Semalam dalam satu waran menggeledah ke rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, polis menemukan beberapa barangan peribadi yang cukup memeranjatkan rakyat betapa banyaknya beg tangan berjenama mewah yang dipercayai milik DS Rosmah Mansor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama termasuk Hermes Birkin di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Beg tangan dipercayai jenama Birkin antara yang dibawa hasil penggeledahan di rumah mewah DS Najib
Menurutnya, serbuan itu melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib).
“Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” katanya.
Ads
Beliau berkata, polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.
Difahamkan, maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Terdahulu lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen yang mana setiap kotak dilabelkan isinya. Kes ini disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 (Amla) dan melibatkan 33 anggota polis.
Ads
Namun mungkin bagi rakyat yang sudah terlupa, pada tahun 2014 dahulu, DS Rosmah pernah mengajak rakyat berjimat cermat terutama menjelang hari raya yang bakal tiba. Penyataan ini dinyatakan sekitar tahun 2014.
Dalam satu ucapan, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan orang ramai tidak berbelanja dengan boros untuk menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri akan datang.
Katanya, walaupun banyak jualan murah sedang berlangsung di ibu kota, Rosmah menasihatkan wang sumbangan daripada MRCB yang disampaikannya disimpan untuk pendidikan anak dan perubatan.
“Jadi janganlah boros sangat, nak beli baju raya, satu dua pasang cukup.
“Satu pasang RM60, dua pasang jadi RM120. (Wang) yang lebih kita simpan,” katanya dalam majlis sumbangan Ehsan MRCB sempena Ramadan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Beliau juga berharap penerima sumbangan itu akan menghargainya dan berbelanja secara sederhana.
Mungkin korang boleh tengok saranannya di sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampak gayanya, kelonggaran yang diberikan kerajaan Malaysia kepada peminjam skim pendidikan PTPTN telah disalah gunakan sehingga penyakit MALAS membayar semula berjangkit sepanjang tempoh setahun yang lalu.
Selepas tampuk kerajaan diambil alih parti Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mei 2018, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan di bawah kelolaan Dr. Maszlee Malik mengumumkan bahawa mereka bakal menarik balik syarat-syarat ketat pembayaran semula oleh para pelajar yang meminjam PTPTN.
Ia bagi memberi ruang kepada seramai 429,945 orang pelajar membayar semula secara ansuran dan tanpa gesakan.
Namun hari ini, PTPTN telah mengeluarkan kenyataan yang berbentuk 10 poin agar kelonggaran itu dirujuk semula oleh pihak kerajaan. Ini kerana peminjam dilihat begitu berat tangan untuk membayar semula.
Menurut laporan daripada Malay Mail, Keseluruhan hutang PTPTN yang masih berbaki dicatatkan berjumlah RM39 bilion. Jika ditambah dengan jumlah bunga pula, ia melonjak kepada RM42 bilion. Patutlah mereka marah gaiss..
Naib CEO PTPTN, Saiful Wan Jan mencadangkan agar sekatan perjalanan ke luar negara ataupun travel ban kepada mereka yang didapati bersalah untuk dikuat kuasakan semula selain beberapa lagi tindakan lain.
Ini termasuklah menyenarai hitamkan pesalah daripada proses memperbaharui passport mereka, lesen memandu, cukai jalan dan lesen perniagaan. Secara tak langsung, jika korang didapati tidak meneruskan pembayaran semula, korang boleh kehilangan kereta, kerja malah perniagaan sah!
Ada di kalangan remaja yang telah bekerja dan tidak meminjam pada PTPTN tidak mengambil peduli mengenai isu ini. BUT LISTEN UP, korang pun sebenarnya terlibat sama dalam isu ini secara tak langsung.
Kerajaan pernah mengumumkan bahawa hutang PTPTN sebanyak RM42 bilion itu akan cuba diselesaikan mereka untuk mengurangkan beban peminjam. Cuba teka dari mana datangnya bajet tersebut? Daripada pembayar cukai seperti korang yang telah bekerja.
Dalam diam, koranglah yang sebenarnya perlu membayarkan semula hutang kawan-kawan korang yang sedang bersenang-lenang.
Amboi-amboi..
Jadi kepada peminjam PTPTN, jika korang menerima notis travel ban selepas ini, jangan buat-buat mengeluh. Hutang belum selesai dah nak bercuti sana-sini. Ceh!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penulis percaya ramai je antara kita yang suka mengunakan emoji di whatsApp kerana ia lebih senang menunjukkan emosi kita ketika itu. Dan terdapat juga Emoji Whatsapp yang disalah erti oleh kita, yang selama ini kita sangka ianya betul tetapi sebaliknya.
Di Arab Saudi korang boleh dipenjarakan gara-gara menghantar emoji ‘love’ ini. Mengikut laporan akhbar Okaz, pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi telah memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ kepada seseorang di aplikasi WhatsApp boleh menyebabkan pengirimnya dipenjarakan.
Mengikut undang-undang Saudi, pengirim boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan dikenakan denda 100,000 riyal (RM111,556) sekiranya didapati bersalah.
Ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi, Al Moataz Kutbi berkata bahawa menghantar emoji ‘love’ di aplikasi WhatsApp adalah sama dengan bentuk jenayah gangguan.
Selain itu, katanya penggunaan beberapa imej dan ungkapan semasa bersembang dalam talian juga boleh bertukar menjadi jenayah gangguan jika tuntutan mahkamah difailkan oleh penerima.
Dia memberi amaran kepada pengguna aplikasi supaya tidak memulakan perbualan dengan mana-mana pengguna tanpa persetujuan mereka atau terlibat dalam perbualan yang tidak selesa atau mengganggu pengguna lain selain menekankan amaran terhadap penggunaan ekspresi eksplisit atau emoji hati merah.
”Menurut sistem anti-gangguan, gangguan ditakrifkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual yang dibuat oleh seseorang terhadap mana-mana orang lain yang menyentuh badan atau kehormatannya atau melanggar kehormatannya dengan apa-apa cara, termasuk teknologi moden.
”Ini termasuk (emoji) yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut adat masyarakat, seperti hati merah dan mawar merah,” kata Kutbi.
Jadi lepas ni, jangan la suka hati bagi ‘love’ berwarna tu okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 PyeongChang kini sedang dilangsungkan dengan penuh meriah di Korea Selatan. Temasya yang menghimpunkan atlet-atlet sukan musim sejuk terbaik seluruh dunia ini juga menyaksikan negara kita pertama kali menyertainya. Malaysia BOLEH! 🙂
Mungkin populariti sukan musim sejuk di negara kita masih belum berada di tahap tertinggi namun sokongan dan perhtian semakin meluas dapat kita saksikan terutamanya di laman media sosial. Keghairahan sokongan terhadap pasukan hoki ais pada Sukan SEA tahun lalu juga menjadi pemangkin kepada lebih ramai orangingin ambil tahun tentang sukan musim sejuk.
Dan kebiasaannya pada temasya Olimpik atlet muda yang berusia belasan tahun sentiasa menjadi perhatian media. Ini kerana pada usia muda mereka mampu beraksi di peringkat tertinggi dan bukanlah calang-calang atlet!
Begitu juga dengan halnya dengan Red Gerard, atlet papan luncur salji (snowboard) dari Amerika Syarikat. Dia yang baru berusia 17 tahun tidak jauh beza dengan remaja yang lain yang mempunyai tabiat tidak elok; contohnya menonton televisyen atau siri TV menerusi Internet (terutamanya di Netflix) sampai tidak tidur pada waktu malam.
Begitulah yang terjadi kepadanya. Akibat berjaga sepanjang malam menonton siri komedi, ‘Brooklyn Nine-Nine’ menerusi Netflix dia hanya tidur 20 minit sebelum dikerah beraksi di Sukan Olimpik!
Menurut rakan sebiliknya, Kyle Mack dia terkejut apabila mendapati Red berjaga sepanjang malam. Selepas tidur sekejap dia segera mengambil makanan pagi dan terus ke lokasi pertandingan.
Namun dengan bakat luar biasa yang dimilikinya, Red Gerard berjaya mempamerkan persembahan luar biasa dan merangkul pingat emas. Ini dilakukannya dengan keadaan tidak cukup tidur! Dia berjaya mempamerkan persembahan penuh bertenaga dan luar biasa hingga mencatatkan jumlah mata sebanyak 87.16 dalam kategori slopestyle snowboarding.
Netizen berasa cukup kagum dan ‘terhibur’ dengan fakta bahawa dia berjaya melakukan the impossible walaupun tak cukup tidur. Pelbagai reaksi menerusi Twitter turut mencuit hati.
Atlet yang berasal dari Colorado ini merupakan atlet paling muda dalam sejarah pernah memenangi pingat emas Olimpik bagi acara papan luncur salji.
Inilah yang orang namakan kalau dah power memang tak ke mana! 😀
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!