Hanya disebabkan komen “ingin berehat sebentar dari kerjaya modelling kerana rasa penat”, model profesional seluruh dunia mengecam Kendall Jenner.
Dalam temubual dengan Love Magazine, Kendall mengakui dia tidak seperti model lain yang sibuk dengan 30 lebih pertunjukan fesyen (catwalk) pada setiap musim. Dia lebih selektif dan tak menerima semua tawaran catwalk.
“Tetapi saya bukan saja menempah kerja di runway. Saya juga lakukan photoshoot dan kempen yang banyak. Saya pun ada jenama pakaian bersama Kylie. Semua kesibukan ini buatkan saya jadi panik dan ingin berehat sebentar.” kata Kendall.
Yang tak sedapnya, ramai model profesional dalam diam tersinggung dengan kenyataan Kendall itu.
Kendall terpaksa memperbetulkan kenyataannya melalui Twitter. Katanya, “Saya rasa ramai yang salah faham. Saya tak berkata model lain tak berjaya dan bekerja keras. Malah saya kagum sekali dengan kekuatan mereka bekerja terus-menerus.
“Daripada merekalah, saya belajar untuk sentiasa komited dengan kerjaya sebagai model. Saya belajar untuk ketepikan waktu tidur, tinggal jauh dari keluarga dan menjadi model profesional.
“Saya kagum dengan cara mereka kelihatan sangat effortless walaupun hakikatnya, mereka stres dengan jadual kerja ketat.
Ads
“I feel so inspired everyday working with them. Dan saya selalu rasa beruntung. Tak mungkin saya menidakkan kredibiliti mereka sebagai seorang model.
“Let’s cultivate kindness everyday and always,” simpulnya di Twitter.
Walaupun telah memberi penjelasan, masih ramai followers dan sesetengaj model lain yang mengecam. Haih, susah nak puaskan hati semua orang.
Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebaik sahaja drama Budak Tebing yang memasuki musim ketiga mula ditayangkan sejak minggu lalu, salah seorang watak utamanya, Tongki telahpun dimatikan.
Watak Tongki lakonan Aedy Ashraf ditamatkan ‘riwayatnya’ seakat episod kedua dan ‘plot twist’ awal ini langsung tidak disangka-sangka oleh peminat setia drama tersebut. Ini kerana Tongki merupakan tulang belakang kepada drama Budak Tebing di samping watak Arif.
REMAJA menemui Aedy baru-baru ini bagi mendapatkan pandangannya berkenaan kejutan jalan cerita ini.
“Saya sangat gembira dapat kembali bekerjasama untuk drama Budak Tebing bagi musim ketiga. Ia bukanlah sepenuhnya pasukan produksi yang sama apabila kita mempunyai pengarah baharu serta beberapa pelakon baharu yang menjayakan watak berbeza. Kesemua perubahan ini memberikan nafas baharu untuk peminat setia drama ini dari segi lakonan serta jalan cerita.”
(Terdahulu, Budak Tebing 1 dan 2 telah diarahkan oleh Feroz Kadir manakala musim terbaru ini diarahkan oleh Nizam Zakaria.
“Saya sendiri pun belum menontonnya tapi saya percaya peminat Budak Tebing sebelum ini akan suka dan ingat musim ini sampai bila-bila. Ini kerana ia mempunyai elemen sentimental pada kali ini.
“Pada episod kedua, karakter saya sebagai Tongki telah dimatikan. Ia bermakna saya tidak akan terlibat secara menyeluruh dalam musim ini seperti musim-musim terdahulu,” jelasnya yang ditemui pada acara pelancaran butik wangian, Creed di Pavilion Kuala Lumpur.
“ ‘Kematian’ ini memberi impak kepada jalan cerita di sekeliling Tongki dan peminat Budak Tebing yang sudah terbiasa dengan kelibat karakter Tongki pada setiap episod.
“Kita akan dapat lihat bagaimana kehidupan budak tebing akan diteruskan tanpa adanya Tongki. Adakah mereka akan lost? Penonton perlulah mengikut episod-episod seterusnya untuk mendapat tahu.
“Walaupun Tongki kelihatan messy dan bergelar ‘budak tebing’, dia ialah seorang yang mempunyai pendirian yang sangat tetap. Persahabatan baginya adalah sesuatu yang diutamakannya. Nombor satu. Jika kawan dia lost sekejap, dia akan tarik semula kawannya ke jalan betul untuk tidak lupakan diri.
“Di situ, watak Tongki ini telah memberi kesedaran terutamanya kepada penonton remaja betapa pentingnya persahabatan dan menghargai kawan di sekeliling. Once gone, they will not come back,” ujarnya.
Aedy dan Adam Lee (kiri) dalam musim kedua Budak Tebing. FOTO: Instagram @aedyxashraf
Berkenaan perasaan Aedy apabila watak Tongki ditiadakan selepas episod kedua Budak Tebing 3, pelakon berusia 29 tahun ini mengejutkan penulis apabila dia mengakui idea untuk mematikan watak itu hadir daripadanya sendiri.
“Saya yang mengusulkan idea (mematikan watak Tongki) ini atas sebab-sebab kukuh dan mereka pun bersetuju setelah kami berbincang.
“Pada mulanya, skrip asal melibatkan saya sebanyak 13 episod penuh. Tipulah jika saya kata saya tidak cintakan karakter Tongki dan drama Budak Tebing.”
“Namun pada masa yang sama, saya perlu ‘keluar’ daripada kepompong Tongki.”
“Ini agar saya boleh menjadi seorang pelakon versatil yang akan diingati untuk karakter berbeza.
“Bagi setiap karakter yang saya bawa, saya hendak ia melekat di hati penonton. Disebabkan alasan itu dan di atas persetujuan stesen TV serta penerbit, mereka mematikan karakter Tongki.”
Ulas Aedy lagi, keputusan ini tidak seharusnya membuatkan peminat drama Budak Tebing dan peminatnya untuk tidak lagi mengikuti perjalanan drama ini.
Malah, Aedy berpendapat penonton pasti akan menikmati keseluruhan jalan cerita Budak Tebing 3 dengan beberapa karakter baharu seperti Kylo dan Husna; masing-masing dilakonkan oleh Nabil Aqil dan Nia Atasha.
“Saya fikirkan, selepas Aedy Ashraf, siapa? Jadi inilah masanya untuk pelakon-pelakon baharu ini menunjukkan bakat dalam sebuah drama yang mempunyai asas sekukuh siri Budak Tebing,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Aedy cuba menenangkan peminat Budak Tebing yang kecewa dengan kematian watak Tongki menerusi hantaran terbaru di Instagram.
“Terima kasih kepada yang setia menunggu Tongki. I love you,” tulisnya.
Budak Tebing 3 bersiaran untuk slot Lestary di saluran TV3 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9 malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu YB Syed Saddiq sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Singapura dalam kursus eksekutif Polisi Awam, Sekolah Polisi Awam Lee Kuan Yew sejak September tahun lalu. Disebabkan pandemik Covid-19, pengajiannya diadakan secara atas talian sahaja.
Namun kini dia perlu ke sana untuk menghadiri kelas fizikal selama sebulan. Satu perkara yang paling menarik perhatian dalam hantarannya di Instagram adalah tentang pendiriannya mengenai gaji yang bakal diperoleh ketika tidak mampu bertugas di tanah air kerana perlu berada di luar negara untuk hal peribadi.
Ujarnya, “Saya akan berada di Singapura selama sebulan, bukan untuk bercuti sebaliknya untuk belajar. Sepanjang berada di Singapura, segala usaha yang telah dilakukan selama ini akan diteruskan oleh pasukan saya di Muar. Saya juga dengan rendah diri memulangkan wang gaji saya pada bulan Mac 2021 untuk kegunaan parlimen Muar sepanjang saya berada di Singapura.”
Sejak darurat diisytiharkan, ahli parlimen berusia 28 tahun ini dan pasukannya telah berjaya membantu 765 buah keluarga menerima bantuan komputer riba dan juga tablet, manakala 5500 buah keluarga pula menerima bantuan bank makanan dan 150 pelajar menerima bantuan Dermasiswa Harapan Muar.
Melanjutkan pelajaran dengan biasiswa penuh, Syed Saddiq berharap agar segala ilmu yang ditimba mampu diaplikasikan untuk menjadikan dirinya ahli parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Malaysia.
Kumpulan popular Indonesia, Dewa 19 akhirnya sah akan beraksi di Axiata Arena Bukit Jalil sempena Konsert Ulang Tahun ke-30 Dewa 19 pada 10 September depan.
Dewa 19 akan menjelajah 30 kota dengan membawakan sebanyak 30 lagu dan Kuala Lumpur turut tersenarai dalam salah satu kota konsert jelajah ini. Sebelumnya, kumpulan legend ini menjelajah di kota Indonesia termasuklah di Semarang, Malang, Lampung dan Surabaya.
Apa yang paling menarik, khabarnya buat pertama kali Dewa 19 bakal menghimpunkan empat vokalis handalan mereka, Ari Lasso, Once Mekel, Virzha serta Ello untuk beraksi di atas satu pentas.
Pembelian tiket sudah pun mula dijual pada pukul 11 pagi (18 Julai) di laman web ticket2u.com.my/dewa19.
Korang boleh dapatkan harga tiket serendah RM148 untuk early bird di level 4 dan paling mahal hanya RM488 di level 3.
So guys, jangan lepaskan peluang untuk melihat idola korang beraksi secara langsung di atas pentas dan korang boleh dapatkan tiket dengan segera sebelum ia habis dijual okay. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...