Mungkin ramai yang dah perasan dan tertanya-tanya kenapa pasangan suami isteri wajah mereka hampir sama?
Orang kata tu maknanya jodoh mereka kuat. Betul ke?
Menurut Dr Rostam, persoalan ini sebenarnya mempunyai jawapan daripada sudut pandangan sains dan beliau juga sudah pun berkongsi fakta menarik ini di laman twitternya.
Agak-agak korang, kenapa pasangan suami isteri itu wajahnya seiras ya?
Jom kita ikuti kupasan daripada doktor ini.
Ads
1. Kajian yang dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau iras dengan ibu ayah kita sendiri.
2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara.
3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya.
4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama, jadi tak hairanlah kalau seorang sakit, yang lagi seorang pun bakal tak sihat.
5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.
6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, semakin tinggi tahap kegembiraan dan kebahagiaan yang dialami oleh satu-satu pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.
Diharap perkongsian ini sudah memberi jawapan untuk pertanyaan korang selama ini. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui mengenai perancangan pasangan pelakon; Kamal Adli, 35 dan Uqasha Senrose, 29 untuk melangsungkan majlis akad nikah mereka. Namun siapa sangka, mereka sebenarnya telahpun melangsungkan majlis pernikahan pada 5 November lalu dan merahsiakannya selama lebih sebulan!
Dalam sebuah sidang media yang dilangsungkan sebentar tadi, pasangan itu akhirnya ‘membuka mulut’ mengapa mereka bertindak untuk merahsiakannya. Ia kerana acara penyatuan akad nikah, malam berinai dan persandingan Kamal dan Uqasha akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria dalam tiga bahagian/episod berbeza pada 11, 18 dan 25 Disember ini.
Kamal dan Uqasha turut berkongsi bahawa mereka telah diijabkabulkan di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 kepada Uqasha berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Majlis malam berinai dan persandingan bagaimanapun masih belum dilangsungkan lagi buat masa ini.
Biarpun sudah lebih sebulan bergelar suami isteri, Uqasha menyatakan bahawa mereka masih tidak merasakan seperti sudah disatukan dek jadual penggambaran di lokasi luar Kuala Lumpur yang padat.
“Selepas saja akad nikah, pada hari berikutnya kami terus masuk ke dalam set penggambaran drama dan tidak berjumpa. Uqasha di set drama Jiwa Yang Kau Puja manakala Kamal di set drama Sihir. Jumpa pun sekejap-sekejap saja. Itupun kami sibuk dengan perancangan untuk majlis resepsi.
“Kamal sibuk dengan penggambaran sehingga 30 November lalu hinggakan Sha buat sendiri dahulu (perancangan resepsi). Kami pun sibuk siapkan footage bersama pihak Astro selain sibuk dengan sesi latihan untuk malam berinai nanti kerana kami akan perform.
“(Selain itu), kami perlu selesaikan bahagian pasport untuk ke Umrah nanti. Kamal pun sibuk urusan pengubahsuaian rumah, dari rumah bujang menjadi rumah kami berdua. Jadi sebenarnya, kami belum sempat pun untuk benar-benar jalani kehidupan sebagai suami isteri,” kongsinya Uqasha.
Pilih Kota Suci Sebagai Destinasi Pra-Bulan Madu
Bercakap mengenai perancangan mereka untuk ke kota suci Mekah dan Madinah bagi menjalani ibadah Umrah sebagai urusan pra-bulan madu, Uqasha berkata dia ingin sekali menjadi insan pertama yang mengiringi Kamal yang masih belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Kali pertama Uqasha ke tanah suci adalah semasa penggambaran Setelah Terlafaznya Akad. Masa itu tak kenal pun lagi Kamal secara peribadi. Di sana, Uqasha doakan agar drama tersebut menjadi satu fenomena.
“Semasa penggambaran di sini (Malaysia), kami berkampung di Melaka selama lima bulan dan saling berkenalan. Dalam banyak-banyak doa yang Uqasha (pohon), Allah makbulkan drama tersebut meletup.
“Kali kedua ke sana (tanah suci), Uqasha baru mengenali hati budi Kamal.
“Di sana, Uqasha berdoa sekiranya Ahmad Kamal bin Ahmad Adli ialah jodohku, Kau panjangkah jodoh kami. Jika tidak, Kau pisahkanlah dengan baik.”
“Alhamdulillah, jodoh kami hingga ke (jinjang pelamin). Sebab itulah, Uqasha ambil keputusan untuk tunaikan Umrah terlebih dahulu kerana di sanalah Allah telah makbulkan doa Uqasha,” katanya.
Sambil itu, Kamal meluahkan rasa teruja untuk ke tanah suci buat kali pertama bersama Uqasha sebagai isterinya. “Saya nak pergi dengan senarai doa yang banyak.” Mereka bagaimanapun belum memutuskan lokasi bulan madu lagi.
*
Terdahulu, Kamal telah melamar Uqasha secara langsung di pentas Anugerah MeleTOP Era sewaktu mereka menjadi pasangan penyampai trofi.
Tahniah Kamal Adli & Uqasha Senrose daripada kami di Majalah REMAJA!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Selagi saya tak bersedia untuk bergelar isteri, saya tak bagi jawapan kepadanya.”
Zaman sekarang ni, kalau berbekalkan cinta dan duit ‘cukup-cukup makan’ untuk berkahwin, kebanyakan remaja akan mengejar peluang itu.
Tapi pelakon, Ardell Aryana bukanlah ‘kebanyakan remaja’.
Instagram: AmirNaufalPhotography
Menurut pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin itu, pasangannya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa sudah banyak kali mengajaknya untuk ke fasa perkahwinan.
Namun dia akui menolak pelawaan tersebut kerana masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab.
“Dah beratus hint dia bagi untuk ajak saya kahwin tapi saya tak berikan jawapan kerana belum bersedia. Saya rasa masih banyak kekurangan saya. Bukan senang nak bergelar isteri.
“Sehinggalah selepas Aidilfitri yang lalu, SAYA sendiri yang merisik dia dan memberikan senaskah Al-Quran untuk dia fahami dan khatamkan,” katanya sewaktu ditemui oleh rakan media semalam di majlis akad nikah mereka berdua.
Instagram: AmirNaufalPhotography
Bertempat di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, naskah Al-Quran yang sama dipulangkan semula oleh Nadzmi sebagai hantaran selepas dia tamat membaca dan memahami tafsiran kitab suci itu.
Sweet-nya!
*
Ardell dan Nadzmi sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz saja.
Selain naskah Al-Quran, Ardell juga menerima mas kahwin bernilai RM300. Masing-masing menyerahkan 2 dulang hantaran.
Untuk pengetahuan, mereka berdua telahpun mengenali diri masing-masing sekitar 8 tahun yang lalu. Sepanjang pengenalan itu, mereka dilihat saling menghormati peribadi pasangan dan tidak terlalu menonjolkan diri seperti pasangan lain yang hangat bercinta.
Kongsi Nadzmi, insyaAllah mereka akan mengadakan majlis resepsi pada bulan Oktober atau November kelak.
Kajian yang dijalankan oleh Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga di negara Jepun mendapati satu daripada empat orang dewasa berusia bawah 40 tahun di sana berjaya menamatkan zaman bujang mereka bersama pasangan yang mereka kenali melalui aplikasi janji temu atau ‘dating apps’.
Statistik yang diterima ini menunjukkan semakin ramai masyarakat di Jepun, khususnya yang semakin mengharapkan serta mempercayai peluang untuk menemui jodoh masing-masing menerusi dunia digital.
Malah, ‘jodoh digital’ bukan lagi mitos yang tidak boleh diharap. Ia merupakan mekanisma zaman kini yang membantu mana-mana orang dewasa terutamanya dalam kalangan individu berusia 20-an atau Gen-Z untuk menamatkan zaman bujang.
Barangkali ada yang terlalu sibuk memberi tumpuan kepada kerjaya sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa bersama kenalan baharu.
Bukan itu sahaja, aplikasi janji temu juga memberi peluang kepada individu yang bersifat ‘introvert’ untuk membiasakan diri terlebih dahulu dengan pasangan mereka menerusi cara menghantar teks, video dan membuat panggilan video sebelum melangkah ke fasa bertemu secara fizikal.
Lapor Agensi Berita Kyodo, kerajaan Jepun kini sedang merangka kaedah untuk membantu generasi mudanya untuk menemui jodoh, berkahwin dan seterusnya mempunyai cahaya mata demi mengatasi penurunan kadar kelahiran di sana.
Melihatkan kepada tren sebegini, ia merancang bagi menjalin kerjasama dengan sektor swasta untuk mempromosikan lebih banyak aplikasi janji temu yang mematuhi garis panduan keselamatan dan penggunaan yang betul.
Sebagai info, bilangan pasangan di Jepun yang berkahwin pada tahun 2023 berada pada tahap terendah sejak Perang Dunia Kedua iaitu sekadar 474,717 pasangan sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.