Mungkin ramai peminat K-Drama yang dah ternanti-nanti drama apa yang bakal disiarkan sepanjang bulan Jun. Ada lebih 10 drama terbaharu Korea yang korang wajib tonton bulan ini.
Berikut kami senaraikan antara drama-drama menarik Korea yang korang boleh tonton. Bersedialah untuk habiskan weekend korang dengan menonton episod marathon nanti. Hiks!
Link: Eat And Love To Kill
Drama ini mengisahkan tentang chef Eun Gye Hoon (Yeo Jin Goo), yang membuka restoran di bandar di mana kembar perempuannya hilang 20 tahun lalu. Satu hari, Eun Gye Hoon mendapati dirinya secara emosi menangis dan ketawa secara spontan, dan ternyata dia berkongsi emosi dengan seorang wanita bernama Noh Da Hyun.
Minamdang Café
Nam Han Joon merupakan bekas profiler jenayah yang kini berkerja sebagai scammer. Dia menyamar sebagai tukang tilik dan mengusahakan kedai tilik yang juga sebuah kafe, Minamdang. Lelaki itu menipu pelanggannya untuk mendapatkan wang, tetapi dia juga terlibat dalam kes mereka yang berkaitan dengan jenayah.
Eve
Lee La-El dan keluarganya telah dimusnahkan oleh seorang yang mempunyai kuasa, dia memutuskan untuk membalas dendam demi dirinya dan keluarganya dengan menunggu selama 13 tahun.
Insider
Kim Yo Han menjalankan siasatan mengenai perjudian dan melakukan penyamaran. Dia kemudiannya terlibat dalam sebuah kes yang menyebabkan dia dihumban ke dalam penjara seterusnya menjadi banduan. Kim Yo Han berjuang untuk menjadi kepala dalam penjara untuk mengubah nasibnya di penjara.
Ads
Jinxed At First
Gong Soo Gwang menjual ikan di pasar tradisional dan dikenali sebagai lelaki malang. Disebabkan oleh itu ramai orang cuba mengelak darinya. Hidupnya tidak selalu begitu, dia pernah mempunyai kehidupan yang beruntung, tapi selepas Gong Soo Gwang bertemu Lee Seul Bi hidupnya berubah sepenuhnya. Setiap kali dia bermimpi tentang Lee Seul Bi, sesuatu yang buruk berlaku kepadanya. Buat pertama kali dalam 7 tahun, Gong Soo Gwang bertemu semula dengan Lee Seul Bi.
Weird Lawyer Woo Young Woo
Disebabkan mempunyai IQ yang tinggi, ingatan yang mengagumkan dan proses pemikiran yang kreatif, Woo Young Woo menamatkan pengajian dengan cemerlang di peringkat teratas dalam kelasnya dari Universiti Kebangsaan Seoul yang berprestij dan kolej undang-undang. Namun, dia mempunyai masalah interaksi sosial.
Doctor Lawyer
Mengisahkan tentang pakar bedah yang bertukar kerjaya menjadi seorang peguam setelah kehilangan segalanya. Han Yi Han, seorang Peguam Penyelewengan Perubatan yang pernah menjadi doktor dengan kelayakan dalam dua bidang pakar perubatan, mempunyai kepakaran dalam bidang pembedahan umum dan pembedahan toraks.
Why Her?
Oh Soo Jae terlibat dalam kes yang tak dijangka, dia direhatkan sementara sebagai peguam kemudian bekerja sebagai Professor di Kolej Perundangan, di sana Oh Soo Jae bertemu Gong Chan. Gong Chan menuntut di situ dan jatuh cinta kepada Oh Soo Jae.
Ads
Cleaning Up
Adaptasi dari siri British bertajuk sama ini mengisahkan Eo Yong Mi, An In Kyung dan Maeng Soo Ja Kim bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat broker. Tiga wanita ini secara kebetulan mendengar maklumat orang dalam dan mereka melaburkan saham dengan menggunakan orang dalam untuk mengubah hidup.
Yumi Cell’s 2
Hubungan antara Kim Yumi dan rakan sekerjanya Yoo Babi mula berbunga-bunga. Adakah Kim Yumi akan menemui cinta sejatinya?
Alchemy Of Souls
Ads
Jang Wook berasal dari keluarga bangsawan Jang. Dia menyimpan rahsia yang tidak menyenangkan tentang kelahirannya yang sentiasa menjadi bualan masyarakat. Jang Wook juga selalu mencetuskan kekacauan.
Yeo Wool ialah pelajar sekolah menengah yang misteri dan dia juga seorang pembunuh. Di sekolah barunya, dia bertemu dengan pelajar Yeo Reum. Yeo Reum mengalami trauma. Mereka diburu oleh organisasi jenayah.
Money Heist: Korea
Ketua penyamun yang digelar “The Professor”, merangka rancangan untuk melakukan rompakan terbesar yang pernah direkodkan dalam sejarah. Versi Korea ini juga akan menampilkan topeng berbeza dari siri asal, mereka akan memakai topeng tradisional Korea, topeng Hahoe (siri Spanish menggunakan topeng muka pelukis legenda Spain, Salvador Dalí).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Happy birthday November! Bagi individu yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan ini mesti rasa terlebih excited nak menanti kehadiran November ini.
Ramai juga selebriti yang lahir pada bulan November antaranya termasuklah Yuna, Pasha Ungu, Jungyeon TWICE dan Minhyuk MONSTA X.
Agak-agaknya apa karakter mereka yang lahir pada bulan ini ya?
Jom kita lihat berdasarkan kajian yang telah dibuat.
1. Banyak idea
2. Sukar untuk difahami sikapnya
3. Berfikiran kehadapan
4. Berfikiran unik dan bijak
5. Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
6. Pemikiran yang tajam
7. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
8. Cermat dan teliti
9. Personaliti dinamik
10. Sifat perahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
11. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
12. Tak suka marah kecuali digugat
13. Mudah ambil berat terhadap orang lain
14. Pandai muhasabah diri
15. Cara berfikir lain daripada orang lain
16. Pandai mendorong diri sendiri
17. Romantik
18. Suka duduk rumah
19. Bercita-cita tinggi
Apa lagi guys, tag rakan korang yang lahir bulan November!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pelakon Ben Amir mencuri perhatian peminat apabila mendedahkan beliau kini telah meninggalkan tanah air dan akan memulakan kehidupan baru di Pulau Siargao, Filipina.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube miliknya bernama ‘Island Life with Ben Amir’, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin (35) berkata, beliau mengambil keputusan besar tersebut demi merealisasikan impiannya.
“Saya ambil keputusan untuk meninggalkan kehidupan bandar dan membina kehidupan baru di pulau indah ini yang bernama Siargao”
“Tetapi buat masa ini, saya nak biasakan diri dengan kehidupan pulau. Berkenalan dengan orang baru, belajar budaya dan adat resam Filipina,” katanya.
Kredit: Youtube Island Life with Ben AmirKredit: Youtube Island Life with Ben Amir
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Sweet Dreams’ itu turut berkongsi mengenai perancangannya untuk membina rumah dan memulakan perniagaan di sana tidak lama lagi.
“Saya baru saja nak mulakan hidup di sini. Saya akan bina impian saya dari bawah dan sekarang saya bekerja untuk bina rumah, villa, beberapa perniagaan saya dan tak lama lagi saya juga akan buka sebuah ladang kecil,” jelasnya penuh bersemangat sambil bertutur menggunakan campuran bahasa tagalog.
Selain itu, Ben memberitahu bahawa beliau akan berkongsi segala cabaran dan pengalamannya sepanjang berada di negara tersebut.
Kredit: Youtube Island Life with Ben Amir
Walau bagaimanapun, keputusan pelakon itu untuk menetap di Filipina telah mencetuskan beberapa persoalan dalam kalangan peminat. Namun, ramai yang percaya bahawa Ben mungkin memilih untuk berehat daripada industri lakonan bagi memenuhi impiannya menjalani kehidupan baru sebagai anak rantau.
Sebelum ini, Ben Amir pernah memuat naik sebuah perkongsian seolah memberi bayangan mahu berhijrah ke tempat lain berdekatan dengan pantai.
Sekadar info, Pulau Siargao terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan indah serta terkenal dengan pantai berpasir putih dan ombak yang menjadi tarikan utama para penggemar sukan luncur air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rumah tangga pelakon dan pengacara popular, Fikry Ibrahim terus menjadi perhatian apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini bagi prosiding kes perceraian yang difailkan terhadap suami.
Siti Khalizah tiba sekitar jam 9.40 pagi dengan mengenakan jubah hitam dan memakai pelitup muka. Dia turut ditemani oleh peguam syarie yang dilantik, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.
Prosiding sebutan tuntutan dan permohonan cerai itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Namun begitu, kelibat aktor berusia 31 tahun itu masih belum kelihatan sehingga jam 10 pagi.
Sekadar info, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini mula diperkatakan sejak Mei lalu, apabila timbul spekulasi bahawa hubungan mereka dikatakan sudah mulai dingin.
Pasangan ini telah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Kedah, dan ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti Khalizah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.