Keganasan seksual terhadap wanita merupakan isu yang amat serius di India.
Terbaru, dunia digemparkan dengan insiden menyayat hati melibatkan keganasan terhadap seorang doktor berusia 31 tahun yang ditemui mati di sebuah hospital kerajaan di Kolkata.
Doktor Pelatih, Moumita Sumber: Laman sosial X
Pembunuhan kejam ini telah mencetuskan kemarahan dan protes di seluruh negara, dengan doktor serta rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat turun ke jalan raya untuk menuntut keadilan.
Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:
Pada 9 Ogos 2024, selepas makan malam bersama rakan sejawat selepas syif selama 36 jam.
2. Beliau dipercayai ke dewan seminar Jabatan Dada di tingkat empat bangunan berkenaan untuk berehat pada jam 2 pagi.
3. Bagaimanapun, rakan sekerja Moumita melaporkan kehilangannya beliau selepas kali terakhir dilihat menuju ke dewan seminar itu.
4. Bagaimanapun, antara jam 2 pagi hingga 5 pagi, Moumita dipercayai diperkosa dan dibunuh.
5. Jasadnya ditemukan keesokan hari dengan kecederaan yang teruk susulan pergelutan dan serangan seksual secara berkumpulan.
6. Memetik laporan media India, seorang lelaki yang juga sukarelawan polis bernama Sanjay Roy ditahan dan dikaitkan sebagai suspek selepas pihak berkuasa menemukan earphone miliknya berhampiran mayat.
Ads
7. Kes berkenaan telah menerima perhatian ramai daripada pihak Central Bureau of Investigation (CBI) yang mengambil alih siasatan daripada polis negeri.
Laporan Perubatan
Laporan perubatan dan bedah siasat ke atas jasad Moumita mendedahkan penyeksaan yang amat tragis.
Beliau dipercayai dinoda secara berkumpulan, dicekik hingga mati, dan mengalami pelbagai kecederaan serius, termasuk patah tulang hyoid, luka pada bibir, patah tulang pelvis, serta ratusan kesan gigitan di seluruh tubuh.
Bahagian sulitnya juga mengalami kerosakan teruk dengan 150 ml air mani ditemui dalam tubuhnya. Kematian Moumita dipercayai melibatkan antara 18 hingga 20 orang lelaki, dan paling tidak disangka salah seorang yang memegang tangannya semasa penyeksaan adalah rakan doktor wanitanya sendiri.
Ads
Suspek Utama
Lebih 30 individu disiasat susulan kes ini, termasuk pengurusan dan pegawai perubatan. Sukarelawan polis, Sanjay Roy, menjadi suspek utama selepas earphone miliknya ditemui di samping jasad Moumita.
Dia mengaku terlibat dalam jenayah tersebut dan mencabar pihak berkuasa untuk menghukumnya. Polis turut menemui kandungan pornografi keterlaluan pada telefon bimbitnya.
Sanjay, bekas petinju dengan rekod penderaan isteri, dilantik dalam unit kebajikan Polis Kolkata dan ditempatkan di pos polis di R.G. Kolej & Hospital Perubatan Kar. Selepas jenayah itu, Sanjay dipercayai tidur di berek polis.
Tanda solidariti
Rasa tidak puas hati terhadap cara kes ini ditangani memaksa Mahkamah Tinggi Calcutta untuk memindahkan siasatan kepada agensi penyiasatan terkemuka India, Biro Penyiasatan Pusat (CBI), dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan awam.
Ads
Moumita, Sumber: Laman sosial X
Di Kolkata, ribuan orang menghadiri perhimpunan dengan lilin sebagai tanda solidariti.
Salah satu sepanduk yang dipegang oleh seorang peserta protes berbunyi, “Tangan yang merawat tidak sepatutnya berdarah.”
Sementara di ibu negara, New Delhi, para doktor mengangkat sepanduk bertulis “Cukup sudah,” menuntut tindakan tegas terhadap keganasan seksual yang berleluasa di India.
Sehingga kini, petisyen dalam talian di change.org bertajuk ‘Siasatan Adil dan Keadilan untuk Rogol dan Pembunuhan pelatih perubatan dari Kolkata!’ telah menerima hampir 150,000 sokongan dari seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah yang melanda penyanyi, Ismail Izzani semalam apabila dia berkongsi kejadian yang menimpa lengan kanannya. Kejadian tidak disengajakan itu berlaku di kawasan tangga menurut Mail melalui video di Instagram Story-nya.
“Bagi semua yang bertanya, Mail terjatuh di kawasan tangga dan dengan tak sengaja terduduk di atas lengan kanan. Mail terus melakukan pemeriksaan bersama doktor dan beliau mengesahkan tiada kesan patah ataupun retak pada lengan dan tapak tangan.
“Cuma, ada tisu bengkak di bahagian dalam dan doktor menasihati saya untuk memakai arm sling ini serta tidak terlalu menggunakan tangan kanan agar cepat pulih. Tetapi saya okay saja,” katanya.
Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh Mail di Instagram sejurus selepas itu berserta status “Kecundang”, lebih 1,100 komen telah menghujani ruang komen untuk memberikan kata-kata semangat kepada Mail.
Antaranya termasuklah pesanan, “Get well soon baby”, “Hope you can dance and sing soon” dan “Kau tetap ada walaupun diriku tak sempurna.”
Amboi, komen sampai terkeluar lirik lagu Bidadariku! Apa-apa pun REMAJA doakan agar Mail cepat sembuh & menjaga kesihatan sebaiknya sementara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru ini mencuri perhatian di media sosial sekali lagi apabila berkongsi komitmennya dalam menyiapkan rakaman video resipi bersempena bulan Ramadan akan datang, meskipun kini sibuk menguruskan perniagaan restorannya, Rembayung.
Perkongsian yang baru sahaja dimuat naik menerusi platform Threads oleh Khairul Aming atau pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, sekaligus menjawab persoalan netizen yang tertanya-tanya mengenai kelangsungan siri video ‘30 hari 30 resipi’ yang sinonim dengan beliau setiap kali menjelang Ramadan.
Kredit foto: Threads Khairul Aming
View on Threads
Menerusi hantaran berkenaan, beliau memaklumkan proses rakaman video tersebut mengambil masa yang panjang dan memerlukan komitmen tinggi daripada dirinya serta pasukan produksi.
“Dari 2 petang sampai 4 pagi shooting video puasa. 14 jam baru settle. Banyak lauk lebih ni. Siapa nak sahur jemput datang,” tulis jejaka yang kini berusia 34 tahun itu.
Menurut beliau, sesi penggambaran yang bermula seawal jam dua petang itu hanya selesai pada jam empat pagi keesokan harinya, menjadikan tempoh rakaman hampir 14 jam tanpa henti.
Walaupun berdepan jadual padat sebagai pengusaha restoran, Khairul Aming bagaimanapun tetap memastikan kandungan video Ramadan dapat dihasilkan seperti kebiasaan, demi memenuhi jangkaan pengikut setianya.
Sementara itu, perkongsian tersebut nyata menerima reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya memuji dedikasi serta disiplin beliau dalam mengekalkan kualiti kandungan sepanjang bulan puasa.
Untuk rekod, Khairul Aming dikenali sebagai antara pencipta kandungan tempatan yang konsisten menghasilkan video resipi sepanjang Ramadan, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan berjaya dan figura berpengaruh dalam dunia digital.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun berada di bulan Ramadan, namun masih ada individu yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan menipu duit orang ramai dengan menggunakan platform jualan online.
Bayangkan duit yang ditipu sehingga ratusan ringgit dan jika mereka menipu puluhan orang, berapa keuntungan atas angin yang diterima? Sungguh tidak berhati perut! Tambah pula di musim perayaan ini, ramai yang mengambil peluang untuk membeli baju dan persiapan raya, maka wujudlah ‘syaitan’ bertopengkan manusia ini.
Guys, nak beli baju raya online pun hati hati lah ye. Baju raya pun ada scammer! Tapi aku perasan tak banyak orang post pasal baju raya scammer nie!
Paling best follower dia beratus K and kita akan terpedaya.
Banyak perkongsian yang telah dibuat oleh warganet, khususnya bagi membongkar igshop scammer yang menjual baju raya. Rata-ratanya berkongsi info dan mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan igshop tersebut.
Berikut kami senaraikan antara igshop scammer yang berjaya dikumpulkan oleh warganet.
Namun diingatkan korang masih perlu berhati-hati kerana ada diantaranya telah menukar username instagram selepas ‘kantoi’ diserang oleh warganet. Bukan hanya di negara kita, seller scammer ini juga ada yang berasal dari negara seberang, Indonesia.
i almost terkena jugak with the same trick padahal tu baju brand lain so here is the list of scammer baju raya, semua ni belambak kat IG (satu species) and the last photo is their phone number from @/official_rastynggsih on instagram https://t.co/cKpmYN0ww0pic.twitter.com/y8xmMRsbfw
Apa-apa pun tidak kiralah sebelum atau selepas raya nanti, jika korang ingin membeli secara online, pastikan igshop itu adalah yang sah dan bukannya scammer.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.