“Saya nak buktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main..”
Percubaan pelakon baharu yang semakin meningkat naik, Meerqeen untuk menembusi pasaran hiburan di Indonesia bermula dengan langkah kanan apabila bakal muncul dengan drama pertamanya yang diterbitkan oleh produksi negara seberang itu.
Meerqeen sewaktu sesi pra-produksi web drama Modus Operandi.
Setelah membina nama menerusi drama seperti Melur Untuk Firdaus dan Angkara Cinta, Meerqeen kini mula mengintai peluang untuk melebarkan pengaruhnya ke Indonesia sejak kunjungan pertama di Jakarta, beberapa bulan lalu.
Sesi bertemu peminat bersama gandingannya, Anna Jobling pada ketika itu di beberapa buah program bual bicara nyata tidak sia-sia apabila namanya dipancing untuk menjayakan sebuah web drama untuk Bank Rakyat Indonesia.
Selain Meerqeen, drama berjudul Modus Operandi ini telahpun menjalani penggambarannya selama seminggu di Jakarta bersama-sama pelakon tempatan lain seperti Krito Immanuel, Yusuf Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina. Biarpun ini merupakan kelibat pertamanya dalam sebuah produksi lakonan Indonesia, pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 ini telahpun memperolehi rezeki ditawarkan watak utama dalam drama yang diarahkan oleh Makbul Mubarak.
Ads
“Memang saya teruja, pada masa sama gemuruh untuk bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman. Sedikit sebanyak ada perbezaan ketara terutama dalam cara kerja (dengan produksi di Malaysia).
“Tapi saya gembira kerana mereka banyak membantu terutama semasa proses pra-produksi. Kami terlibat dalam sesi latihan bagi melicinkan proses seterusnya. Ini memang memberikan pengalaman berharga kepada saya,” katanya.
Menariknya, biarpun web drama Modus Operandi ini hanya akan mula ditayangkan pada 4 November (Jumaat) menerusi saluran YouTube Bank Rakyat Indonesia, Meerqeen khabarnya telahpun dirisik oleh beberapa produksi Indonesia lain yang berminat untuk menawarkan peluang lain kepadanya – bukan sahaja tawaran lakonan malah juga pengacaraan.
Meerqeen yang masih memikirkan tawaran mana yang bersesuaian untuknya dalam nada syukur tidak menyangka rezeki sebegini akan hadir secepat ini.
Ads
“Alhamdulillah. Kalau kena dengan masa dan jadual, pasti saya terima. Apa sahaja perkembangan nanti akan diumumkan kepada semua.”
“Tanpa sokongan dan doa semua pihak terutama peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya, tidak mungkin saya mampu melangkah sejauh ini. Kepercayaan yang diberikan ini membakar semangat saya untuk terus berusaha keras dan membuktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main.
Ads
“Saya mahu serius menjadi insan seni yang disegani,” simpulnya yang tertarik dengan tawaran sebagai pengacaa sebuah program TV di Indonesia.
Haa, program apakah itu? Dan adakah Meerqeen akan terus-menerus mencari tapak di Indonesia seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa pelakon lelaki Malaysia seperti Allahyarham Asyraf Sinclair, Keith Foo dan Miller Khan. Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas meledak di carta tren pada tahun lalu sebagai sebuah karya drama yang mendapat tontonan tertinggi sepanjang tahun 2020, AKHIRNYA tarikh tayangan untuk sekuel Budak Tebing telah disahkan.
Bulan demi bulan, peminat setia menanti pengumuman berkenaan. Pada awalnya, Budak Tebing 2 katanya dijadualkan untuk tayangan bulan Ramadan seperti yang berlaku pada tahun lalu. Kemudian timbul pula spekulasi yang berkata ia sedia ditayangkan pada bulan Syawal..
Well guys, we can put all these speculations to rest.
Budak Tebing 2 bakal menemui skrin televisyen korang bermula 18 Jun ini, pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam.
Drama yang dibintangi oleh barisan pelakon muda lagi berbakat seperti Aedy Ashraf, Adam Lee, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Faris Esqandar dan Firdaus Ghufran ini khabarnya turut menampilkan beberapa lagi karakter baru bagi menambah warna dan dinamik pada jalan cerita sekuel ini.
Ini termasuklah finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil yang ketika dihubungi turut menzahirkan keterujaannya menantikan episod pertama Budak Tebing 2, dua minggu dari sekarang.
“Jujurnya, perasaan saya bercampur-baur sedikit. Teruja sudah pasti kerana kami telah lama menantikannya. Tapi sememangnya tekanan itu juga ada kerana expectation yang diletakkan oleh penonton tegar Budak Tebing bukanlah calang-calang.
“Musim pertama telah membuktikan karya di luar kotak seperti Budak Tebing punya tempat di hati peminat hiburan tempatan. Jadi bagi sekuel kali ini tentunya mereka mengharapkan sesuatu yang sama hebatnya.
“Kali ini, saya merupakan di antara watak baru yang diperkenalkan bagi menambah plot menarik Budak Tebing 2. Saya memegang watak seorang yang menghidap sejenis komplikasi mental yang dikenali sebagai kleptomania disorder. Watak ini mempunyai tabiat yang suka mencuri walaupun dia mampu membeli sesuatu barang,” jelas pemegang gelaran Hero Inspirasi 2020 ini.
Akui Imran, sepanjang musim pertama Budak Tebing, dia tidak terlalu mengikuti ‘hype’ yang dicetuskan drama Budak Tebing atas komitmen bertanding pada waktu itu untuk pencarian Hero Remaja 2020.
Biarpun begitu, Imran mengkaji semula esen drama tersebut dan berpendapat ia begitu diminati kerana pendekatan ‘tidak berlapik’ terhadap penonton remaja sepertinya.
“Tentunya, pengenalan watak-watak baru seperti yang dibawakan oleh saya kali ini akan dinilai oleh penonton. Masing-masing berperanan dan bukan sekadar tempelan sebagai penyedap jalan cerita. Jadi, saya pasti penonton Budak Tebing 2 akan terus mengikuti musim kedua ini kerana ia amat dekat dengan kisah masyarakat sekarang,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Imran Aqil pernah membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta juga di slot Lestary di TV3 sebagai Hardy.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, kami sedang mencari para finalis yang berpotensi untuk PENCARIAN HERO REMAJA 2017 yang bakal bermula pada April ini. Tak boleh terbang pun tak mengapa. Kuasa adiwira tidak diperlukan untuk bergelar HERO REMAJA.
Anda layak jadi hero jika anda…
• Bijak, berbakat, aktif dan mempunyai keperibadian yang menarik. • Memiliki aura ikon remaja milenia Malaysia. • Punya iltizam kuat untuk berjaya dalam bidang peragaan, industri seni hiburan atau bidang yang ingin kamu ceburi. • Mempunyai kelulusan pendidikan baik di peringkat SPM/Diploma/Ijazah.
Superpower tak diperlukan! Kami mahu Hero yang:
• Warganegara Malaysia. • Berumur antara 17-24 tahun. • Memiliki ketinggian melebihi 170sm dan bentuk badan yang ideal. • Fotogenik dan versatil. • Bujang. • Kod pakaian: Baju putih & jeans biru.
Jadi, sudahkah kamu bersedia? Tiba masanya untuk kamu serlahkan keterampilan dan personaliti diri untuk ditransformasikan menjadi ikon Hero Remaja 2017.
Jom sertai majalah REMAJA di lokasi uji bakat ini.
Lokasi Rasmi: Bangunan Kumpulan Media Karangkraf No.1, Jalan Renggam 15/5, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Jangan terlepas tarikh ni:
• 22 April 2017 (Sabtu) • 29 April 2017 (Sabtu) • 6 Mei 2017 (Sabtu) Masa: 9 Pagi-3 Petang
*Semak keratan borang penyertaan di majalah REMAJA edisi April.
See u guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, Ben Ali dan Nadiyah Shahab berjaya dengan bisnes kek Absolut mereka, kini pasangan suami isteri selebriti ini telah pun melebarkan sayap dengan membuka syarikat Absolut Talents & Management dengan menggendalikan 10 barisan selebriti yang bernaung di bawah label pengurusan mereka.
Satu sidang media telah pun diadakan bagi memperkenalkan secara rasmi selebriti yang terlibat, serta sekali gus menganjurkan majlis menandatangani kontrak perjanjian diantara pihak pengurusan, selebriti dan juga rakan penaja.
Tiga daripada sepuluh selebriti yang dipilih merupakan bintang kelahiran Hero Remaja 2017, iaitu Harris Annuar, Ikmal Amry dan Nabil Aqil. Barisan-barisan selebriti lain adalah termasuk Nadiyah Shahab, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Najla Shamsul, Aisar Khaleed, Nurin Afiqah dan Yasmine Ow.
“Sebelum ini memang Ben Ali yang menguruskan segala job-job lakonan saya. Jadi, ramai yang tanya siapa yang menguruskan kerjaya seni saya. Mungkin disebabkan ini juga Ben mengambil keputusan untuk membuka syarikat pengurusan bagi membantu rakan-rakan artis yang lain,” jelas Ikmal Amry.
Dari kiri, Najla Shamsul dan Ikmal Amry
Bagi Harris Annuar dan Nabil Aqil pula, sebelum ini mereka telah pun bernaung di syarikat pengurusan yang lain, namun mungkin kerana masih baru ketika itu, mereka mungkin tidak biasa dan tidak tahu selok belok sebenar dalam bidang seni ini.
“Ben Ali juga merupakan finalis Hero Remaja 2012, walaupun dia lebih aktif dalam bidang perniagaan, tapi dia juga banyak kenalan yang bekerja di produksi. Selain itu juga, kami percaya Ben memahami dan tahu apa yang terbaik untuk kami,” jelas Harris pula.
Harris Annuar
Menyedari akan kepentingan menjaga kebajikan para selebriti, pihak pengurusan Absolut mengambil inisiatif dengan memperkenalkan 10 keistimewaan kepada artis naungan mereka. Antaranya adalah seperti memberikan perlindungan insuran, menyediakan slip gaji bulanan bagi tujuan memudahkan urusan pembelian kereta, rumah atau sebagainya, menyediakan jurugambar atau juruvideo untuk tujuan kerja dan banyak lagi.
Semoga barisan selebriti yang bernaung di bawah pengurusan Absolut maju jaya dan dapat meluaskan lagi kerjaya mereka dalam industri seni tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!