling bermakna. Namun bagi pasangan muda ini, majlis konvokesyen mereka bukan sekadar hari meraikan kejayaan, namun ia adalah bukti bahawa cinta, ketabahan dan impian mampu berjalan seiring walau dalam apa jua keadaan.
Itulah kisah Dr. Syazwina Muhammad Khir, 28, yang masih dalam tempoh berpantang namun tetap menggagahkan diri untuk naik ke pentas menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi, di samping suaminya, Farhan Mohd. Pauzi, 27, yang turut diraikan selepas menamatkan pengajian Sarjana Kejuruteraan Awam (Persekitaran) pada Istiadat Konvokesyen ke-69 Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pasangan ini menjadi perhatian di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, apabila kedua-duanya berjalan naik ke pentas dalam suasana penuh emosi. Ketabahan Syazwina yang masih letih berpantang benar-benar menyentuh hati sesiapa yang melihatnya.
Berjuang Menyiapkan Tesis Ketika Awal Kehamilan
Berkongsi kembali perjalanan sukar yang pernah ditempuh, Syazwina mengakui fasa menyelesaikan pembetulan tesis bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi ketika dia baru dua bulan hamil.
“Untuk datang hari ini (kelmarin), saya akui masih penat sebab letih dan sakit berpantang masih belum hilang tapi saya tak sanggup lepaskan peluang ini.
Ads
“Ini impian saya sejak dulu, dari saya bertungkus-lumus menyiapkan tesis sampailah saat ini (menerima PhD),” katanya.
Emosi yang naik turun, alahan, dan tekanan akademik semuanya ditempuhi serentak. Namun Syazwina tidak pernah berhenti berjuang, dan hasilnya, dia berdiri megah di pentas sebagai seorang ibu muda dan pemegang PhD.
Cinta Yang Bermula Dengan Soalan Paling Berani
Farhan, anak jati Terengganu yang kini bekerja sebagai pengurus sebuah kafe di UTM, tersenyum apabila mengenang kembali bagaimana cinta mereka bermula.
Katanya, segalanya berubah selepas pertemuan ringkas pada jamuan hari raya sekitar tahun 2023.
Ads
“Tanpa skrip, tanpa ayat berbunga, Syazwina tiba-tiba melontarkan soalan yang membuat saya terpaku, dia tanya, awak nak kahwin dengan saya ke?” cerita Farhan.
Siapa sangka soalan spontan itu membawa mereka ke fasa pertunangan pada November, sebelum disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 27 April 2024.
Bergelar Ibu Ayah Muda, Tapi Impian Tetap Menyala
Kini, dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, Maleek Addam, hidup pasangan ini berubah sepenuhnya. Namun satu yang tidak pernah padam adalah cita-cita.
Ads
Syazwina berhasrat meneruskan kepakaran dalam bidang psikologi, manakala Farhan pula mahu melangkah lebih jauh dalam dunia penyelidikan.
Dunia fesyen antarabangsa berduka apabila menerima perkhabaran pemergian salah seorang ‘The Original Supermodels’ yang menjadi penanda aras kepada kemunculan peragawati yang bertaraf selebriti.
Tatjana Patitz, 56, telah dimaklumkan meninggal dunia pada 11 Januari 2023 oleh agensi peragaan yang mewakilinya. Menurut sumber terdekat keluarganya, supermodel berketurunan Jerman itu menghembuskan nafas terakhir akibat kanser payudara.
Mendiang dilahirkan di Hamburg pada tahun 1966, ibunya berketurunan Estonia manakala bapanya pula berketurunan Jerman. Keluarganya tidak lama kemudian berpindah ke Sweden, di mana dia menyertai pertandingan peragaan pada usia 17 tahun yang mana dia mendapat tempat ketiga.
Hadiahnya kemenangan yang diterima ketika itu adalah lawatan ke Paris dan dia menerima kontrak terhad. Namun begitu kerjayanya bukanlah meroket dengan mudah, pada permulaan dia pernah tidak memiliki sebarang kerja selama setahun.
Rakan seangkatan mendiang yang juga salah seorang peragawati yang digelar The original Supermodel, Naomi Campbell mencurahkan perasaannya saat mengetahui sahabatnya itu meninggal dunia. Dalam satu hantaran di Instagram, Naomi berkongsi momen saat dia mula-mula mengenali mendiang Tatjana.
“Apabila saya bertemu dengan anda pada usia 16 tahun di pertunjukan fesyen Alaia, saya masih ingat hanya berkata wow. Kehadiran dan perawakan awak. Mata anda dan senyuman malu yang gementar serta tenaga bagai dewi yang membuatkan kami semua tertarik.
The Original Supermodels. Kredit foto: Peter Lindbergh
“Pengalaman kali pertama saya di Los Angeles saya dapat merasainya dengan anda. Kamu menunjukkan kepada saya tapak dan pantai, memandu sekeliking dengan Volkswagen berbumbung terbuka berwarna merahmu,” kongsi supermodel berusia 52 tahun itu.
Saat meninggal dunia. Tatjana meninggalkan seorang cahaya mata berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Jonah Patitz. Sebelum itu dia terlebih dahulu telah bercerai dengan suaminya, Jason Johnson pada 2009 selepas enam tahun berkahwin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya, kita saja yang gemar mengambil perkhidmatan kenderaan e-hailing untuk ke mana-mana. Selain mudah, sebagai pengguna kita juga akan memperolehi kelebihan apabila menggunakannya secara kerap.
Tapi, bagaimana jika REMAJA kongsikan bahawa sudah wujud perkhidmatan sama untuk haiwan peliharaan pula?
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh JOJO Pet Taxi ini bertujuan membantu pemilik haiwan peliharaan untuk menghantarnya ke lokasi ditetapkan seperti ke klinik haiwan atau pusat dandanan.
Tujuannya adalah untuk memudahkan pemilik mencari perkhidmatan teksi yang boleh dipercayai. Mereka tidak perlu gusar memikirkan keselamatan ‘si comel’ atau perlu bersusah-payah mengharungi kesesakan lalu lintas sekiranya lokasi itu jauh dari rumah.
Bercakap mengenai keselamatan, kesemua pengangkutan yang diguna menitik beratkan keselesaan dan keselamatan ‘penumpang’.
JOJO Pet Texi dilengkapi tali pinggang keledar, jaring keselamatan dan pelitup tempat duduk bagi menjamin kebersihan. Teksi tersebut juga mempunyai kamera ‘dash cam’ bagi memastikan tiada perkara tidak diingin berlaku.
Menurut Pengasas JOJO Pet iaitu Seow Kim Chin, mereka telahpun melatih kumpulan pertama pemandu teksi haiwan peliharaan sejak ia dilancarkan pada Oktober 2021. Terlebih dahulu, pemandu perlu menjalani saringan ketat sebelum dibenarkan mengikuti latihan.
Kini setelah beberapa bulan, mereka telahpun ditauliahkan sebagai pemandu teksi haiwan peliharaan profesional. Kemahiran pertolongan cemas terhadap haiwan pun diajar tau!
Untuk menempah teksi, korang boleh mengakses telefon pintar ke aplikasi JOJO Pet Taxi. Sewaktu haiwan peliharaan menaiki teksi, pemilik hanya perlu menggunakan aplikasi yang sama untuk menjejaki teksi yang membawa haiwan kesayangan demi memastikan ia tiba di destinasi dengan selamat.
Menarik bukan?
Selain perkhidmatan teksi, JOJO Pets juga ada menawarkan servis Pet Hotel, Pet Basic & Fill Gooming dan turut mengesyorkan klinik haiwan berdekatan rumah korang. Korang boleh muat turun aplikasi tersebut DI SINI.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena El Nino yang diramal berterusan sehingga Mei bukan setakat mengakibatkan gangguan bekalan air dan memberi kesan kepada industri penanaman.
Malah, fenomena yang menyebabkan suhu harian di kebanyakan tempat melebihi 35 darjah Celsius itu juga secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan manusia, terutama mudah mendapat strok haba.
Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook miliknya memaklumkan, terdapat beberapa tanda boleh dikesan sekiranya diserang strok haba antaranya muka merah, sakit kepala, tangan sejuk, pening dan muntah.
Tulisnya, tanda-tanda berkenaan perlu dicegah berikutan ia boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa seseorang.
Selain itu, PHM turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa terhidrat, elak tinggal anak di kenderaan, berpakaian terang, ringan dan longgar, bermain di tempat teduh dan kekal di rumah.
Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa terhidrat dengan minum air dengan secukupnya bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!