Kehangatan Anugerah MeleTOP ERA semakin dapat dirasai sebelum Ahad, 20 Disember ini!
Pejam celik, sudah enam tahun usia Anugerah MeleTOP ERA (AME) rupanya. Cuma ada sesuatu yang berlainan pada penganjurannya yang ke enam ini.
Sepatutnya, AME dijadualkan untuk berlangsung pada 21 April yang lalu. Namun, susulan krisis pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dan berdasarkan ketetapan SIP yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia terpaksa ditunda ke 20 Disember 2020.
Iyalah, benda yang kita sendiri tak rancang. Apakah semangat untuk meraikan AME 2020 itu masih ada pada pihak penganjur dan penyiar, Astro? Tentulah!
Untuk kali pertamanya di Malaysia, AME2020 bakal menjadi progra yang bersiaran dengan format 4K UHD. Korang di rumah boleh menontonnya menerusi saluran khas 780 dan boleh disaksikan juga menerusi decoder Astro ‘Ultra Box’, selain Astro Go dan On Demand.
Ads
4K UHD ini bermaksud korang boleh menonton dalam standard resolusi ‘cinema’ baru menerusi televisyen 4K yang semakin popular di pasaran. Pada resolusi 3,840 x 2,160 ini, pengalaman korang menonton AME2020 memang akan menjadi sangat lit!
Seperti biasa, ramai akan ternanti-nantikan siapa yang akan memperolehi undian tertinggi peminat pada Ahad malam ini. Antara kategori yang menjadi tumpuan ialah Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita, Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Filem MeleTOP ERA, Pelakon MeleTOP ERA dan Hos MeleTOP ERA.
Ads
Namun, kami lebih tertarik dengan senarai artis yang akan menjayakan persembahan pada malam itu. Dengar cerita, kumpulan remaja yang semakin meningkat popular, Dolla akan bergabung dengan kumpulan rap, K-Clique!
Wany Hasrita dan Noraniza Idris juga dijangka akan bergabung untuk membawakan persembahan Etnik Kreatif, manakala Aina Abdul dan Ernie Zakri akan saling berpadu suara serta tenaga di atas pentas itu nanti.
Bukan calang-calang duo yang akan membuat persembahan ini,
Bagi peminat Haqiem Rusli, korang boleh menantikan persembahannya bersama Andi Bernadee. Penyanyi berpengalaman seperti Misha Omar dan Anuar Zain juga tidak dilupakan dan bakal mendapat slot persembahan sendiri nanti.
Setiap kali AME dianjurkan, pastinya ada sesuatu yang akan menjadi bualan mulut seluruh Malaysia. Agaknya kali ini apa ya? Kenalah stand by di depan televisyen pada Ahad ini, jam 9.00 malam di Astro RIA HD.
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semakin ramai remaja telah membuktikan kemampuan mereka untuk membeli rumah pada usia muda dengan hasil titik peluh sendiri.
Jika sebelum ini, penyanyi Masya Masyitah berjaya memiliki rumah sendiri seawal usia 19 tahun, kini kejayaan yang sama telah dikecapi oleh rapper berhijab tempatan iaitu Bunga.
Setelah dua tahun bergiat dalam industri muzik tanah air, Bunga akhirnya meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki rumah pada usia 21 tahun.
Dia yang terkenal dengan imej berbaju kurung semasa melakukan persembahan di atas pentas juga turut berkongsi berita gembira itu di laman Instagram dengan kapsyen yang berbunyi, “Rumah pertama. Alhamdulillah, terima kasih kakak-kakakku yang membantu Bunga terutamanya Kak @shira3q dan Kak @aqilahazmy. Proses dan servis yang cepat dan mesra!”
Rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti mengucapkan tahniah dan turut berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh pemilik nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani ini.
Jika ada usaha pasti kejayaan akan mengiringi kita. Semoga kisah Bunga menjadi inspirasi buat lebih ramai remaja di luar sana untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan pada usia muda. Tiada apa yang mustahil tau! Namun, bagi mereka yang masih belum mampu untuk mencapai cita-cita, jangan pula korang berasa sedih dan rendah diri. Rezeki orang lain-lain, mungkin Allah hendak berikan korang rezeki yang lain pula kan?
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai pengalaman pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha pula semasa dia membeli rumah pertamanya.
Pelakon lelaki Korea Selatan, Song Jae Rim dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun, lewat malam Selasa.
Jasad Jae Rim ditemui mati di apartmen yang terletak di Seoul dan perkara itu disahkan menerusi kenyataan oleh polis Seongdong, Seoul.
Punca kematian masih dalam siasatan namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini. Polis turut berkata lebih banyak info akan diperolehi selepas siasatan selesai dilakukan dalam masa terdekat.
Acara memberi penghormatan dan pengebumian Jae Rim dijadualkan di Hospital Seoul Yeouido St Mary pada 14 November 2024.
Menerusi beberapa laporan media Korea Selatan, Jae Rim sempat meninggalkan sepucuk surat sepanjang dua halaman bagi memperincikan wasiatnya dan ia ditemui di apartmen berkenaan.
Penemuan objek tersebut lantas menguatkan lagi spekulasi mengenai punca kematiannya di mana ramai mendakwa ia merupakan satu lagi kes bunuh diri dalam kalangan selebriti Korea Selatan.
Dalam pada itu, bekas agensi pengurusannya yang sekian lama tidak menghubungi beliau selepas kontraknya tamat memaklumkan terkejut dengan berita pemergian itu. Manakala, rata-rata pemain industri lakonan Korea dan peminat Jae Rim turut meratapi pemergiannya dengan rasa terkejut.
Song Jae Rim dalam drama Secret Mother.
Sebagai info, Jae Rim dilahirkan pada 18 Februari 1985 di Gwanak-gu. Seoul dan berjaya bertahan sebagai seorang pelakon di sana.
Beliau bermula sebagai seorang model fesyen sebelum beralih ke dunia lakonan menerusi drama-drama popular seperti Flower Boy Ramyun Shop, Two Weeks, Big Man, Secret Mother dan drama bersiri digital, Queen Woo yang ditayangkan pada tahun ini. Jae Rim juga tidak segan untuk terlibat dalam program bercorak variety, We Got Married bersama gandingannya, Kim So Eun.
Drama Flower Boy Ramyun Shop.Song Jae Rim dalam drama Queen Woo.Song Jae Rim dalam program We Got Married bersama gandingannya, Kim So Eun.
Selain itu, Song Jae Rim juga pernah menghiasi layar perak menerusi filem seperti Grand Prix, The Suspect dan On Your Wedding Day.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pemergian beberapa selebriti Korea Selatan yang didakwa akibat kes bunuh diri.