Jika korang selalu menggunakan Tiktok, pasti korang akan selalu ternampak video-video doktor haiwan ini yang naik di for you page korang. Salehatul Khuzaimah atau namanya di Tiktok @drima_vet merupakan seorang doktor haiwan dan beliau sering memuatnaik video cara menjaga haiwan peliharaan dirumah dan juga banyak lagi fakta-fakta tentang haiwan yang kita perlu tahu.
Sekarang dah banyak doktor, cikgu, polis, dan ramai lagilah yang dah ada akaun Tiktok sendiri, dan kebanyakkan dari mereka menghasilkan content yang menarik dan juga bermanfaat kepada semua.
Seperti kita semua tahu, haiwan adalah makhluk ciptaan Tuhan juga, dan ianya merupakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menjaga dan menyayangi mereka. Doktor yang sangat lemah lembut dan kelihatan penyayang walaupun berhadapan dengan anjing yang sedang sakit, membuat rata-rata ramai warga netizen yang kagum dan memuji sikapnya.
Ads
Tangkap layar TikTokTangkap layar Tiktok
Antara video-video yang doktor ini muatnaik didalam akaun Tiktok miliknya adalah cara-cara untuk ‘hold’ dan ‘carry’ kucing, tanda-tanda penyakit setiap jenis haiwan, cara merawat haiwan peliharaan yang sakit dan banyak lagi. Antara videonya yang tular baru-baru ini dan paling diminati oleh Netizen adalah ‘Cara-cara untuk memegang kucing anda’
Ads
Ads
Tangkap layar TiktokTangkap layar Tiktok
Zaman sekarang, semuanya mudah, aplikasi Tiktok sudah menjadi platform untuk kita belajar banyak perkara. Diharapkan dengan adanya doktor-doktor di Tiktok ini, banyak ilmu yang kita boleh dapat daripada mereka, dan yang paling penting, informasi yang diterima itu adalah sahih dan bukan mitos semata-mata..
Bagi penulis, perkara ini sangat unik, dan ianya bermanfaat kepada semua pencinta haiwan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pendaki tebing terkenal dari Amerika Syarikat, Alex Honnold, sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melakukan pendakian free solo di Taipei 101 tanpa tali keselamatan, abah-abah atau sebarang peralatan perlindungan.
Aksi berisiko tinggi itu berlangsung pada Ahad lalu dan mencuri perhatian dunia pendakian ekstrem.
Pencapaian ini menjadikan Alex Honnold individu pertama yang berjaya menawan bangunan ikonik setinggi 508 meter itu secara free solo sepenuhnya, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pendaki paling berani dan berdisiplin di dunia.
Pendakian ekstrem di Taipei 101 itu mengambil masa kira-kira 90 minit. Honnold memulakan pergerakan dari bahagian bawah bangunan sebelum memanfaatkan bongkah kecil berbentuk L di sudut struktur sebagai tapak kaki, sambil menarik badannya ke atas menggunakan tangan kosong.
Tanpa sebarang tali keselamatan, setiap pergerakan memerlukan ketepatan mutlak dan kawalan mental yang tinggi.
Kesilapan kecil boleh membawa akibat yang fatal, menjadikan pendakian ini antara aksi paling berbahaya pernah dilakukan dalam persekitaran bandar.
Aksi Alex Honnold menjadi semakin mencabar apabila beliau memasuki bahagian tengah bangunan di sekitar tingkat ke-64, yang dikenali sebagai ‘kotak buluh’.
Segmen ini dianggap paling teknikal kerana struktur bangunan yang tidak sekata dan curam.
Setiap lapan tingkat memerlukan pendakian menegak sebelum diselangi balkoni kecil yang hanya cukup untuk rehat singkat. Bahagian ini menguji ketahanan fizikal dan mental Honnold sebelum beliau meneruskan pendakian ke puncak.
Sorakan Penonton Dan Siaran Langsung Netflix
Sorakan orang ramai yang berkumpul di peringkat jalan bergema apabila Alex Honnold akhirnya berjaya tiba di puncak Taipei 101.
Sebagai tanda kejayaan, beliau melambai kedua-dua tangannya ke udara, disambut dengan tepukan gemuruh dan jeritan kagum daripada penonton.
Pendakian bersejarah itu turut disiarkan secara langsung menerusi Netflix dengan selaan siaran selama 10 saat.
Siaran tersebut pada asalnya dijadualkan sehari lebih awal, namun terpaksa ditangguhkan selama 24 jam akibat hujan yang menjadikan permukaan bangunan terlalu licin dan berbahaya.
Rekod Baharu Berbanding Pendakian Terdahulu
Taipei 101 bukanlah asing dalam dunia pendakian ekstrem. Bangunan ini pernah ditawan oleh pemanjat tembok terkenal dari Perancis, Alain Robert atau ‘Spiderman Perancis’, pada Hari Krismas 2004.
Namun begitu, pendakian Alex Honnold mencipta rekod baharu kerana dilakukan secara free solo sepenuhnya tanpa sebarang perlindungan keselamatan, satu pencapaian yang belum pernah direkodkan sebelum ini di bangunan tersebut.
Alex Honnold, yang kini berusia 40 tahun, bukan nama asing dalam dunia pendakian ekstrem. Beliau meraih perhatian global pada 2017 selepas berjaya memanjat El Capitan di Taman Negara Yosemite tanpa tali, satu pencapaian luar biasa yang dirakam dalam dokumentari terkenal Free Solo.
Berbeza dengan kebiasaan beliau memanjat di kawasan terpencil, kehadiran ratusan penonton di pekarangan Taipei 101 memberikan pengalaman yang berbeza.
“Apabila saya mula meninggalkan tanah, ia agak mendebarkan kerana terlalu ramai orang memerhati,” katanya.
Menurut Honnold, sokongan orang ramai menjadikan keseluruhan pengalaman lebih bermakna walaupun tekanan dirasai. Namun, aksi ini turut mencetuskan perbincangan hangat mengenai etika pendakian ekstrem secara siaran langsung.
Perdebatan itu menjadi lebih ketara memandangkan Alex Honnold kini bergelar suami dan bapa kepada dua orang anak perempuan. Walau apa pun pandangan yang timbul, pendakian free solo di Taipei 101 ini sekali lagi mengukuhkan legasi beliau sebagai ikon pendakian ekstrem dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.
Mesti ramai yang suka makan cucur ikan bilis yang mak korang buat kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudapan waktu petang. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.
Siapa suka makan cucur ikan bilis? Memang sedap dijadikan hidangan makan petang dan dipadankan dengan teh panas.
Tapi, ada satu teknik yang korang perlu cuba untuk menghasil cucur ikan bilis bulat seperti beli di kedai. Nak tahu tekniknya macam mana? Kena ikuti perkongsian resepi cucur ikan bilis paling simple di bawah.
Mudah! Hanya beberapa bahan sahaja diperlukan. Jom cuba…
Bahan-bahan:
4 sudu tepung gandum
Air panas secukupnya
Air biasa secukupnya
Garam
Kucai
Ikan bilis
Cara penyediaan:
1. Yang ni paling penting iaitu 4-5 sudu tepung gandum.
2. Part paling penting, bila air panas menggelegak, curah dalam tepung tadi perlahan-lahan. Kacau dengan sudu cepat-cepat sambil campur air biasa.
3. Pastikan tekstur seperti kanji.
4. Masukkan garam, masa ni bancuhan suam-suam, garam mudah larut.
5. Ok mula nak buat bancuhan, curah tepung ikut banyak mana kita nak buat cucur.
6. Saya masukkan daun kucai yang halus tu sebab baunya sangat wangi.
7. Saya masukkan ikan bilis, boleh je nak masukkan apa-apa ikut cita rasa masing-masing. Kacau sebati.
8. Bancuh sampai jadi macam ni. Tak pekat sangat,t ak terlalu cair, lebih kurang doh yang senang dijemput sebab nak bagi bentuk bulat-bulat.
9. Jemputkan ke dalam kuali, pastikan masa mula-mula nak jemput tu basahkan tangan supaya tak melekat.
Goreng sehingga keperangan dan sedia untuk dihidangkan. Nyum..nyumm…Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang ‘mendunia’ di Malaysia bahkan di negara-negara Barat yang enggan melepaskan peluang mencubanya.
Tren yang mengguna pakai teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (A.I) itu membolehkan foto peribadi korang kelihatan seakan dalam dunia animasi tersebut.
Begitupun, salah seorang individu yang sehingga kini tidak boleh menerima penggunaan teknologi A.I dalam penciptaan semula karya animasi ialah pencipta Studio Ghibli sendiri iaitu Hayao Miyazaki.
Hayao Miyazaki
Baru-baru ini, satu rakaman video dari tahun 2016 telah muncul semula di mana ia menampilkan Miyazaki memberi kritikan pedas terhadap pembuatan animasi dengan bantuan A.I; malah beranggapan A.I merupakan satu bentuk penghinaan kepada pengkarya seni sejati serta industri kreatif.
“Sesiapa yang menciptakan ini (merujuk kepada karya animasi A.I yang dipertontonkan kepadanya dan penerbit animasi, Toshio Suzuki) tidak tahu makna kesukaran.
“Saya benar-benar meluat.”
“Sekiranya anda ingin sekali mencipta karya seperti itu, anda boleh teruskan dengan niat itu dan lakukannya.
“(Bagaimanapun) Saya tidak ingin mengguna pakai teknologi ini bagi penghasilan karya-karya saya. Saya benar-benar merasakan (teknologi A.I) merupakan satu penghinaan kepada kehidupan itu sendiri,” tegasnya.
Miyazaki memahami teknologi akan terus luas berkembang dan kemungkinan artis visual akan ditukar ganti oleh mesin yang boleh melukis sebaik manusia adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.
Namun, beliau tetap dengan pendiriannya. Dalam nada sedih, Miyazaki merasakan dunia seni kini sedang berada di era kejatuhannya.
“Manusia semakin hilang kepercayaan terhadap kebolehan mereka sendiri.
Pandangan Miyazaki terhadap teknologi A.I sememangnya sudah lama diketahui.
Bukan hanya Miyazaki yang meluahkan sentimen kecewa sebegini, malahan A.I telah mencetuskan polemik dalam dunia seni visual di mana mereka merasakan algoritma A.I tidak sesekali boleh mengambil tempat daya kreatif dan emosi manusia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.