Nama Nathan Westling mungkin kedengaran agak jangal di Malaysia memandangkan tidak ramai yang mengenalinya dia sini.
Namun di pentas fesyen antarabangsa, Nathan adalah di antara individu yang paling diperkatakan sepanjang minggu ini setelah dia kembali diambil sebagai model peragaan selepas bertukar identiti menjadi seorang lelaki!
Nathan, dahulunya dikenali sebagai Natalie, merupakan seorang model perempuan yang berjaya pada usia 22 tahun. Pelbagai jenama antarabangsa seperti Miu Miu, Dior dan Chanel pernah melantiknya sebagai model kempen besar mereka manakala jenama seperti Marc Jacobs dan Louis Vuitton juga pernah memberi Natalie peluang berjalan bagi pertunjukan fesyen masing-masing.
Ads
Namun semua itu berubah setelah Nathalie mendedahkan dia telah melakukan perubahan identiti sebagai seorang transgender 4 bulan lalu dan kini dikenali sebagai Nathan Westling.
Ads
Dalam dunia peragaan, apa pun tak mustahil. Ada yang mengatakan isu perubahan identiti itu akan meranapkan karier Nathan, dan ada juga yang berpendapat jika dia tahu menggunakan isu ini sebagai strategi, dia boleh menjadi model yang lebih berjaya dan dikenali.
Mungkin Nathan mempunyai team yang baik untuk mencatur strategi, setelah dia melakukan comeback di pentas fesyen Prada Menswear Spring 2020 di Shanghai China semalam. Sebelum ini, Nathan (sebagai Natalie) merupakan model ‘tetap’ pilihan Prada di kesemua acara fesyen mereka.
Dia juga dipercayai akan terus menjadi buruan pereka fesyen antarabangsa untuk musim minggu fesyen lelaki yang akan berlangsung dalam tempoh 2-3 minggu ini.
“It has been an incredible journey, at such a young age too. Mungkin ramai yang tidak menyukainya tapi ini adalah jalan yang membuatkan saya gembira,” katanya kepada Vogue.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum masyarakat Malaysia ‘menggilai’ k-drama, drama Hong Kong pernah mendapat tempat di hati penonton negara kita. Kecantikan dan kekacakan pelakonnya sering kali mendapat perhatian. Malah, jalan cerita dengan episod yang agak panjang membuatkan peminat sering ternanti-nanti.
Kalau korang pecinta filem Hong Kong, mesti korang mengenali pelakon dan pelawak, Richard Ng.
Namun, satu berita sedih diterima apabila, Richard Ng dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat kegagalan jantung, lapor CNA.
Mendiang Richard dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk penyakit buah pinggang dan tahap pendengarannya semakin merosot. Pada 2019, dia mendedahkan bahawa hanya 10 peratus buah pinggangnya yang masih berfungsi dan terpaksa menjalani dialisis empat kali sehari. Dia juga turut menjalani pembedahan pada jantungnya.
Menurut laporan Dim Sum Daily, kematian mendiang disahkan oleh ahli keluarganya selepas dimaklumkan oleh doktor. Mereka telah diminta hadir ke hospital bagi mengucapkan selamat tinggal.
Mendiang meninggalkan seorang balu, Susan dan empat anak, Alex Ng, Zoe Ng, Louise Ng dan Carl Ng.
Tercalon Dua Kali Anugerah Filem Hong Kong
Untuk info, Richard Ng atau Richard Woo terkenal dalam industri televisyen tempatan suatu ketika dahulu. Namanya semakin dikenali ramai dalam siri komedi francais Lucky Stars.
Menurut media tempatan HK01 dan South China Morning Post (SCMP), figura itu popular dalam drama Hong Kong sewaktu era 1980-an dan 90-an.
Beliau pernah tercalon sebanyak dua kali dalam Anugerah Filem Hong Kong bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Winners and Sinners and Beyond the Sunset.
Antara nama-nama pelakon yang pernah bergandingan bersamanya termasuklah Jackie Chan, Michelle Yeoh, Andy Lau, dan Jet Li.
Richard juga merupakan seorang anak seni yang terpelajar apabila menyambung pelajaran di London, England dan kembali semula ke Hong Kong pada tahun 1997.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Prihatin nasib golongan memerlukan, usahawan sensasi, Aliff Syukri tampil menghulurkan bantuan kepada pelakon, Azar Azmi dalam satu siaran langsung, malam tadi.
Menerusi sesi live tersebut, Aliff dilihat memberikan bantuan wang tunai berjumlah lebih RM35,000 hasil jualan produknya di platform TikTok.
Menurut Aliff, bantuan tersebut diberikan atas dasar empati terhadap keadaan Azar yang kini dikatakan berdepan kesempitan hidup.
“Saya bantu seorang wanita yang kesempitan hidup hari ini.
“Dia datang pada saya, minta kerja sebagai tukang ‘packing’ barang dengan gaji RM1,700.
“Tapi hari ini saya bantu dia, rakyat Malaysia sayang dia. Ini bukan duit saya tetapi milik rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam masa sama, Aliff turut memaklumkan bahawa dia tidak keberatan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelakon tersebut di syarikat miliknya.
“Hari ini, saya ajak seorang wanita yang dahulunya terkenal bertemu, dia tak pernah dan tiada niat minta duit daripada saya.
“Mungkin selepas ini saya akan ambil dia bekerja sebagai kerani atau pembungkus barang di syarikat saya dengan gaji berjumlah RM2,000,” katanya lagi.
Melihat sambutan positif daripada orang ramai, Aliff turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang menyokong dengan membeli produk jualannya.
Sementara itu, Azar dilihat tergamam dengan jumlah wang tunai yang diterimanya hasil jualan tersebut.
“Duit ini saya nak beli barangan keperluan anak-anak. Saya segan dan tak tahu nak cakap apa dan tidak tahu sudah berapa lama tiada duit.
“Saya terima apa sahaja tawaran kerja yang datuk berikan. Jumlah duit hari ini sebenarnya terlalu banyak.
“Sejujurnya saya terhutang budi dan semua yang datuk lakukan melebihi dari yang sepatutnya,” katanya.
Menurut Azar lagi, dia kini tidak mempunyai akaun bank mahupun akaun media sosial susulan kes dakwaan penipuan sebelum ini.
Terdahulu, nama pelakon drama Nur 2 itu menjadi perhatian selepas dia bersama suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, direman dan didakwa di mahkamah atas kes sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri terbaharu Netflix berjudul ‘Wednesday’ telah memecah rekod dengan jumlah tontonan paling tinggi dalam masa seminggu untuk kategori siri Netflix Bahasa Inggeris.
Siri komedi seram ini juga sekaligus telah mendapat kedudukan yang pertama sepanjang minggu pertama ia dikeluarkan dalam Netflix dan telah menewaskan rekod siri Stranger Things 4.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, mengikut cerita-cerita lama, Addams Family sejak versi yang pertama, watak-watak setiap ahli keluarga Addams memang dikenali dengan karakter mereka yang pelik dan seram.
Tidak kurang sama naik dengan ‘rating’ siri tersebut, pelakon Jenna Ortega yang membintangi Wednesday ini juga berjaya menambat hati para penonton.
Ini antara fakta-fakta menarik tentang pelakon Jenna Ortega yang semakin menjadi ‘perbualan’ hangat orang ramai di media sosial pada waktu ini.
01
Jenna atau nama sebenarnya Jenna Marie Ortega baru berusia 20 tahun. Dia dilahirkan pada tanggal 27 September 2002 di Coachella Valley, California, Amerika Syarikat.
02
Jenna menyertai uji bakat untuk watak Wednesday hanya menerusi aplikasi Zoom kerana dia masih lagi berada di New Zealand pada waktu itu bagi menjalani penggambaran filem seram pembunuhan berjudul X.
03
Pertama kali gadis manis ini membuat penampilan dalam dunia lakonan adalah menerusi filem Marvel Iron Man 3 dengan memegang watak sampingan sebagai anak perempuan kepada Naib Presiden yang telah berkomplot dengan watak antagonis. Menariknya, pada waktu itu, Jenna baru menjangkau usia 11 tahun.
04
Jenna telah meraih pengikut yang mendadak di Instagram sejak membintangi siri drama tersebut. Hanya dalam tempoh 10 hari selepas siri itu ditayangkan, pengikut Instagram pelakon itu bertambah 10 juta dalam tempoh tersebut.
Sebelum siri itu disiarkan pada 23 November lalu, pengikut Instagram Jenna hanya 9.4 juta namun melonjak kepada 19.4 juta pada Sabtu lalu dan melepasi angka 20 juta sehari kemudian.
05
Watak guru wanita bernama Marilyn Thornhill dalam siri Wednesday ini dilakonkan oleh aktres Christina Ricci. Seperkara harus diketahui, Christina merupakan pemegang watak Wednesday dalam filem The Addams Family (1991) dan Addams Family Values (1993).
Jenna dan Christina saling bantu-membantu antara satu sama lain sepanjang penggambaran siri berkenaan namun kedua-duanya tidak pernah berbicara tentang watak Wednesday di antara mereka.
06
Karakter anak perempuan dalam keluarga Addams itu telah menjadi tumpuan ramai di serata media sosial terutama tarian Jenna dalam siri tersebut. Menariknya, tarian berkenaan adalah hasil koreografinya sendiri. Tarian itu telah menjadi trend di Tik Tok dan semakin ramai kongsikan diri mereka menari tarian hasil rekaan Jenna.
Ramai Generasi Z yang mengikuti siri drama berkenaan, kini bergaya dan berpakaian ala Wednesday. Maka, ia menjadi pilihan yang tepat untuk memilih Jenna Ortega sebagai Wednesday Addams dalam siri terbaharu itu kerana lakonannya dipuji ramai sehingga kini.
Selain itu, bagi mendalami karakter sebagai Wednesday, Jenna telah mempelajari cara bermain selo selama dua bulan sebelum penggambaran naskhah berkenaan bermula.
07
Ini antara senarai filem yang pernah Jenna bintangi sepanjang kariernya sebagai anak seni:
Iron Man 3 (2013), Insidious Chapter 2 (2013), The Little Rascals Save The Day (2014), After Words (2015), Saving Flora (2018), Wym (2019), The Baby Sitter : Killer Queen (2020), Yes Day (2021), The Fall Out (2021), Scream (2022), Studio 666 (2022), X (2022), American Carnage (2022)dan Scream 6 (2022).
ARTIKEL BERKAITAN :
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.