Drake Dan Rihanna Akhirnya Saling ‘Unfollow’ Di Instagram, Apa 4 Lagi Langkah Selepas Putus?

Share

 

Drake dan Rihanna sudah putus cinta lebih setahun yang lepas.

 

Tetapi kini, mereka juga dilaporkan tidak lagi berkawan walaupun di Instagram. Masing-masing saling ‘unfollow’ sesama sendiri lalu menyakinkan ramai pihak bahawa mereka tidak ingin berpura-pura baik selepas putus.

Rihanna pernah memberi kenyataan melalui temuramah bersama Vogue di mana dia berkata, mereka berdua tidak lagi bercakap.

“Saya dan Drake tidak menjalinkan persahabatan sekarang, tetapi kami tidak bergaduh. It is what it is.”

 

Rihanna semasa di acara Met Gala 2018, baru-baru ini.

 

Kita semua tahu Drake merupakan peminat setia Rihanna sejak dia berusia 22 tahun walaupun penyanyi wanita itu lebih muda daripadanya. “She is a living, breathing legend in our industry,” kata Drake ketika di anugerah VMA 2016.

Namun kini selepas putus, mereka juga mengambil keputusan seperti kebanyakan remaja lain untuk saling ‘unfollow’ di Instagram.

Apa agaknya tindakan yang wajar korang lakukan sekiranya putus?

 

 

01

Pulangkan Pemberiannya

Bukan barangan yang korang harapkan tetapi cinta kan? Gitu. Jadi selepas putus, lebih ‘afdal’ jika apa-apa pemberian yang diterima dipulangkan kembali dalam sebuah kotak. Cincin, rantai, buku, baju, iPhone (wow!) dan sebagainya. Pulangkan agar kamu tidak lagi berasa terhutang budi kepadanya.

 

02

Delete Perbualan Di WhatsApp

Biasalah, apabila kita kehilangan seseorang, sebagai manusia biasa, kita akan selalu ingin mengingati semula detik bahagia dengan si dia. Semua perbualan, mesej, voice note dan imej WhatsApp akan kita cari semula pada tengah malam – confirm!

Jadi, cara terbaik adalah untuk delete saja semua perbualan itu. Bagaimana kamu boleh move on jika selalu ‘meratap’ sebegitu?

 

 

03

Yakinkan Rakan Korang..

..bahawa mereka tidak perlu memilih mana-mana pihak di antara kalian berdua. Mereka masih boleh berkawan dengan sesiapa kerana apa yang terjadi di antara korang dengan ex adalah hal peribadi yang tak perlu digembar-gemburkan. Tutup buku lama, tetapi kawan masih kawan!

 

04

Tak Perlu Tergesa-Gesa

Pasti, rasa marah, kecewa, sedih dan kosong itu akan ada dalam diri masing-masing selepas break. Namun, itu tidak bermakna korang move-on secara tergesa-gesa untuk menunjukkan korang okay. Perbuatan bercinta dengan lelaki atau perempuan lain selepas putus adalah perkara biasa, tetapi cinta rebound seperti ini selalunya tidak akan kekal lama.

Apa yang wajar korang lakukan adalah cari ketenangan, fokus kepada satu aktiviti seperti kerja atau hobi dan paling penting, sayangi diri sendiri serta orang di sekeliling terlebih dahulu.

 

Just be happy dengan diri sendiri dulu, okay?
IKLAN