Baru berusia 26 tahun, namun kehidupan yang dilalui Muhammad Amjad Jamaludin penuh dengan pelbagai ujian dan liku kehidupan termasuk episod perpisahan dengan bekas isteri pada Aidilfitri kedua tahun ini.
Kini bergelar bapa tunggal kepada seorang anak perempuan, Ayla Sofea yang berusia tiga tahun, Muhammad Amjad tetap tabah meneruskan kehidupan demi mencari rezeki buat keluarga kecilnya.
Menurutnya, dia tidak pernah menyesali segala yang berlaku kerana percaya setiap perjalanan hidup adalah takdir yang sudah tertulis oleh Allah SWT.
“Saya tak pernah menyesal sebab anggap apa dilalui dalam hidup sebagai satu perjalanan dan takdir yang sudah tertulis oleh Allah SWT,” katanya.
Perkongsian Di Threads Raih Perhatian Ramai
Kisah Muhammad Amjad mula tular selepas dia memuat naik sekeping gambar duduk berseorangan di sebuah gerai sayur bersama kapsyen mengenai “titik terendah seorang lelaki”.
Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai apabila ruangan komen dibanjiri kata-kata semangat dan doa daripada warganet yang kagum dengan usaha kerasnya demi meneruskan kehidupan.
Malah, kisahnya turut mendapat perhatian pengguna media sosial dari Indonesia.
Ads
Pernah Lalui Pelbagai Pekerjaan Demi Kelangsungan Hidup
Menyingkap kisah hidupnya, Muhammad Amjad berkata dia pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan sebelum ini demi kelangsungan hidup.
Antaranya termasuk bekerja di pusat cuci kereta, premis mengecat kenderaan, membantu perniagaan keluarga di tapak pasar malam serta bekerja di gudang syarikat kurier.
Bagaimanapun, anak bongsu daripada tiga beradik itu nekad berhijrah ke ibu kota demi keluar daripada zon selesa walaupun hanya berbekalkan wang sebanyak RM90.
Hasil usaha dan kesungguhannya, dia kini bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Subang Bestari dan sudah hampir setahun mencari rezeki di sana.
“Sebelum ini, saya banyak bantu keluarga uruskan perniagaan malah kami pernah berniaga di kedai makan dan pasar malam tapi biasalah perniagaan ada turun naik hingga tak dapat bertahan… antara faktor berhenti berniaga adalah kerana sewa kedai naik.
Ads
“Banyak yang sudah dilalui sebenarnya… cuma apa dikongsikan di Threads baru-baru ini adalah fasa kejatuhan kerana waktu itu kami hanya mampu jual kacang panjang, bayam dan kangkung saja.
“Hasil jualan yang dapat pun hanya boleh digunakan untuk beli baja tanaman dan barangan keperluan… saja nak kongsi pengalaman, tak sangka pula perkongsian itu dapat tarik perhatian ramai termasuk dalam kalangan warganet Indonesia,” katanya.
“Saya Hanya Fikir Nak Besarkan Anak”
Dalam pada itu, Muhammad Amjad mengakui apa sahaja yang berlaku, kehidupan perlu diteruskan terutama demi anak tersayang.
Katanya, fokus utamanya kini hanyalah mahu bekerja keras untuk membesarkan Ayla Sofea dan memberikan kehidupan yang lebih baik buat anak kecil itu.
“Sekarang, saya hanya fikir nak cari duit untuk besarkan anak… saya makan sekali sehari tak mengapa tapi jangan anak.
“Buat masa ini, saya tinggal menyewa bilik dan mujur ada emak yang bantu jaga anak walaupun dia tak sihat sangat kerana ada sakit saraf.
“Andai ada rezeki satu hari nanti, saya nak ada perniagaan sendiri kerana mahu keluarkan keluarga daripada kelompok susah memandangkan emak dengan ayah kini pun tinggal di rumah atas ihsan seorang hamba Allah SWT,” katanya.
Ramai Tersentuh & Titip Doa
Ketabahan Muhammad Amjad dalam mengharungi pelbagai ujian hidup nyata menyentuh hati ramai netizen.
Rata-rata mendoakan agar urusan pemuda itu dipermudahkan selain berharap dia terus kuat demi anak dan keluarganya.
Dalam dunia yang penuh cabaran hari ini, kisah seperti ini menjadi bukti bahawa masih ramai individu yang tidak pernah berputus asa walaupun diuji dengan pelbagai kesusahan hidup.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sama seperti aplikasi lain, Muslim Pro adalah satu aplikasi yang digunakan oleh jutaan umat Islam di serata dunia untuk mengetahui waktu solat, arah kiblat, bacaan al Quran dan banyak lagi.
Apabila kita mula memuat turun aplikasi Muslim Pro ini perkara pertama ditanya adalah lokasi tempat tinggal kita dan korang boleh abaikan atau terus menggunakan aplikasi ini.
Namun soalan berkaitan lokasi ini akan ditanya dua kali tentang lokasi tempat tinggal kita. Di dalam app ini juga disertakan bacaan doa, cerita inspirasi, komuniti dan lain lagi yang mana app ini sudah mengumpulkan lebih 98 juta pengguna Islam.
Tidak mahu prejudis atau membuat spekulasi mengenai isu muslim atau non muslim tetapi isu data peribadi adalah isu agak sensitif (ramai pengguna telefon bimbit di negara kita juga selalu diganggu oleh pihak ketiga selepas data peribadi kita dijual oleh orang Telco sehingga kita kerap mendapat sms berkaitan pinjaman peribadi, judi dan banyak lagi).
Laporan terkini memaklumkan, Muslim Pro ini sudah dibeli oleh X Mode sebelum data 98 juta pengguna app ini dibeli pula oleh pihak ketiga iaitu United State Special Operation Command (USSOCOM). Untuk pengetahuan korang, USSOCOM ini adalah satu unit khas ketenteraan untuk melawan pengganas,pemberontakan dan juga pengintipan khas di luar negara.
Dalam erti kata lain, apabila app ini dibeli oleh USSOCOM, tentera Amerika Syarikat sudah memiliki data peribadi 98 juta umat Islam yang menggunakan app itu untuk kegunaan harian mereka.
Banjir apabila melanda tidak mengenal waktu dan tidak boleh dijangka.
Hujan lebat yang melanda ibu kota petang semalam mengakibatkan banyak tempat ditengelami air antaranya Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, Seri Kembangan juga terjejas dimasuki air setinggi paras pinggang.
Sumber Gambar : Facebook Nadira Azizan THR Gegar
Dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang, seramai 18 guru iaitu 13 wanita dan lima lelaki manakala murid seramai 14 orang yang terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan terperangkap dalam sekolah tersebut.
Laporan dari Bernama menyebut, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian terbabit pada 7.45 malam dan usaha menyelamat mangsa berkenaan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia.
Sumber Gambar : Nadira Azizan THR GegarKeadaan dalam dewan (Sumber Gambar : Nadira Azizan THR Gegar)
“Guru dan murid berada dalam keadaan selamat. Kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 2 itu kini telah berjaya dikeluarkan jam 9.35 malam menggunakan lori (dan pacuan empat roda) serta diserahkan kepada ibu bapa masing-masing manakala guru diselamatkan kurang setengah jam kemudian,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Beliau berkata, paras banjir di sekolah terbabit mulai surut dan kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dari lokasi kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi.
Kecekapan pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang memberikan pertolongan selepas menerima aduan dapat menyelamatkan guru dan pelajar dalam kejadian ini. Memandangkan sekarang musim hujan lebat berserta ribut petir, berhati-hati ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga hari lalu berlaku satu kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan tiga buah lori di Kilometer 14.5 di Lebuhraya NKVE arah Subang ke Damansara. Dua orang maut dan tujuh cedera dalam kejadian sekitar jam 4.00 pagi ketika hujan lebat itu.
Namun di sebalik kemalangan maut itu, seorang abang, Khairul Anuar bin Mohd Razali, 27 tahun merayu orang ramai agar mencari adiknya, Amir Hamzah Mohd Razali, 21 tahun yang turut hilang selepas membantu mangsa kemalangan tersebut.
Masuk ke hari ini, sudah empat hari adiknya itu hilang dan pencarian masih diteruskan.
Jaket inilah kali terakhir di pakai oleh Amir empat hari lalu. Ini gambar kenangannya bersama pelakon tanah kubur, Nasir Bilal KhanAmir sepatutnya ada majlis konvo tapi dia membantu mangsa kemalangan di NKVE dan terus hilang selepas kejadian dan dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kayu AraLaporan polis sudah dibuat dan Amir masih hilang dan sudah masuk hari ke empat
Ketika dihubungi REMAJA sebentar tadi, Khairul menjelaskan kali terakhir dia berkomunikasi dengan adiknya melalui Whatsapp pada jam 3.01 pagi pada hari kejadian di mana adik menjelaskan dia sudah berada di Sungai Buloh dan berhenti rehat seketika kerana hari hujan.
“Adik sepatutnya datang ke rumah saya kerana pada 12 Oktober itu dia ada majlis konvokesyen di Cybernatic Internasional Kolej Technology. Dia mahu ke rumah saya di Shah Alam. Tapi lepas kami whatsapp jam 3.01 minit pagi itu, saya masuk tidur sebelum terjaga jam 7 pagi kerana dihubungi keluarga memaklumkan polis datang ke rumah memberitahu adik terlibat kemalangan. Saya cuba hubungi telefon bimbit adik tapi sudah ditutup,” katanya yang memaklumkan mereka sekeluarga risaukan situasi adiknya, sama ada masih selamat, tidak sedar atau sudah terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara di Damansara itu.
“Inilah tanda tanya dan persoalan dari kami sekeluarga. Mohon cari adik dan viralkan agar sama-sama dapat menjumpainya,’ katanya memaklumkan dia mendapat tahu berita ini selepas ibu bapanya di Pulau Pinang memaklumkan kehilangan Amir Hamzah selepas didatangi pihak polis.
Operasi mencarinya sedang dilakukan di kawasan kemalangan terjadi. Abangnya berkongsi detik operasi dilakukan pihak berwajib
Tambah Khairul Anuar lagi, dia difahamkan, adiknya cuba membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya NKVE itu sekitar jam 4.00 pagi selepas melihat kereta itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan yang di sebelahnya adalah sungai Kayu Ara.
“Saya dapat lihat pembahagi jalan itu sudah pecah dilanggar kereta. Selepas cuba membantu, secara tiba-tiba datang sebuah lori yang melanggar kenderaan terbabit sehingga memecahkan lagi pembahagi jalan itu.
“Awalnya, pihak polis tidak menyedari adik antara mangsanya kerana begnya (porch) ditemui pada jarak 10-15 meter dari lokasi kejadian. Beg duitnya hilang dan begitu juga telefon bimbit jenis iPhonenya. Lain-lain barang seperti kad rapid bas dan lain-lain kelihatan elok dengan porch itu sudah koyak sedikit. Kemungkinan begnya itu dicuri orang ramai yang mengerumuni lokasi dan kemudian mencampakkannya tidak jauh dari situ.Enjin motosikalnya masih hidup dan ditemui di lokasi kejadian.
“Apa yang ditemui di lokasi kejadian hanya motor dan helmetnya. Dari situ, pihak polis menjejaki keluarga saya di Pulau Pinang,” katanya yang kemudian bergegas membuat laporan kemalangan dan orang hilang di Balai Polis Petaling Jaya.
Pemuda baik hati ini cuba membantu mangsa kemalangan di NKVE. Bantu viralkan kisahnya agar dia ditemui segera.
Apa yang membuatkan Khairul tertanya-tanya di mana adiknya sekarang kerana pencarian di semua hospital berdekatan termasuk Hospital Sungai Buloh, Hopsital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Shah Alam, Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPHUKM Cheras dan sekitarnya menemui jalan buntu. Data pangkalan identiti unknown juga dibuat dan bayang adiknya tidak ditemui.
“Usaha mencarinya sedang diperluaskan di lokasi kejadian. Tak pasti sama ada diperluaskan di kawasan perangkap sampah kerana kawasan kemalangan itu di atas jambatan yang di bawahnya sungai.
“Kalau tengok pembahagi jalan itu sudah pecah dan berlubang dan ada kemungkinan ketika cuba mengeluarkan mangsa kemalangan itu, Amir terjatuh ke bawah selepas kereta itu dilanggar lori yang terbabas diikuti dua lagi lori akibat jalan licin dan hujan lebat. Semua ini membuatkan kami jadi tertanya-tanya bagaimana dengan nasib menimpa dirinya,” katanya mengharapkan bantuan orang ramai.
Bagi yang menemui adiknya walau dalam apa jua situasi boleh menghubunginya di talian 017-4105324 (Khairul).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!