Siapa cakap kalau nak detoks je kita kena beli produk untuk mendetoks…
Ramai yang percaya dan memilih untuk mengamalkan detoks kerana manfaat yang diperoleh sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Tambahan lagi, musim raya ini yang rata-rata kita seronok menikmati menu raya tanpa rasa bersalah.
Melalui laman Facebooknya, DrRizal Abu Bakar telah berkongsi satu kaedah semulajadi untuk membuang segala toksin dalam tubuh kita setelah kita banyak makan selama ini.
Inginkan tubuh badan yang lebih sihat? Tak perlu keluarkan belanja yang besar pun untuk detox. Jom ikuti kaedah PURE secara semulajadi yang diajarkan oleh Dr Rizal ini.
Ramai belasah sakan masa raya baharu ni. Lepas tu mesej “macam mana nak detox”. Kan dah menyesal tu.
Yang kesian geng yang beli produk untuk detox. Duit habis. Silap-silap detox tak ke mana pun.
Ads
Nak detox senang saja. Ikut formula PURE ni. Detox berlaku melalui PURE. Ia proses semulajadi.
Jadi PURE ni apa?
P yang pertama ialah Perspiration. Detox berlaku melalui sistem peluh kita. Bila kita berpeluh toksin akan keluar melalui air peluh. Macam mana nak berpeluh?
Senang saja. Aktifkan hidup anda. Banyakkan bergerak. Buat senaman. Berjalan kaki. Naik basikal. Nak try sauna pun boleh.
Foto Via Pexels.com
U ialah Urination. Detox berlaku bila buang air kecil. Bila minum air kosong banyak, keraplah ke tandas. Masa buang air kecil inilah toksin juga terbuang.
Ads
Jadi rajin-rajinlah minum air kosong. Bukan mengeteh atau mengopi. Memineral dah memadai.
R pula bawa maksud Respiration atau pernafasan. Yang ni ramai tak amalkan. Selalunya kita bernafas pendek dan cepat. Atau shallow breathing. Bernafas pula guna kaedah salah.
Nak buang toksin kena buat mindful breathing. Bernafas dalam keadaan kita sedar kita sedang tarik nafas. Tarik nafas perlahan dan dalam-dalam. Cubalah. Boleh rasa sendiri perbezaan.
E ni bawa maksud Excretion atau buang air besar. Cuba kira berapa kali buang air besar sehari. Ramai yang sekali sahaja. Kita sihat bila buang air besar ni 2-3 kali sehari. Masa nilah toksin akan dibuang.
Ads
Kalau makan makanan kurang fiber memang susah sikit nak buang air besar. Makanan fiberportion besar buatkan kita kerap buang air besar.
Lepas ni nak buang toksin ikut jer PURE ni. Selamat dan alami.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, kini tersenyum bangga apabila anak gadisnya, Engku Aleesya, berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan IGCSE. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Erra menerusi media sosial, lengkap dengan ucapan ringkas penuh makna: “I’m proud of you, anak!”
Ungkapan itu nyata mencuri perhatian ramai kerana ia melambangkan rasa bahagia seorang ibu melihat kejayaan anaknya. Lebih istimewa, kejayaan ini juga membuka lembaran baru buat Aleesya untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi – A-Level.
Langkah Baru, Cabaran Baru
Selepas melalui fasa IGCSE dengan gemilang, Aleesya kini bakal meneruskan perjalanan akademiknya ke A-Level. Bagi kebanyakan pelajar, A-Level dianggap sebagai salah satu cabaran besar sebelum ke universiti. Namun, dengan semangat dan disiplin yang dimiliki, Aleesya dilihat sudah bersedia menghadapi fasa baru ini.
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Kejayaan Aleesya bukan sahaja membanggakan Erra, tetapi turut menjadi inspirasi buat remaja lain. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, kisah ini membuktikan bahawa dengan usaha, fokus dan sokongan keluarga, kejayaan pasti boleh digapai.
Ramai yang kagum dengan cara Aleesya mampu seimbang antara kehidupan remaja dan tuntutan akademik. Inilah bukti bahawa kunci kejayaan bukan semata-mata belajar tanpa henti, tetapi juga menjaga keseimbangan gaya hidup, disiplin diri, serta sokongan daripada orang tersayang.
Kejayaan Engku Aleesya mengingatkan kita bahawa setiap usaha pasti ada hasilnya. Buat remaja di luar sana, jangan sesekali putus asa. Teruskan usaha, cipta matlamat, dan cari inspirasi daripada kisah-kisah kejayaan seperti ini.
Seperti kata Erra, rasa bangga seorang ibu tidak datang dari keputusan semata-mata, tetapi daripada sikap rajin, semangat belajar dan ketabahan seorang anak dalam mencapai impian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketidakstabilan politik di Britain akhirnya meletus apabila Liz Truss secara mengejut meletak jawatan walaupun baru enam minggu bergelar Perdana Menteri. Kegagalannya dalam mengadaptasi beberapa polisi serta dimalukan di dalam parlimen berkenaan kredibilitinya menjadikan dia bahan ketawa seluruh dunia.
Seiring dengan peletakan jawatan wanita berusia 47 tahun itu, Rishi Sunak yang sebelum ini merupakan Chancellor of the Exchequer ketika pemerintahan Boris Johnson telah dipilih sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.
Bersama kedua orang tua. Kredit foto Instagram Rishi Sunak
Jom kita kenali siapakah Perdana Menteri Britain yang baharu ini, berikut adalah 10 fakta tentang beliau.
Rishi Sunak baru sahaja berusia 42 tahun, dia dilahirkan pada 12 Mei 1980.
Merupakan jejaka keturunan Punjabi, ibu dan bapanya merupakan imigran dari Afrika Timur yang bermastautin ke Britain sekita tahun 1960an.
Rishi mengamalkan agama Hindu dalam kehidupannya.
Rishi mendapat pendidikan dalam jurusan filosofi, politik dan ekonomi di Lincoln College, Oxford.
Dia menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan di Universiti Stanford apabila dikurniakan biasiswa Fullbright.
Rishi Sunak merupakan Perdana Menteri Britain yang pertama bukan berkulit putih.
Dia berkahwin dengan Akshata Murty pada 2009, mereka bertemu ketika sama-sama belajar di Universiti Stanford.
Isterinya seorang warganegara India merupakan anak kepada billionaire N. R. Narayana Murthy, pengasas syarikat teknologi.
Rishi Sunak dan isterinya memiliki kekayaan yang jauh lebih tinggi berbanding mendiang Queen Elizabeth II. Menurut Washington Post, mereka memiliki harta bernilai 730 juta pound.
Rishi Sunak memiliki dua orang cahaya mata perempuan yang dikenali sebagai Krishna dan Anoushka.
P/S – Malaysia juga bakal memperoleh Perdana Menteri ke-10 pada pilihan raya akan datang November ini. Namun jika dilihat pada usia calon Perdana Menteri dari setiap parti semuanya berada dalam lingkungan usia 60 ke 100 tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, warganet banyak disajikan dengan isu penerbangan ditunda dan kebanyakan ‘mangsa’ iaitu penumpang terpaksa ‘berkampung’ selama berjam-jam lamanya di lapangan terbang.
Sudahlah ‘disidai’ lama, malah rata-rata penumpang tidak mengetahuiapa hak yang boleh dituntut jika penerbangan mereka ditunda atau dibatalkan pihak tersebut.
Susulan itu, terbaharu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menerusi satu kenyataan, mengumumkan bahawa penumpang berhak untuk menuntut pampasan sekiranya penerbangan ditunda atau dibatalkan.
Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan di mana penumpang boleh menuntut pampasan seperti berikut:
Penerbangan ditunda selama 2 jam atau lebih.
Anda boleh menuntut makanan, panggilan telefon, dan akses internet.
Penerbangan ditunda selama 5 jam atau lebih.
Anda boleh menuntut penginapan hotel dan pengangkutan.
Penerbangan dibatalkan.
Anda boleh menuntut pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif.
Nota: Perlu diingatkan bahawa pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang mana ia melibatkan risiko keselamatan ataupun cuaca ekstrem.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.