
Seorang rakyat Malaysia berkongsi dirinya menerima bayaran dengan harga yang tinggi ketika menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat di Hong Kong.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Malaysianpaygap, dia yang berbangsa Cina itu merupakan pelatih aktuari dari Malaysia yang kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat besar di sana dengan bayaran HKD 12,000 iaitu hampir RM7,000.
ARTIKEL BERKAITAN : Graduan ACCA Dijamin Kekal Jadi Rebutan Majikan! Akauntan Bertauliah Ini Kongsi Realiti Selepas Tamat Belajar

Dia memulakan langkahnya ke sana selepas berjaya mencatat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah ditawarkan peluang yang lebih baik oleh kerajaan Hong Kong.
Namun di sebalik gaji yang tinggi, dia berkongsi juga bukan mudah untuk bekerja di Hong Kong kerana budaya kerja di sana sangat pantas.

Selain itu, dia yang kini berusia 22 tahun itu turut menekankan kepentingan bahasa Mandarin, kerana banyak organisasi atau syarikat di sana mengharapkan kakitangan mereka berbahasa Mandarin dengan baik, walaupun tinggal di negara berbahasa Kantonis.
Pelajar itu menyarankan juga agar pelatih dan graduan baharu untuk belajar bersungguh-sungguh dan bekerja di luar negara untuk meluaskan pengalaman mereka.

Selain mengesyorkan sukatan pelajaran Malaysia perlu dikemas kini seperti di Hong Kong seperti memberi lebih perhatian kepada subjek sains seperti statistik dan kalkulus.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Malaysianpaygap
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Pantang Dapat Cuti…” – Anggaran 2 Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya Ketika Deepavali, Susun Jadual Perjalanan Sebaiknya

Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang
Rakyat Malaysia dan bercuti berpisah tiada. Tidak kira cuti Hari Raya, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali, pasti semua akan dirayakan dengan penuh meriah. 1 Malaysia katanya hiks!

Tidak dilupakan, tugas wajib yang harus dilaksanakan ketika cuti umum iaitu balik ke kampung halaman masing-masing. Sangguh meredah trafik berjam-jam asalkan dapat bersua muka bersama yang tersayang.
ARTIKEL BERKAITAN: Diskaun Khas Saman Trafik, Hanya Bayar Rm 50 Sahaja Bagi Setiap Saman!
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan dua juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh rayanya menjelang cuti perayaan Deepavali yang akan disambut mulai Ahad ini. Wowwww…another level sangat!

Berikutan itu, PLUS memaklumkan pihaknya ada mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena perayaan Deepavali bermula 10 hingga 14 November ini.
Katanya, jadual berkenaan membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka sekali gus membolehkan PLUS mengurangkan trafik dan mengelakkan kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak.

“Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya.
“Oleh itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan TTA yang dikeluarkan bukan sahaja bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang untuk pulang ke kampung tetapi juga bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang selepas bercuti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, PLUS berkata selain mendapatkan jadual berkenaan di laman web PLUS di www.plus.com.my serta laman media sosial PLUS Malaysia, pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih serta mengikuti siaran radio utama negara.

“Pada masa yang sama, PLUS juga akan memperkenalkan pendekatan terbaharu secara digital iaitu Program Rintis My-TTA yang menggunakan Aplikasi PLUS bagi membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan Deepavali dalam masa terdekat,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelik Rusia Dipanggil Sebagai ROC Di Sukan Olimpik? Ini Sebabnya

Jika diimbas semula pada Sukan Olimpik Rio 2016, Rusia merupakan salah satu kuasa sukan utama (seperti dijangka – duh) apabila ia menduduki posisi keempat dalam kedudukan pingat keseluruhan.
Pada edisi tersebut, Rusia berjaya membawa pulang sejumlah 56 pingat.
Justeru, tentunya peminat sukan yang menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan meletakkan Rusia sebagai salah satu pencabar utama untuk menduduki kedudukan Top 5.
Begitupun, agak pelik apabila Rusia tidak tersenarai sebagai negara yang bertanding. Sebaliknya, yang menggantikan Rusia pada kejohanan ini ialah ROC atau lebih dikenali sebagai Russian Olympic Committee (Jawatankuasa Olimpik Rusia). Huh, kenapa pula?

Sebab utama Rusia tidak menggunakan nama negara, bendera dan lagu kebangsaan berjudul Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii di Tokyo 2020 adalah kerana Rusia diharamkan daripada menyertai sebarang kejohanan sukan antarabangsa untuk tempoh empat tahun.
[Hukuman itu kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun.]
Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada tahun lalu apabila Rusia dibuktikan bersalah menyembunyikan program doping (dadah) terancang. Hukuman ini adalah yang paling berat pernah dikenakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana penipuan dadah. Ia juga sebentuk kesalahan yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan dua jawatankuasa siasatan IOC, beberapa atlet Rusia pernah terlibat dalam program penipuan dadah ini dan kali terakhir ia berlaku adalah semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014.
Bukan hanya atlet yang bersalah. Bukti yang dikemukakan juga menunjukkan program tersebut ada melibatkan pegawai kanan kerajaan termasuklah Kementerian Sukannya dengan bantuan agen rahsia negeri!
Fuh, macam plot filem perisikan pula.
Anyway, atlet Rusia yang didapati bersih daripada apa-apa pembabitan skandal dadah masih dibenarkan bertanding pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. Cuma mereka perlu mewakili ROC dan bukannya negara Rusia.
Sebagai contoh pada acara pembukaan tempoh hari, kita dapat menyaksikan delegasi Rusia menggunakan bendera ROC yang terdiri daripada lambang nyalaan api dalam warna rasmi bendera Rusia dan hyfa gegelung Olimpik di bawahnya.

Sekiranya ROC memenangi pingat emas dan atletnya menaiki podium, pihak penganjur akan memainkan lagu Piano Concerto No 1 yang digubah oleh komposer Pyotr Tchaikovsky – seperti yang berlaku hari ini.
Petand tadi, ROC telah memperolehi pingat emas pertama mereka menerusi penembak 10 meter air pistol, Vitalina Batsarashkina. Dan semasa acara penganugerahan, lagu Piano Concerto No 1 yang berkumandang di seluruh arena tersebut.


Jika selepas ini korang menonton aksi atlet ROC di kaca televisyen, korang akan perasan pakaian seragam mereka tidak meletakkan bendera Rusia tetapi masih menggunakan warna-warna rasmi bendera Rusia.


Haihh, susah juga jika negara buat hal dalam industri sukan. Terus diharamkan seperti Rusia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Doktor Kongsi Kaedah Bancuh Kopi Terbaik Untuk Elak Kolesterol Naik

Kaedah Bancuh Kopi Beri Kesan Pada Kesihatan Jantung
Doktor kongsi kaedah bancuh kopi terbaik untuk elak kolesterol naik sekali gus memberi kesedaran kepada pencinta kopi bahawa cara penyediaan minuman ini memainkan peranan besar terhadap kesihatan jantung.

Bagi ramai orang dewasa dan remaja, kopi sudah menjadi rutin harian, terutamanya pada waktu pagi untuk mendapatkan tenaga dan kekal fokus.
Namun tanpa disedari, pengambilan kopi secara berlebihan atau dibancuh dengan cara yang kurang sesuai boleh memberi kesan kepada tahap kolesterol dalam badan.
Kajian Dedah Risiko Kopi Tidak Ditapis
Satu kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati pengambilan enam cawan kopi yang tidak ditapis boleh meningkatkan paras kolesterol LDL sebanyak 0.46 mmol/L.
Ini menunjukkan bahawa bukan kopi itu sendiri yang menjadi punca utama, tetapi kaedah bancuhan kopi yang digunakan.

Penjelasan Doktor Tentang Kesan Bancuhan Kopi
Perkara ini turut dijelaskan oleh seorang doktor kesihatan dari Singapura, Dr Samuel, menerusi perkongsian di TikTok (@drsamuelgp).
Menurut beliau, setiap kaedah penyediaan kopi menghasilkan kandungan bahan tertentu yang berbeza dan memberi impak berbeza terhadap tahap kolesterol seseorang.
Individu yang mempunyai masalah kolesterol tinggi disarankan agar lebih berhati-hati dalam memilih kaedah bancuh kopi harian mereka.
Diterpena Dalam Kopi Punca Kolesterol LDL Naik
Menurut Dr Samuel, kopi mengandungi kompaun semula jadi dikenali sebagai diterpena (diterpene) yang terdapat dalam minyak kopi.
Kompaun ini didapati boleh meningkatkan paras kolesterol LDL atau kolesterol jahat, terutamanya apabila kopi diambil dalam kuantiti yang banyak.
@drsamuelgp Better latte then never. Coffee preparation methods that can affect your cholesterol (LDL) levels #medicine #coffee #cholesterol #learnontiktok #espresso ♬ Coffee Break, On the Terrace – Cozy-Cozy-Moodscape
Namun, kopi yang dibancuh menggunakan kertas penapis mampu menyingkirkan sebahagian besar diterpena sebelum diminum.
Kajian juga menunjukkan individu yang berhenti mengambil kopi tidak ditapis selama lima minggu mengalami penurunan kadar kolesterol, tetapi tahap kolesterol kembali meningkat apabila kopi tidak ditapis diambil semula.
Kaedah Bancuhan Kopi Dengan Diterpena Tinggi
Dr Samuel menyenaraikan beberapa kaedah bancuh kopi yang menghasilkan kandungan diterpena paling tinggi. Antara kaedah tersebut termasuk Turkish coffee, French press, espresso, moka pot dan pod coffee.
Kesemua kaedah ini tidak menggunakan penapis kertas, menyebabkan minyak kopi tidak ditapis sepenuhnya.

Kaedah Bancuh Kopi Lebih Selamat
Sebaliknya, kopi yang menghasilkan kandungan diterpena lebih rendah termasuk kopi segera, cold brew yang ditapis, drip coffee dan coffee pads.
Dalam masa sama, kopi yang dibancuh menggunakan penapis kain seperti di kopitiam juga tidak berkesan menyingkirkan diterpena sepenuhnya.
Berapa Banyak Kopi Selamat Diminum?
Menurut Dr Samuel, kebanyakan individu hanya mengambil satu atau dua cawan kopi sehari yang secara umumnya tidak memberi kesan besar terhadap peningkatan kolesterol LDL.
Namun, pengambilan kopi disarankan dihadkan kepada dua hingga tiga cawan sehari, terutamanya bagi individu yang mempunyai sejarah kolesterol tinggi atau penyakit jantung.
Kopi Ditapis Lebih Baik Untuk Kesihatan Jantung
Satu kajian dalam European Journal of Preventive Cardiology mendapati kopi yang dibancuh dan ditapis lebih baik untuk kesihatan, khususnya dalam kalangan individu berusia.
Kopi tidak ditapis didapati mengandungi sehingga 30 kali ganda lebih banyak diterpena berbanding kopi ditapis.
Individu bawah 60 tahun yang mengambil satu hingga empat cawan kopi ditapis sehari mempunyai risiko penyakit arteri dan kematian yang lebih rendah.
Namun manfaat ini tidak dilihat dalam kalangan mereka yang mengambil lebih lima cawan kopi sehari.
Kesimpulan: Pilih Cara Bancuh Kopi Yang Lebih Sihat
Minum kopi bukan satu kesalahan dan masih boleh memberi manfaat jika diambil secara sederhana.
Dengan memilih kaedah bancuh kopi terbaik untuk elak kolesterol naik serta mengawal kuantiti pengambilan, pencinta kopi masih boleh menikmati kopi kegemaran tanpa menjejaskan kesihatan jantung.
BACA LAGI : Hilangkan Parut Jerawat, Petua Guna Adunan Air Kopi, Kulit Cerah Dan Berseri!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

