Suka Kongsi Ilmu Dengan Rakan, Pelajar Terbaik MRSM SPM 2018 Dedah Rahsia Kejayaan

293

Dekati al-Quran dan Allah tak akan tinggalkan diriMu. Malah sikap suka berkongsi ilmu difahaminya dengan rakan belajar lain merupakan rahsia kejayaan Nurul Iman binti Ahmad Yusof sehingga dirinya dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2018 bagi  Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

dalam satu temubual yang disiarkan di e-warta Majlis Amanah Rakyat baru ini, amalan  membaca 1 Juz Al-Quran sehari merupakan rahsia kejayaan yang dikongsikannya. Bekas pPelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas ini telah menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik MRSM 2018 dengan pencapaian cemerlang semua A dengan 10A+ dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dalam satu majlis yang dianjurkan MARA semalam.

Nurul Iman mendapat 10 A+ dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2018 bagi MRSM

Nurul Iman, 19, turut berkongsi sedikit rahsia kejayaan 10A+ selepas menerima anugerah tersebut di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur.

Katanya, “Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi saya rezeki di luar jangkaan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya serta guru-guru MRSM yang sentiasa memberi sokongan penuh ketika membuat persiapan untuk menghadapi SPM”

Beliau turut menyatakan bahawa amalan membaca 1 juz Al-Quran sehari adalah salah satu elemen penting dalam persediaannya sebelum peperiksaan SPM.

Ujarnya, “Apa yang boleh saya kongsikan disebalik kejayaan saya ini ialah amalan membaca 1 juz Al-Quran sehari ketika bulan peperiksaan SPM yang semakin hampir. Menjaga solat lima waktu dengan mengejarkan solat di awal waktu adalah perkara harus kita jaga untuk mendapat kekuatan.”

“Surah kegemaran saya ialah Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk. Saya akan membaca surah al-Waqiah setiap pagi selepas waktu subuh dan surah al-Mulk sebelum tidur,” katanya lagi.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa dirinya sendiri rajin bertanya kepada guru-guru di dalam kelas apablia tidak memahami sesuatu perkara yang diajarkan.

Tambahnya lagi, “kita juga perlu rajin mengajar dan berkongsi ilmu kepada rakan-rakan kerana ianya merupakan satu proses untuk mengukuhkan lagi tahap pemahaman ilmu”

Kini, Nurul Iman telah melanjutkan pengajian di Kolej MARA Banting dalam bidang International Bacalaueratel selama 2 tahun. Beliau berharap agar dapat pergi ke tahap yang lebih jauh dan berjaya di masa yang akan datang.

Beliau telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA.