Hasrat untuk menunaikan impian figura tersayang tercapai apabila pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak berjaya membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedez Benz GLC300 buat ibu tercintanya.
Menurut pelakon karya hit Polis Evo itu, ibunya, Anai Ibrahim sudah lama menyatakan hasrat murninya untuk memiliki kenderaan tersebut.
“Sebenarnya ibu saya dah minta lama, tetapi kereta itu belum dilancarkan lagi. Jadi, tahun ini kereta itu barulah mula dilancarkan. Dia beritahu saya, ‘ibu dah umur berapa dah, ibu tak pernah lagi pakai kereta Mercedez’.
“Tersentuhlah hati saya dan terdiam apabila dia cakap macam itu. Saya cakap, ‘nantilah ibu kalau ada duit’, tetapi pada masa sama saya sudah bayar segala benda. Alhamdulillah, bulan ini saya dapat,” katanya kepada Remaja.
Ads
Dalam pada itu, Zizan turut berkongsi disaat melakukan kejutan buat ibunya di bilik pameran berkenaan, di mana dia memberitahu hendak melihat mangkuk tandas untuk melakukan proses pengubah suaian.
“Ketika saya buat kejutan, saya cuma beritahu dia yang saya nak renovate jamban. Ketika di show room, semua dah bersedia untuk jadi pelakon. Jadi, waktu itu ibu ingatkan nak pergi tengok jamban, rupanya dapat kereta.
“Lalu ibu saya menangis kerana dia tidak jangka yang akhirnya kereta Mercedez yang dia sudah lama minat itu akhirnya menjadi kenyataan. Tahap minat ibu saya itu, sampaikan dia kerap kali merakam kereta jenama tersebut.
Ads
“Jadi saya pun ada rasa sebak dan kesian. Mungkin dia tak kan terfikir yang dia akan dapat kereta itu. Alhamdulillah, dia gembira dan saya pun turut tumpang gembira,” kongsinya lagi.
Sebelum ini menerusi perkongsian video di TikTok, Zizan dan Hafiza dilihat membawa ibunya ke bilik pameran kereta, kononnya sekadar mencuci mata sementara menantikan waktu berbuka puasa semalam.
Ads
Zizan yang berpakat dengan jurujual yang dikenali sebagai Seri, kemudiannya membawa Anai melihat kereta dibalut dengan kain hitam berserta reben besar, namun ibunya tidak dapat menangkap petunjuk diberi sehingga skrin di depan kereta tertera namanya.
Bagaimanapun, ibunya tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata sambil memeluk Zizan sebagai tanda ucapan terima kasih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Remaja pasti, korang pastinya tidak mahu menjadi mangsa cinta bertepuk sebelah tangan. Dan cinta begini sebenarnya bukan hanya wujud dalam diri orang yang cintanya ditolak tetapi juga di kalangan pasangan yang sudah lama bersama. Cuma mereka sudah tidak lagi punya rasa cinta seperti dulu.
Hubungan cinta memerlukan rasa kasih yang jujur dari kedua belah pihak. Ia pasti gagal jika hanya saah seorang sahaja yang beriya-iya untuk menjayakannya. Jika perkara seperti ini berlaku ia pastinya sangat memedihkan.
Demi memastikan korang tidak menjadi mangsa keadaan begini, jom ikuti perkongsian Remaja kali ini untuk bagaimana nak kenal petanda bahawa si dia sudah tidak lagi sayang pada korang.
1. Tidak lagi menjadikan kamu sebagai salah satu keutamaan
Perkara pertama yang boleh korang perasan ialah jika merasakan yang dia tidak lagi menjadikan kamu sebagai keutamaannya dalam hidup. Mungkin keadaan sudah berubah dengan pelbagai faktor seperti komitmen kerja atau keluarga. Tetapi jika terlalu obvious dia sudah mengabaikan kamu dan sering cari alasan untuk tidak berjumpa, usahlah bertahan lagi. Keutamaan itu flesksibel dan boleh di atur tapi kalau sudah sama sekali menolak, itulah tanda dia sudah tidak seperti dulu.
2. Sepi tanpa khabar
Saat awal bercinta dia memang tidak dapat berenggang dengan telefon. Setiap masa akan ada sahaja perkara yang ingin dia bualkan tidak kiralah menerusi panggilan telefon atau hanya teks ringkas. Namun sekarang boleh berlarutan selama beberapa hari tanpa khabar berita.
3. Memarahi kamu di depan orang
Orang yang menyanyangi kita adalah orang yang paling bersifat melindung. Itulah lumrah bagi seorang lelaki yang mencintai seorang wanita. Jika dia memilih untuk memarahai korang di tempat terbuka dan depan orang itu bermakna dia sudah tidak memikirkan akan perasaan, maruah dan hubungan lagi. Di sini korang patut mula bertanya kepada diri sendiri, ‘adakah dia masih sayang?’
4. Buat kamu berasa bersalah
Jika pasangan korang benar-benar ambil peduli, dia tidak akan lakukan hal seperti ini. Walaupun kesalahan korang sangat kecil tetapi dia akan mempersoalkan dan memperbesar-besarkan seakan-akan ia merupakan satu kesalahan besar. Ini sebenanrya membuktikan dia sengaja cari alasan untuk memarahi kamu tanpa sebab.
5. Lakukan perkara yang kamu tak suka
Kalau dia benar-benar peduli dia tidak akan lakukan perkara yang korang benci dan tak suka. Tapi jika dia sudah mula tunjuk petanda dan banyak kali buat begitu ini bermakna dia sudah tidak ambil kisah pandangan korang padanya. Dan mungkin juga dia lakukan sebab ingin sakitkan hati korang sahaja.
6. Sudah hilang minat
Orang kalau sudah tidak sayang apa yang kita buat pun dia tak ambil pedulu. Jika dulu dia suka berbual dan berkongsi apa jua perkara tapi kini sudah berubah dan tidak berikan perhatian. Bila diajak berbual ada sahaja yang dia buat contohnya bermain telefon ketika bercakap.
7. Lebih minat perkara lain berbanding kamu
Dulu, waktu bertemu korang adalah saat yang paling dinantikan oleh si dia. Dan bila bertemu ada sahaja aktiviti menarik yang korang lakukan bersama. Pendek cerita, korang adalah insan yang paling utama dalam hidup dia. Tapi sejak kebelakangan ini korang perasan dia mula alihkan perhatian kepada perkara lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan hos jelita, Amelia Henderson dilihat tampil berkongsi beberapa foto mesra dan ucapan ‘happy birthday‘ sempena ulang tahun kelahiran aktor popular, Aedy Ashraf di Instagram semalam.
Menerusi ruangan komen, Aedy turut mengucapkan terima kasih buat pelakon karya Pulau itu kerana mencipta kenangan indah bersamanya.
“Terima kasih untuk semua kenangan terindah,” komen Aedy ringkas.
Menjengah di ruangan komen yang sama, rata-rata rakan artis dan para pengikut merasakan pasangan ini sangat serasi dan sempurna antara satu sama lain selain mengucapkan ulang tahun kelahiran buat pelakon itu.
“You two perfect for each other! Happy birthday Dy,” komen pelakon Mimi Lana.
“Sekali dia kuarkan gambar dari simpanan dia, satu treller gula tumpah. Happy birthday Dy!! You two are so lucky to have each other,” komen seorang netizen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan model tempatan, Alicia Amin memberi bayangan bahawa hubungan rumah tangganya bersama Dr. Farzan Iqbal, 27 telahpun berakhir pada hari ini.
Menerusi hantaran video pendek di Instagram, Alicia atau nama penuhnya, Raja Alicia binti Raja Amin dilihat sedang berjalan di kawasan parkir kenderaan di luar sebuah bangunan yang dipercayai adalah mahkamah. Alicia tampil berhijab dan berjubah sambil diiringi oleh seorang jejaka yang memegang payung.
Tiada kapsyen yang disertakan untuk hantaran tersebut kecuali emoji berbentuk hati serta lagu latar ‘Baek’ nyanyian rapper, Joe Flizzow.
Alicia mengambil lirik daripada bahagian verse lagu tersebut yang berbunyi, “Jumpa janda baik bawak balik janda baik” yang dipercayai merujuk kepada status dirinya selepas proses penceraian.
Menerusi hantaran itu juga, rakan selebriti kepada Alicia tampil memberikan kata-kata semangat buatnya.
“None of our business, but kakak wishing the best for you always. Love you.” – Fazura
“Babe!! Big fat hugs tau.” – Sazzy Falak
Terdahulu, Alicia dan Farzan memilih untuk bernikah mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 14 Februari 2021 sewaktu negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketika dihubungi pemberita, Alicia menyifatkan karakter yang dimiliki olehnya dan Farzan adalah hampir sama dan menjadi titik temu jodoh mereka berdua.
Manakala, Farzan pula pernah berkata bahawa Alicia merupakan wanita yang menepati ciri-ciri isteri idamannya terutamanya dari segi personalitinya yang berani dan lantang dari luaran; namun tetap bersifat penyayang dari dalaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...