
Kehadiran naskah drama hiburan yang diinspirasikan daripada realiti kehidupan sebenar sejak kebelakangan ini seakan menjadi trend berikutan respon positif penonton di Malaysia yang menyukainya. Terbaru, drama bersiri 24 episod berjudul Maara yang ditampilkan oleh Astro Vinmeen menjadi salah satu naskah baharu yang wajar diberikan perhatian.
Bakal menemui penonton bermula 6 Julai, jam 9.30 malam di Astro Vinmeen (Saluran 202), serta boleh mula distrim di Astro One dan Sooka, Maara mengukuhkan lagi posisi Astro sebagai Home of Drama yang konsisten menampilkan kandungan tempatan berkualiti, relevan dan dekat di hati penonton.
Maara mengisahkan tentang seorang pelajar universiti berusia 19 tahun bernama Maara yang berdepan tekanan kewangan keluarga. Demi mengubah nasibnya dan keluarga sendiri, Maara memulakan langkah sebagai seorang pempengaruh atau influencer di Malaysia sebagai jalan keluar.
Sekali imbas, senario ini semakin berleluasa di seluruh negara apabila pempengaruh kini terdiri daripada kelompok pelajar yang menggalas tugas sebagai pencipta kandungan (content creator), pengacara sesi langsung di media sosial (live host) dan pelbagai lagi skop kerja yang sinonim dengan seorang pempengaruh.
Seperti Maara lakonan Dishaaleny Jack, ramai remaja Malaysia pada hari ini bergantung kepada media sosial sebagai punca pendapatan mereka untuk berdepan alam pengajian di peringkat universiti dan bagi membantu keluarga keluar daripada episod kepayahan.
Namun, setiap lubuk pendapatan mempunyai sisi gelapnya. Setiap kejayaan datang dengan cabarannya sendiri. Perjalanan Maara menunjukkan bagaimana populariti boleh mengubah seseorang, sekaligus membuka mata penonton tentang realiti dunia digital yang mempengaruhi cara kita berfikir, berkomunikasi dan menilai diri.
Maara yang sarat dengan elemen realiti membuktikan bahawa Astro menerusi saluran Astro Vinmeen tidak gentar untuk mengetengahkan tren semasa yang segar dan cerminan realiti kehidupan sebenar masyarakat sekarang dalam bentuk hiburan drama bersiri. Pada masa yang sama, Maara tetap tidak mengenepikan nilai positif dan tauladan yang boleh diambil sebagai pengajaran oleh penonton.
Secara tidak langsung, ia mencerminkan usaha berterusan Astro dalam mengangkat karya tempatan ke tahap yang lebih bermakna untuk penonton Malaysia.
Maara bukan sekadar mengetengahkan konflik, tetapi turut mengangkat mesej yang membina tentang pentingnya integriti, empati dan kesedaran diri dalam dunia yang sentiasa bergerak pantas.
Maara hadir sebagai satu langkah segar dalam penceritaan tempatan dengan menggabungkan idea yang berani dengan kisah yang dekat dengan kehidupan seharian. Secara tidak langsung, penonton dibawa untuk mengikuti kisah yang tulus dan relevan terhadap kehidupan realiti mereka sendiri.
Selain Dishaaleny Jack, drama yang mendapat sentuhan kreatif Jeyapragash Jeyamurthi ini turut membariskan pelakon lain seperti Punitah Shanmugam, Thivyah Kia, Sattiya Kandi, K Prakash dan ramai lagi.
Gabungan pelakon berpengalaman dan jalan cerita yang dekat dengan realiti menjadikan Maara sebagai salah satu naskah yang dijangka menarik perhatian ramai penonton
Saksikan Maara setiap Isnin hingga Khamis, jam 9.30 malam di Astro Vinmeen (Saluran 202), serta di Astro GO, On Demand, Astro One dan Sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.