Pelakon dan penyanyi dari Malaysia, Shatirah Amanda sekali lagi mengukir pencapaian penting dalam perjalanan seninya apabila terpilih membintangi filem biografik Rose Pandanwangi, sebuah produksi berskala sinema dan festival arahan produser serta pengarah tersohor Indonesia, Razka Robby Ertanto, terbitan Summerland Production.

Dalam naskhah ini, Amanda memegang watak sebagai seorang penyanyi seriosa dalam koir yang menjadi rakan seperjuangan kepada watak utama, Rose iaitu seorang tokoh seni suara yang berjuang mengangkat martabat nyanyian seriosa, termasuk penyertaannya dalam pertandingan di Belanda serta usaha mengembangkan seni tersebut di Indonesia.

Dewi Remaja Shatirah Amanda Lebar Sayap Ke Indonesia, Terlibat Filem Biografik Indonesia ‘Rose Pandanwangi’

Bekas peserta Dewi Remaja itu turut bergandingan dengan barisan pelakon utama Indonesia, antaranya Pevita Pearce yang membawakan watak Rose dan Refal Hady sebagai watak hero filem berkenaan, sekali gus menjadikan projek ini sebagai pengalaman besar dan bermakna dalam kerjaya seninya.

“Dapat  bersama artis hebat Indonesia seperti Pevita sebagai watak Rose dan Refal sebagai hero filem ini menjadikan pengalaman ini sangat berharga dan bermakna buat saya,” ujar Shatirah Amanda.

Pemilihan Amanda dibuat selepas beliau melalui tiga peringkat saringan casting secara dalam talian, sebelum akhirnya terpilih berdasarkan latar belakangnya sebagai penyanyi serta keupayaan vokal yang memenuhi keperluan watak.

Ads

Dewi Remaja Shatirah Amanda Lebar Sayap Ke Indonesia, Terlibat Filem Biografik Indonesia ‘Rose Pandanwangi’

Menurut pihak produksi, antara kekuatan utama Amanda adalah kelunakan suara, rupa paras yang sesuai dengan latar zaman asal penceritaan, serta bakat semula jadi yang memberi sentuhan visual dan emosi sejajar dengan kehendak filem biografik berunsur klasik.

Menariknya, sebagai satu-satunya artis Malaysia yang terlibat dalam filem ini, Razka Robby Ertanto sendiri telah menghubungi Amanda secara peribadi bagi menyampaikan berita pemilihannya. Pengarah tersebut turut menyatakan keyakinan bahawa Amanda mampu menyampaikan watak penyanyi seriosa dengan baik, bukan sahaja dari sudut lakonan, malah dari aspek disiplin serta teknikal vokal.

Ads

Penggambaran Rose Pandanwangi dijalankan di sekitar Jakarta, Indonesia, serta Amsterdam, menjadikan produksi ini sebagai sebuah projek antarabangsa yang memberi pendedahan luas kepada barisan pelakonnya.

Amanda turut meluahkan keterujaan bekerja bersama produksi Indonesia dan menganggap pengalaman ini sebagai pemangkin semangat untuk menembusi pasaran luar negara pada masa hadapan.

“Saya sangat seronok bekerja dengan produksi Indonesia. Pengalaman baharu ini benar-benar memberi dorongan kepada saya untuk terus mengembangkan bakat dan menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang,” tambahnya.

Dewi Remaja Shatirah Amanda Lebar Sayap Ke Indonesia, Terlibat Filem Biografik Indonesia ‘Rose Pandanwangi’

Ads

Bekerja di bawah pengarahan Razka Robby Ertanto yang telah meraih pelbagai anugerah menerusi karya terdahulu turut disifatkan Amanda sebagai satu peluang yang sangat dinantikan dan bernilai tinggi dalam pembentukan kerjaya seninya.

Disasarkan untuk tayangan pawagam serta saringan festival, Rose Pandanwangi sekali gus meletakkan Shatirah Amanda sebagai antara artis Malaysia yang semakin mendapat pengiktirafan di peringkat serantau, membuka ruang kerjasama lintas negara dalam landskap perfileman Asia Tenggara.

Dewi Remaja Shatirah Amanda Lebar Sayap Ke Indonesia, Terlibat Filem Biografik Indonesia ‘Rose Pandanwangi’

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: IGmakeupbyaqielahm

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads