Pelakon jelita, Anna Jobling, enggan mengambil pusing dan tenang walaupun terdapat kritikan mengenai pemilihannya sebagai juri dalam sebuah program lawak terbitan stesen televisyen terkenal tanah air.
Menerusi temu bual bersama Remaja, Anna memaklumkan bahawa dia menganggap peluang ini sebagai rezeki dan akan berusaha keras untuk mempelajari peranan baharunya itu.
“Apabila diberikan peluang ini, saya melihatnya sebagai rezeki. Ini adalah pengalaman pertama saya sebagai juri, dan walaupun mungkin ia agak mencabar, saya bertekad untuk belajar dan menerima kritikan yang membina,” katanya.
Ads
Selain itu, pelakon drama popular Melur Untuk Firdaus itu turut berkongsi pandangannya ketika ditemui di sesi sidang media Muzikal Lawak Superstar di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Anna melihat bahawa pemilihan sebagai juri adalah satu langkah penting dalam pengembangan kerjayanya.
“Sebagai pelakon, saya dikenali ramai, tetapi kini saya memasuki fasa baru sebagai juri. Saya faham ada pihak yang mungkin tidak bersetuju, tetapi bagi saya, ini adalah peluang untuk berseronok dan berkembang dalam industri ini,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, seorang artis wanita berpangkat senior mempertikaikan pemilihan Anna sebagai salah seorang juri bersama Saiful Apek dan Harith Iskander bagi program lawak tersebut.
Ads
Menurut artis wanita itu, ramai lagi artis senior berpengalaman yang lebih layak untuk menjadi juri bagi program berkenaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan industri hiburan Korea Selatan sering kali mendapat perhatian daripada masyarakat di Malaysia. Sehinggakan budaya, makanan, fesyen, K-drama dan muziknya buat kita terikut-ikut.
Selebriti Korea Selatan juga memiliki paras rupa yang menarik terutama bab kulit mereka yang putih bak telur dikupas. Namun begitu, rupa-rupanya ada diantara mereka yang sebenarnya ada kaitan dengan negara kita, Malaysia.
Ha, mungkin ada yang korang baru tahu kan? Jom kita lihat siapa mereka..
1. Pelakon Tang Jun-sang
Sumber: Instagram @t_js0813
Anda mungkin pernah menonton lakonan Tang Jun-sang dalam drama Crash Landing On You, Racket Boys atau Move To Heaven tetapi ramai orang tidak tahu pelakon itu sebenarnya berdarah Malaysia. Menerusi temu bual bersama media tempatan sebelum ini Tang Jun-sang mengakui bahawa bapanya orang Malaysia.
“Saya memang orang Korea dan itu adalah nama sebenar saya. Disebabkan nama keluarga saya agak istimewa jadi rasanya ramai yang akan mengingati nama saya.
Bapa saya berketurunan Cina-Malaysia. Ibu saya pula berketurunan Korea dan lahir dalam keluarga yang pelbagai kaum (multicultural family),” ujarnya.
2. Han Ji-sung daripada Stray Kids
Sumber: Instagram @realstraykids
Han Ji-sung pertama kali datang ke Malaysia bersama keluarganya ketika dia berusia lima tahun dan menetap di Ampang selama enam tahun.
Menurut laporan Married Biography, ibu bapa Ji-sung mahu anak lelaki mereka menyambung pengajian di Malaysia tetapi ahli kumpulan Stray Kids itu bagaimanapun mahu menjadi seorang penyanyi.
Ji-sung kemudiannya membuat perjanjian bersama ibu bapanya bahawa dia akan pulang ke Malaysia untuk sambung belajar sekiranya gagal menandatangani kontrak bersama mana-mana syarikat hiburan Korea Selatan dalam tempoh setahun.
3. Pelakon Seo Kang-jun
Sumber: Hellokpop
Aktor ternama ini pernah belajar di Malaysia selama satu tahun dan tujuh bulan. Kang-jun mendedahkan dalam program Happy Together bahawa dia tinggal di asrama sepanjang menetap di Malaysia kerana bapanya mempunyai seorang kawan di sini.
Pelakon Grid itu menjelaskan bahawa dia menetap di Malaysia kerana ibu bapanya mahu Kang-jun belajar bahasa Inggeris dan melihat dunia luar. Kang-jun juga berbual dalam bahasa Inggeris bersama penduduk tempatan di Law of the Jungle .
4. Isaac Voo daripada kumpulan IN2IT
Sumber: Instagram @isaacvkm_1212
Isaac daripada kumpulan IN2IT adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya menjadi artis K-Pop di Korea Selatan. Bintang kelahiran Sabah itu mula mengorak langkah dalam industri hiburan dengan menyertai pertandingan tarian K-Pop.
Selepas itu, Isaac kemudiannya mencuba bakat dalam sebuah program survival di Korea Selatan iaitu BOYS24 dan berjaya menjadi salah satu peserta yang memenangi undian terbanyak dalam rancangan tersebut. Isaac telah debut bersama ahli kumpulan IN2IT yang lain pada tahun 2017 di bawah syarikat MMO Entertainment yang kini telah menamatkan kontrak terakhir mereka pada tahun 2020.
5. Pelakon Chae Song Ah
Sumber: Instagram @songah_chae
Pernah membintangi K-drama seperti Good Doctor dan My Strange Hero, Chae Song Ah kini menetap di Johor dan membuka restoran barbeku terkenal bersama suaminya.
6. Kim Tae-young daripada Cravity
Sumber: Twitter @CRAVITY_twt
Ahli kumpulan Cravity iaitu Tae-young pernah menetap di Malaysia ketika berusia di antara empat sehingga enam tahun sebelum dia berpindah semula ke Korea Selatan.
7. Sana Twice dan GOT7 pernah menjalani penggambaran video muzik A di Shah Alam
Sumber: Twitter @GOT7Sumber: Koreaboo
Kumpulan GOT7 dan Sana daripada Twice juga telah menjalani penggambaran video muzik A di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor pada tahun 2014.
Korang boleh melihat perkataan-perkataan Melayu seperti makanan laut, farmasi, bihun, sup dan laksa di signboard dan beberapa banner yang muncul dalam video muzik tersebut. Malah, korang jangan terkejut melihat kedai-kedai seperti 99 Speedmart dan Tesco.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tempoh 10 tahun tentunya bukanlah satu tempoh yang singkat. Namun, itulah yang terpaksa dilalui oleh atlet terjun negara, Leong Mun Yee yang terpaksa mengambil masa 10 tahun sebelum berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Moden dan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Mun Yee, 32, hakikatnya bukanlah saja-saja ingin menangguh pengajiannya hingga berlarutan selama 10 tahun. Namun, dek kerana pengorbanannya untuk sukan terjun Malaysia, Mun Yee terpaksa mengimbangi antara sukan dan pelajaran.
Dalam tempoh tersebut, seharusnya Mun Yee berpuas hati dengan pencapaian cemerlangnya dalam arena sukan terjun. Berkali-kali dia melangkah naik ke atas podium untuk meraikan kemenangan baik dalam acara individual, berpasangan mahupun dalam acara campuran.
Terbaru, Mun Yee sekali lagi telah memenangi pingat emas dalam acara platform 10 meter berirama bersama rakan senegara, Pandelela Rinong di kejohanan Kuala Lumpur Fina Diving Grand Prix 2017 pada ahad, minggu lalu.
Kali terakhir mereka berdua menjuarai kategori sama dalam kejohanan yang sama adalah pada tahun 2011 di Jerman.
“Mewakili negara di peringkat antarabangsa tak kira waktu semester atau kuliah. Sebab itu, saya menjadi antara pelajar yang mengambil masa agak lama untuk menamatkan pengajian. Walaupun 10 tahun tempoh pengajian di UPM, saya tetap berbangga.
“Saya bersyukur kerana saya berupaya melengkapkan pengajian. Bukan semua atlet dapat menamatkan pengajian mereka pada peringkat ini.
“Sebagai pelajar, saya juga perlu menghadiri kuliah, menduduki ujian dan peperiksaan. Cuma yang membezakan saya dengan pelajar lain adalah komitmen masa saya untuk latihan di dalam negara dan luar negara,” kata Mun Yee ketika diberi penghormatan berucap mewakili graduan UPM pada Majlis Konvokesyen ke-41, pada hari ini.
Mun Yee menerima ijazah daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada istiadat yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sulta Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, UPM. Congrats girl!
Menyambung sesi temubual di luar dewan bersama media, Mun Yee turut menyatakan hasrat untuk menyambung pengajiaannya di peringkat sarjana pada tahun hadapan dalam bidang Sains Sukan. Namun perkara tersebut masih dalam pertimbangan disebabkan jadual kejohanan tahun hadapan yang padat.
“Terima kasih kepada UPM, pensyarah, pegawai dan staf yang telah mengajar dan mendidik saya di sini,” tuturnya menutup bicara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila Asam Laksa Pulau Pinang disenaraikan sebagai antara hidangan terbaik dunia, kami yakin Malaysia mempunyai seleksi makanan terbaik di dunia.
Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada juga yang memanggilnya sebagai asam laksa.
Terbaru, saluran berita antarabangsa CNN telah menyenaraikan hidangan yang cukup popular di Malaysia itu di tangga ketujuh dalam senarai 50 makanan terbaik dunia. Wow!
Tempat pertama diungguli kari Massaman dari Thailand, manakala tempat kedua dan ketiga diisi masakan dari dua negara Eropah dan Amerika Selatan, pizza Neopolitan (Itali) dan coklat (Mexico).
Selain Malaysia dan Thailand, masakan dari Jepun dan China turut disenarai, iaitu sushi dan Peking Duck, masing-masing di tangga keempat dan kelima.
Tambahan lagi, CNN menggambarkan asam laksa sebagai “hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda”.
Untuk info, Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.
Kebiasannya bahan asas membuat laksa adalah ikan. Tapi setiap kuah laksa bagi setiap daerah berbeza ikan yang di gunakan.