Susulan dicederakan oleh seorang jurugambar, Muhammad Imran Khairil atau lebih dikenali sebagai Aqo Imran di sebuah acara anugerah baru-baru ini, pereka fesyen duo tempatan Razman Razmi menolak sebarang cadangan untuk menarik laporan polis yang dibuat mereka.
Menerusi hantaran di Instagram Story; Razman Din, 53 dan Razmi Abdul Rahman, 46 tanpa menyebut nama mana-mana pihak juga menolak cadangan menyelesaikan kes di luar mahkamah dan menyifatkan perbuatan itu sebagai mencemarkan reputasi yang telah mereka bina selama lebih dua dekad dalam industri fesyen tanah air.
“Kalau nak sangat, bayar kami berdua RM500,000 untuk semua yang kami lalui dan buat PC (sidang media) minta maaf satu Malaysia. Itu pun kalau kau ada duit.
“Ingat senang kami nak hadap? Pandai pula nak selesai luar mahkamah dan minta maaf macam itu sahaja. Kau rasa apa kami rasa. Kau tak fikir pun sebelum buat.
“Tak semudah itu. Tunggu saman balas kami. Kami tak mahu cakap lebih dekat sini, pihak kami tidak akan berdiam diri,” ulas mereka.
Ads
Rakan Seindustri Geleng Kepala
Sebagai info, nama Aqo Imran bukanlah nama asing dalam industri hiburan negara sementelah jurugambar itu mempunyai pengalaman yang luas dalam menjalin kerjasama dengan pemain industri.
Seringkali dilantik sebagai jurugambar selebriti dan usahawan terkenal tempatan di acara-acara berprestij, keperibadian Aqo, 30 menurut rakan-rakan seindustri lain tidaklah seperti yang digambarkan ketika acara berkenaan. Bagi mereka, hal sebegini seharusnya diselesaikan secara baik dan tidak dipanjang-panjangkan.
Alif Muhaimin
Menurut pelakon, Alif Muhaimin yang mengenali kedua-dua pihak, dirinya terkilan dengan tindakan pereka fesyen berkenaan yang meneruskan niat menuntut bayaran pampasan tersebut.
“Dari korang hutang Aqo Imran tak bayar, sekarang nak ‘pau’ pula settle luar RM500,000? Setengah juta, kenapa Abang (Razman Razmi) macam ni? Abang sendiri cakap tak menganiaya orang kan?” catat pelakon itu di hantaran Instagram Story.
Ads
Dalam pada itu, seorang lagi rakan baik Aqo iaitu pelakon dan pempengaruh, Harris Annuar yang hadir di Mahkamah Majistreet Petaling Jaya, Jumaat lalu sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh juga mendoakan agar isu ini diselesaikan secara baik.
Harris Annuar di samping sahabatnya, Aqo Imran.
“Semoga dipermudahkan segala urusanmu wahai sahabat sebantalku. Semoga Allah memberi hikmah kebaikan seluas-luasnya,” coret Harris yang penah bergelar rakan serumah jurugambar tersebut sebelum masing-masing mendirikan rumah tangga.
Sewaktu ditemui di perkarangan mahkamah tempoh hari, Harris turut menyifatkan rakannya itu sebagai seseorang yang tenang dan tidak mudah baran.
Aqo mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dua orang pereka fesyen di hadapan Majistreet Farah Azura Mohd Saad. Farah Azura membenarkan tertuduh dijamin dengan RM3500 oleh seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari kelak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian memiliki segulung ijazah pastinya ada dalam hati semua orang.
Walaupun bergelar selebriti, pelakon dan penyanyi, selebriti juga membuktikan mereka mampu membahagikan masa antara masa peribadi, karier dan pendidikan.
Cukup membanggakan apabila 28 penggiat seni yang juga penuntut semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Anugerah Dekan.
Anugerah itu disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini. Antara selebriti tanah air yang tersenarai adalah Fattah Amin, Tomok, Amir Masdi, Aril Pilus, Pekin dan Haziq AF.
Pekin ketika ditemui meluahkan perasaan syukur dan gembira dengan pencapaian yang diraih setelah berhempas-pulas membahagikan masa antara pelajaran dan tuntutan kerjaya sebagai pelakon, pengarah serta penerbit.
“Semuanya bergantung kepada diri sendiri, sama ada mahu teruskan belajar atau tidak. Usia dan kekangan kewangan bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya dalam bidang akademik.
“Selepas enam tahun bergelut membahagikan masa antara pelajaran dan kerja industri, akhirnya saya berjaya menerima Anugerah Dekan. Insya-Allah saya akan bergelar graduan UUM pada majlis konvokesyen yang diadakan tahun depan,” katanya.
Sementara itu, Amir pula menyifatkan penat lelahnya sepanjang pengajian terbalas dengan penganugerahan tersebut.
“Meskipun masih berbaki satu semester sebelum tamat pengajian, saya gembira dengan pencapaian ini. Saya berusaha untuk habiskan pelajaran agar dapat menghadiri konvokesyen bersama rakan-rakan lain pada tahun depan.
“Saya berterima kasih kepada keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan jadual kerja dan belajar saya,” katanya.
Malah, dilaman instagram pelakon dan finalis Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin turut berkongsi momen indah tersebut.
Kesemua selebriti tersebut adalah antara lebih 40 pelajar bidang berkenaan yang mengikuti program pengajian jarak jauh (PJJ) yang dilaksanakan selama sembilan semester bermula 2015 hingga 2020.
Ternyata, pendidikan penting buat semua untuk lebih matang berfikir dan menentukan hala tuju karier. Kalau mereka boleh buat, korang pun boleh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persembahan Di Matamu oleh Sufian Suhaimi semalam di Anugerah Juara Lagu 33 masih diperkatakan pada hari ini.
Bukan saja kerana dia memperoleh tweet bermakna daripada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikongsi semula oleh ratusan followers.
Malah, persembahan Sufian telah membuatkan seorang penyanyi sebak sehingga mengalirkan air mata!
Wany Hasrita, lets explain..
“Rasanya bukan Wany saja yang menangis, rata-rata di dalam stadium dan mungkin di rumah juga begitu. Cuma kamera dipalingkan kepada Wany dan Erni Zakri. Memang apa yang Sufian ingin persembahkan itu sampai kepada penonton, itu yang sebak. Kalau tak silap, komposer lagu ini (Rinkarnaen & Sirkhan) pun jadi beremosi.
“Versi original Di Matamu itu sebenarnya sudah sedih. Tambahan pula apabila Sufian memulakan persembahan dengan bahagian syair, lagilah Wany tersentuh kerana seni puitis seperti itu memang kena diri Wany.
“Props dan showmanship pula membantu melayakkan Sufian memenangi kategori Persembahan Terbaik semalam,” jelasnya kepada rakan media di M Star.
Betul Wany, ramai yang menonton di rumah semalam pun turut terkesan!
Lagipun, ini bukanlah kali pertama rakan penyanyi menangis kegembiraan setelah penyanyi lain melakukan yang terbaik di acara Anugerah Juara Lagu.
Tahun lalu, Nabila Razali juga ‘ditangkap’ kamera menangis selepas Hael Husaini dinobatkan juara melalui lagu Jampi.
Kebelakangan ini, ramai yang terpikat dengan foto minuman yang dimuat naik oleh netizen Malaysia.
Ini berikutan kuasa viraliti minuman Fantasy Tail Frappucino keluaran Starbucks Malaysia yang kelihatan amat comel disebabkan warnanya yang ceria.
Bukan itu saja, kelibat ekor ikan duyung yang tenggelam ke dalam bahagian atas minuman juga telah menjadi topik perbualan hangat netizen kerana ia amatlah Instagrammable.
Rasanya juga tidaklah terlalu manis kerana ia mengandungi campuran buah naga, susu segar dan whipped cream.
Bagi korang yang tidak begitu menggemari minuman jenis blended ini, jangan risau. Korang juga boleh mengambil inspirasi trend ‘ikan duyung tenggelam’ ini untuk item-item lain yang sama comelnya.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya berkongsi berita bahagia mengenai tarikh pernikahan...