Lima minggu diasak dengan cabaran-cabaran yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental, episod keenam pencarian Dewi Remaja 2025 kali ini memberi sedikit ruang untuk lapan orang finalis ‘bernafas’ sebentar.
(Dari kiri): Dewi sister, Shaza Bae & juri tetap Nabila Huda.(Dari Kiri): Elisa Chew, Ariana, Marisa, Dheper Teh, Suhaila Allen, Sharmaine Alexander, Nylea dan Nelysa Kay.
Dengan cabaran bertemakan ‘Blind Date’, Ariana, Dheper, Elisa Chew, Marisa, Nylea, Nelysa Kay, Sharmaine dan Suhaila perlu melalui empat janji temu bersama empat jejaka dalam empat setting berbeza. Tip yang diberikan oleh juri tetap, Nabila Huda yang sempat menemui mereka sebelum cabaran episod ini adalah untuk menganggapnya sebagai latihan berlakon dalam genre komedi romantik (rom-com).
Date 1: Bell Ngasri (Blind Date Challenge)
Pelakon & pelawak, Bell Ngasri.
Untuk pusingan pertama, kesemuanya perlu melalui janji temu bersama pelakon, ikon dan pelawak hebat, Bell Ngasri! Seperti yang kita tahu, Bell merupakan seorang figura yang mudah membuatkan masyarakat tertawa biarpun baru ‘sedikit’ konten yang diberikan. What is the twist? Para finalis perlu menatap mata Bell tanpa boleh bercakap atau tertawa dengan aksi Bell selama tiga minit.
Ariana.
Malangnya buat Bell, hanya dua orang finalis sahaja yang tertawa pada pusingan pertama ini iaitu Nelysa dan Sharmaine. Bagaimanapun, ia berlaku tanpa finalis sedari ada bunyi yang terpacul daripada mulut mereka semasa janji temu.
Sharmaine.Nelysa Kay.
Date 2: Razin Qidran (Deco With Love)
Pelakon & finalis Hero Remaja 2023, Razin Qidran.
Sambil jejaka kedua, Razin Qidran ditutupkan matanya dengan kain, para finalis perlu memberi arahan untuk menghias sebuah kek. It is all about good communication dan cara memberi arahan yang jelas.
Suhaila sebagai Dewi pertama yang perlu melalui cabaran ini berdepan sedikit masa yang sukar kerana Razin baru ingin warm up dengan finalis kali ini. Nelysa bertindak bijak untuk kekal dengan arahan yang mudah kepada Razin. Namun intonasi suara Nelysa tidak menunjukkan dia berada dalam blind date tetapi lebih fokus untuk memberi arahan. Haih, tak romantik terus jadinya. Hehe…
Nylea.
Lain pula dengan Ariana dan Nylea yang fokus terhadap pengalaman blind date agar interaksi mereka bersama Razin lebih menyeronokkan walaupun untuk waktu yang singkat.
Dengar cerita, salah seorang finalis ‘terpanggil’ Razin dengan panggilan ‘sayang’. Amboi, Elisa Chew! Malangnya, walaupun Razin mengakui Elisa memenuhi citarasa gadis idealnya, Elisa pula lebih memilih jejaka yang lebih berusia.
Elisa Chew.Dheper Teh.
Bercakap mengenai skil komunikasi yang merupakan perkara paling penting dalam episod kali ini, Razin menyifatkan dewi yang mempunyai skil tersebut ialah Dheper yang jelas dalam pertuturannya.
Date 3: Jay Iskandar (Whisper Challenge)
Pelakon & finalis Hero Remaja 2023, Jay Iskandar.
Haa, tiba masa untuk blind date bersama jejaka paling muda pada kali ini. Jay yang merupakan finalis Hero Dewi Remaja 2023 berusia 20 tahun perlu meneka apa yang dikatakan oleh para finalis sambil memakai fon telinga dengan muzik yang kuat.
Motif blind date kali ini adalah untuk menguji sejauh mana pasangan lelaki dan perempuan boleh menjadi attentive tanpa mendengar suara si dia. Kalau pasangan tidak boleh mengagak apa yang cuba diperkatakan, mestilah kita stres!
Suhaila Allen.Marisa.Dheper Teh.
Menariknya, sekali lagi Dheper dipilih oleh jejaka jemputan dalam episod kali ini sebagai dewi yang mempunyai chemistry terbaik di dalam dan luar set. Namun Dheper tidak berjaya menamatkan saingan mengikut masa yang diberikan.
Jika begitu, Dewi siapakah yang berjaya? Elisa Chew, Sharmaine, Marisa, Nylea, Nelysa, Suhaila dan Ariana – kesemua dewi lain kecuali Dheper!
Date 4: Azri Safix (Memory Match)
Pelakon & finalis Hero Remaja 2023, Azri Safix.
Untuk blind date terakhir ini, finalis dan jejaka keempat iaitu Azri Safiz daripada pencarian Dewi Remaja 2023 perlu mempunyai photographic memory. Mereka perlu melihat 10 keping gambar berbeza, menghafal dan perlu menyatakan fakta mengenai diri masing-masing. Antaranya termasuklah kategori nombor kegemaran, warna kegemaran, haiwan peliharaan, selebriti kegemaran dan hadiah pasangan.
Nelysa Kay.Ariana.
Rata-rata lapan orang dewi menyuarakan rasa selesa mereka apabila bergandingan dengan Azri sepanjang temu janji kali ini. Sebagai contoh, Suhaila merasakan Azri mempunyai idea dan pandai berkomunikasi sepanjang masa yang diluangkan bersama. Manakala, Nelysa merasakan Azri memberikan chemistry terbaik berbanding tiga orang jejaka lain dalam episod kali ini.
*
Apa pula cabaran yang akan menanti lapan orang finalis Dewi Remaja 2025. Nantikan minggu hadapan okay! Sebelum itu, jom jawab soalan terakhir pada minggu keenam ini untuk korang meraih peluang memenangi hadiah menarik tajaan redONE Mobile.
Soalan Terkumpul Mingguan Bersama redONE Mobile
Teruskan bersama kami secara live di DEWI CONFESSION ROOM setiap hari Jumaat pada 11.10 malam di platform Instagram dan TikTok REMAJA.
Penonton setia program pencarian Dewi Remaja 2025 berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada:
SEORANG pemenang hadiah utama berupa telefon pintar 5G tajaan redONE & barangan eksklusif redONE.
Bekas peserta Dewi Remaja 2025, Fittri Muzdalifah Ibrahim, 25, selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya, Muhamad Fikri, hari ini.
Pada majlis akad nikah tersebut, pasangan berkenaan tampil sedondon dalam busana serba putih yang kelihatan cukup polos dan suci. Fittri anggun mengenakan baju kurung putih, manakala suaminya segak berbaju Melayu lengkap rona sama.
Ads
Fittri yang berasal dari Ipoh, Perak mula dikenali ramai selepas tersenarai sebagai salah seorang Top 12 Dewi Remaja 2025.
Dalam musim tersebut, Nylea berjaya dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2025, manakala Fittri terus mengorak langkah dalam dunia seni dan kini berada di bawah naungan label Rocketfuel.
Ads
Tahniah diucapkan buat Fittri dan Muhamad Fikri atas penyatuan dua hati ini. Semoga bahtera rumah tangga yang dibina terus dipenuhi kasih sayang, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah, serta berkekalan hingga ke syurga.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun mengakhiri pencarian Hero Remaja 2020 dengan hanya mendapat tempat keempat, Jabir Meftah tetap positif dan bersyukur kerana semuanya telah berakhir dan dia kini boleh bergerak ke hadapan serta menyelesaikan segala tugasan dalam misinya bagi membantu pergerakan Youth Care Malaysia (YCM).
“Alhamdulillah saya sangat gembira pada malam ini kerana sejujurnya saya ingin menyelesaikan program ini dengan cepat supaya kami semua boleh buka sayap dan ramai-ramai jadi juara. Kami harus buktikan bahawa bukan hanya memiliki paras rupa, sebaliknya memberi manfaat kepada orang lain,” luah Jabir.
“Buat pertama kalinya dalam program ini saya tidak merasa tertekan kerana dah tak perlu nak fikir apa-apa and just enjoy the show. Sebelum ini saya juga sudah bernazar, jika menang saya akan memberikan kesemua wang hadiah kepada Youthcare Malaysia,”
“Selepas ini saya juga ingin menjemput majalah Remaja, bukan sebagai Jabir Meftah tetapi Presiden Youthcare Malaysia untuk bawa kesemua Hero Remaja kita turun padang dan sama-sama belajar melihat apa yang ada di luar sana,” jelasnya.
Dari kiri Umar, Haziq, Nadhir, Jabir, Meerqeen
Merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Petronas, Perak, Jabir akan meneruskan pembelajarannya dan dalam masa yang sama akan tetap menguruskan urusan kebajikan yang dilakukan oleh YCM.
“Selepas ini saya juga akan sambung masuk ke set penggambaran drama Juliet dan akan tetap meneruskan kerjaya di dalam industri hiburan jika diberikan lagi peluang-peluang lain,” tambah Jabir lagi.
Anak muda berusia 20 tahun ini juga menyifatkan bahawa kesemua finalis telah memberikan yang terbaik dan berharap agar kami semua berjaya menempatkan diri ke satu tahap yang lebih baik.
Bersama ibu tersayang
“Harapan saya adalah kesemua finalis kekal menjadi hero dan kali ini Malaysia tidak akan lihat bahawa batch kami ‘biasa-biasa’, sebaliknya mereka akan melihat hasil yang luar biasa daripada kami insyaAllah. Hero Remaja adalah hero yang sebenar dan akan memberi inspirasi buat seluruh masyarakat,”
Tahniah kami ucapkan kepada Jabir Meftah dan semoga terus sukses dengan apa sahaja yang akan dilakukan olehnya. Jabir juga turut mengucapkan jutaan terima kasih buat keluarga, sahabat dan penyokongnya yang tidak pernah jemu-jemu memberikan sokongan selama ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang mengikuti program pencarian Dewi Remaja 2018/2019, pastinya korang mengenali empunya nama Nik Nor Farzuwin Binti Nik Ismail ini.
Mesra dengan panggilan Aween Ismail, gadis jelita ini sebenarnya telahpun menceburi bidang lakonan menerusi beberapa projek drama dan telemovie sebelum ini.
Bagaimanapun, pencapaian karier lakonan paling besar Aween buat masa ini adalah menerusi filem Mael Totey The Movie yang akan ditayangkan bermula 22 Oktober ini di Astro First.
Menurut Aween, filem yang menjalani penggambaran majoriti di Kota Bharu ini mempunyai keistimewaan tersendiri selain loghat bahasa Kelantan yang dituturkan para pelakon.
“Pertama sekali, Mael Totey The Movie sesuai ditonton oleh seluruh ahli keluarga malah bersama kawan. Aween tahu ramai akan tertarik dengan kombinasi genre romantis, drama dan komedinya.
“Filem ini juga tidak menonjolkan sebarang sentuhan di antara lelaki dan perempuan. Malah sepanjang menjalani penggambaran di Kelantan dan Kuala Lumpur, kesemua jurusolek bagi pelakon wanitanya juga adalah wanita. Bagi pelakon lelaki, jurusolek lelakilah. Jadi tidak wujud rasa tidak selesa di kalangan pelakonnya,” jelasnya yang memegang watak sebagai Yaya Toure di dalam filem ini.
Turut serta dalam filem ini ialah Daler Yusof.
Secara ringkasnya, Mael Totey The Movie menceritakan tentang seorang remaja lurus bendul bernama Mael (Syahmi Sazli) yang ingin memikat Yaya lakonan Aween. Bagaimanapun, Yaya mengenakan syarat kepada Mael untuk menguasai Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum dia memikirkan pelawaan lelaki tersebut..
Semasa belajar bahasa Inggeris, Mael terpikat pula dengan watak Teacher dan di situ berlakunya konflik komedi dalam filem.
Satu lagi perkara yang membuatkan Mael Totey The Movie berlainan adalah apabila pengarahnya, Syahmi Sazli memperkenalkan empat orang pelakon istimewa iaitu Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Kata Aween, penglibatan mereka dalam filem ini cukup berkesan kerana ia menguatkan lagi tagline filem “Kita Lain, Mereka Sama”.
Haa.. korang mesti ingat tagline itu adalah untuk masyarakat Kelantan kan. Tidak, ia adalah untuk golongan istimewa ini.
Aween di belakang tabir bersama pengarah dan tunjang utama Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli
“Jalan cerita Mael Totey The Movie adalah kesinambungan daripada drama pendek viral ‘Mael Totey’ yang pernah bersiaran di YouTube.
“Bagi peminat Syahmi Sazli, korang mesti tahu peranan golongan istimewa dalam penceritaannya. Dan dia menyambung jalan cerita mereka ke dalam filem ini. Keempat-empat pelakon tersebut sememangnya berbakat di hadapan kamera kerana mereka membawa elemen spontan yang menghiburkan.
“Malah, penggambaran kami memang diwarnai dengan spontaneity pelakon dan pengarahnya, Syahmi. Itu yang membuatkan filem ini menarik,”katanya yang pernah membawa pulang kategori Dewi Inspirasi 2018/19 dahulu.
Bagi yang tertarik untuk menonton Mael Totey The Movie ini, korang boleh menontonnya di saluran Astro First (480) mulai esok 22 Oktober dengan bayaran RM15 sahaja. #SupportLokal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!