Penyanyi terkenal, IU atau nama sebenar Lee Ji Eun baru-baru ini dilaporkan membuat sumbangan sebanyak 225 Juta Won (RM710,000) kepada pelbagai lembaga sosial di Korea Selatan.
Pihak pengurusan IU, EDAM Entertainment menerusi satu kenyataan berkata, segala derma sumbangan tersebut telah disalurkan atas nama IUAENA, iaitu kombinasi nama IU dan nama rasmi kelab peminatnya.
Difahamkan, dana tersebut telah diberikan kepada beberapa organisasi seperti Persatuan Penyakit Jarang Ditemui Pediatrik Korea Selatan, Organisasi Penghantar Susu Lanjut Usia Kampung Hansarang, dan Rumah Bayi Hansarang.
Menurut beberapa laporan media, ini bukanlah hal baru kerana IU sebelum ini juga kerap memberikan sumbangan setiap kali ulang tahun peringatan debut sebagai bentuk penghargaan atas sokongan peminatnya, UAENA.
Bagi dana kali ini ia akan digunakan untuk pelbagai keperluan termasuk kos ubat, pendidikan, dan kaunseling psikologi untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang ditemui, beserta sokongan bagi orang lanjut usia dan kemudahan untuk orang kurang upaya.
Ads
Sementara itu, bercakap mengenai konsert IU ‘2024 IU HEREH WORLD TOUR CONCERT ENCORE: THE WINNING’ yang akan diadakan di Stadium Piala Dunia Seoul pada 21 dan 22 September ini.
Pelantun lagu ‘Love Wins All’ itu juga dilaporkan turut memberikan kejutan berupa hadiah keperluan rumah kepada penduduk kejiranan yang tinggal di sekitar kawasan residensi Seongsan-dong iaitu lokasi yang berhampiran dengan kawasan konsert akan datang.
Ads
Menerusi laman komuniti di Korea Selatan, salah seorang penduduk disitu memberitahu itu merupakan kali pertama mereka mendapat hadiah dari selebriti yang mengadakan persembahan di stadium berhampiran dan kebiasaannya sebelum ini mereka hanya bersiap sedia untuk menghadapi gangguan bunyi dan lalu lintas jika sebarang persembahan diadakan.
Ads
Terdapat pesanan yang disertakan dalam beg berisi hadiah keperluan plastik pelupusan sampah berbunyi, “Konsert IU akan diadakan selama dua hari di Stadium Piala Dunia Seoul dari 21 dan 22 September. Kami memohon jasa anda (penduduk) untuk memahami dengan baik”.
Kebanyakan penduduk residensi di kawasan sekitar tersentuh dengan perilaku yang dilakukan oleh penyanyi berusia 31 tahun itu. Lebih lagi, ini merupakan kali pertama seorang selebriti yang memberikan hadiah sederhana untuk memohon maaf bagi segala gangguan yang bakal berlaku sepanjang konsert berlangsung.
Sekadar info, konsert ‘2024 IU HEREH WORLD TOUR CONCERT ENCORE: THE WINNING’ akan melabuhkan tirai dan IU telah membuat jelajah di 18 bandar besar seluruh dunia selama lima(5) bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Liana Rosli yang lebih mesra dengan panggilan Kak KM dalam kalangan pengikutnya berkongsi mengenai keadaan anaknya, Nabila Razman yang kini diwadkan di sebuah hospital swasta di ibu kota; hanya dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Kak KM dalam hantaran di Instagram Story awal pagi tadi, Nabila, 21 yang juga merupakan anak sulungnya daripada empat beradik telah mengalami kecederaan akibat kemalangan.
“Dekat Prince Court nak tengok Kakak Nabila. Dia main go-cart lepas itu dia accident. Jari dia patang. Lepas tu sekarang dia warded,” kongsinya.
Usahawan berkenaan kemudian memperbetulkan informasi mengenai kecederaan yang dialami Nabila di mana dia sebenarnya mengalami tulang patah pada bahagian bawah jari di lengan kiri.
Nabila juga difahamkan mungkin terpaksa menjalani pembedahan bagi proses rawatan.
“Dari tadi boleh menari-nari. Kau drama yang paling kuat sekali!” seloroh Kak KM.
Biarpun terkejut dengan insiden berkenaan, Nabila dilihat masih boleh menceriakan dirinya apabila seluruh ahli keluarganya hadir ke bilik wad itu termasuklah ayahnya Razman Ramli dan tiga adik beradik lain iaitu Faris, Rania dan Cinta Carissa.
Turut kelihatan di situ ialah teman lelaki Nabila yang dikenali sebagai Rizz.
Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 52, telah meninggal dunia pada 26 Januari 2022 kira-kira jam 8 malam.
Menerusi laporan mStar, menurut adik allahyarham, Hasenah, Pian ditemui dalam terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam bilik air oleh ibunya.
Ujarnya kepada portal tersebut, “Mak jumpa arwah dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi. Bawa ke hospital dan dapat pengesahan kematian daripada doktor pada pukul 10.30 malam.”
Ketika bersama kumpulan Cecupak.
Menurut adik allahyarham lagi, arwah abangnya itu mungkin meninggal dunia disebabkan penyakit jantung kerana memiliki sejarah menghidap penyakit tersebut sejak 2018.
Kemunculannya menerusi rancangan realiti Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1990-an dan kemudiannya menyertai kumpulan Cecupak merupakan titik tolak penglibatan allahyarham dalam industri hiburan Malaysia.
Pian Cecupak ketika zaman mudanya.
Walaupun tidak sepopular kumpulan lawak Senario, namun kumpulan Cecupak memiliki peminat mereka yang tersendiri.
Pian pernah berkahwin namun bercerai pada 2000, hasil perhubungan tersebut dia dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang pernah dengar tak inisiatif ‘Girls Takeover’ yang mana ini adalah sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)sempena Hari Kanak-Kanak yang disambut pada 11 Oktober setiap tahun.
Menerusi inisiatif ini, kerajaan Finland telah turut serta dalam menyebarkan mesej kesaksamaan gender dengan membenarkan gadis 16 tahun, Aava Murto untuk duduk di kerusi Perdana Menteri selama sehari.
Kalau nak tahu, selama sehari dia mengambil alih kerusi Perdana Menteri, Aava telah berbincang bersama kabinet Menteri Finland dan penggubal undang-undang mengenai banyak hal.
Aava bersama Sanna Marin, Perdana Menteri Finland. Sumber gambar: BBCnews
Ini termasuklah perihal ramai remaja perempuan di negara membangun tidak diutamakan dalam perkembangan skil digital dan perkara tersebut boleh membantutkan mereka untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan selamat.
Bestkan peluang yang diberikan kepada Aava ni? Kalau korang diberi peluang untuk duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia selama sehari agaknya apa yang korang nak utarakan kepada ahli-ahli cabinet kita?
***P/S – Perdana Menteri Finland yang sekarang, Sanna Marin merupakan Perdana Menteri wanita termuda dalam sejarah dunia dalam mengepalai sesebuah negara. Dia mengangkat sumpah sebagai perdana Menteri ketika berusia 34 tahun!
Sumber: ABCnews & dw.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!