Berita

Dewi Remaja Fittri Muzdalifah Selamat Diijabkabulkan, Pilih Muhamad Fikri Sebagai Teman Hidup

Share

Bekas peserta Dewi Remaja 2025, Fittri Muzdalifah Ibrahim, 25, selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya, Muhamad Fikri, hari ini.

Pada majlis akad nikah tersebut, pasangan berkenaan tampil sedondon dalam busana serba putih yang kelihatan cukup polos dan suci. Fittri anggun mengenakan baju kurung putih, manakala suaminya segak berbaju Melayu lengkap rona sama.

Fittri yang berasal dari Ipoh, Perak mula dikenali ramai selepas tersenarai sebagai salah seorang Top 12 Dewi Remaja 2025.

Dalam musim tersebut, Nylea berjaya dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2025, manakala Fittri terus mengorak langkah dalam dunia seni dan kini berada di bawah naungan label Rocketfuel.

Tahniah diucapkan buat Fittri dan Muhamad Fikri atas penyatuan dua hati ini. Semoga bahtera rumah tangga yang dibina terus dipenuhi kasih sayang, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah, serta berkekalan hingga ke syurga.


Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti 

Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Published by
Fath