Konsert Jingle Ball merupakan sebuah acara muzik tahunan yang diadakan pada setiap tahun menjelang hari Natal dan sambutan tahun baharu. Acara pada tahun ini turut menampilkan ramai nama besar dalam industri muzik antaranya Katy Perry, Sam Smith, hingga boyband popular dari Korea Selatan, BTS.
“Don’t Mess With Army,” Persembahan Katy Perry Hambar Gara-Gara Peminat BTS   ‘Sentap’

Tapi malangnya satu insiden telah berlaku pada konsert tersebut gara-gara penyanyi terkenal Hollywood, Katy Perry bergurau kasar dengan peminat BTS (ARMY).

Menurut Koreaboo, Katy kemudiannya naik ke pentas sebaik sahaja kumpulan kumpulan Korea BTS selesai membuat persembahan dengan harapan dia turut disambut oleh para ARMY.
“Don’t Mess With Army,” Persembahan Katy Perry Hambar Gara-Gara Peminat BTS   ‘Sentap’

Namun sadisnya, kemunculan penyanyi Roar di pentas pada malam itu disambut 'dingin' oleh peminat kumpulan Korea tersebut.

Tambahnya lagi, ketika kejadian penyanyi berusia 35 tahun ini sempat bergurau bersama penonton yang hadir hingga menyebabkan para ARMY tersinggung.

"Mesti majoriti antara kamu gembira kerana sanggup membazirkan masa tidur demi menonton BTS," kata Katy.

IKLAN

Difahamkan, sejurus sahaja Katy melontarkan kata-kata sinis itu peminat BTS kemudiannya mengambil tindakan dengan meninggalkan konsert tersebut.
“Don’t Mess With Army,” Persembahan Katy Perry Hambar Gara-Gara Peminat BTS   ‘Sentap’

Selain itu, ada di antara mereka memutuskan untuk tetap berada di situ namun hanya mendiamkan diri serta tidak memberi sorakkan semasa penyanyi itu membuat persembahan.

Di samping itu, mereka turun mematikan lightstick yang dibawa bagi tujuan memberi sokongan dan sorakan kepada penyanyi kesayangan mereka.

IKLAN

Malah gurauan yang dilontarkan oleh penyanyi berkenaan bagaimanapun menerima kecaman daripada para penonton yang hadir.

Jelas peminat kumpulan BTS itu, mereka sedikit kesal akan tindakan penyanyi itu kerana telah mengguris hati para ARMY yang datang dari pelbagai lapisan usia serta latar belakang berbeza.

IKLAN

Konsert Jingle Ball merupakan sebuah acara muzik yang diadakan pada setiap tahun menjelang hari Natal dan sambutan tahun baharu.

Selain itu, barisan artis terkenal yang membuat persembahan di konsert itu seperti Sam Smith dan Camila Cabello.

Ha tu la siapa suruh bergurau kasar lagi.

SUMBER- KapanLagi.com

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI