Dietitian Kongsi Kandungan Kalori & Gula Dalam Minuman 3 In 1, Pilih Dulu Sebelum Minum

Share

Minuman 3 in 1 menjadi pilihan kebanyakan daripada kita kerana ia mudah disediakan dan boleh dibawa kemana sahaja disebabkan saiznya yang kecil.

Minuman 3 in 1 sering dipromosikan sebagai minuman untuk tenaga, cepat, mudah dan pantas, mengandungi vitamin dan khasiat tambahan, fiber, kalsium dan ada juga yang mengeluarkan minuman segera ini bersama kandungan kacip fatimah, tongkat ali, ginseng dan macam-macam lagi.

Namun begitu, menurut Public Health Malaysia

, sebenarnya jika ada minuman yang dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambah tenaga, vitamin atau khasiat, tetapi kandungannya amat SEDIKIT sekali.
Gambar hiasan

Ia tidak memberikan kesan dalam penjagaan kesihatan, sebalikya ia mengandungi kandungan gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

Selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Antara minuman 3 in 1 yang menjadi pilihan ramai adalah Nescafe. Oleh yang demikian, seorang dietitian yang dikenali sebagai Mohd Khairul Azuan telah pun meletakkan aturan minuman sachet kopi ini. Beliau membuat perbandingan mengikutnutrisi masing-masing.

Jadi, korang boleh pilih mengikut keperluan dan rajinkan membaca label.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, korang disarankan untuk memilih minuman yang rendah kalori.

Pesakit kencing manis pula tidak digalakkan minum, tetapi kalau nak minum juga, pilih yang rendah gula.

Untuk mengurangkan lemak, pilih yang rendah lemak.

Secara keseluruhan, Nescafe Blend & Blew boleh dikatakan seimbang untuk peminat minuman 3 in 1. Latte caramel bolehlah diminum untuk hari yang terlalu stress, dan yang lain-lain itu perlu fikir sendiri bila nak minum.

Kalau boleh, elakkan minum minuman sachet ini, tetapi jika memang nak minum juga, kurangkan dan pilihlah mengikut apa yang telah diajar oleh dietitian ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: (1), (2)

IKLAN