Demi Tarik Semula Pelancong, Thailand Serius Tawarkan Diskaun ‘Gila-Gila’ Untuk Hotel Di Sana

Share

Berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, bermacam-macam industri pekerjaan telahpun teruk terjejas apabila sumber pendapatan mereka semakin merosot.

Antara industri yang terjejas adalah industri pelancongan dan perhotelan berikutan penurunan jumlah pelancong dari luar negara.

Lantas, pelbagai usaha cuba dicipta pihak kerajaan seluruh dunia untuk membantu industri tersebut daripada terus berkubur dalam waktu terdekat.

Seperti di Thailand, kerajaan mereka telah mengumumkan tawaran diskaun 'gila-gila' dari 40 peratus hingga 50 peratus untuk lokasi penginapan di negara tersebut kepada para pelancong! Ia akan diberikan dalam bentuk pakej pelancongan dan kupon diskaun bagi menaikkan semula jumlah pelancong ke Thailand.

Tawaran itu telahpun dimumkan oleh Pejabat Pentadbiran Ekonomi Nasional dan Dewan Pembangunan Sosial di Thailand yang akan melancarkannya bagi tempahan penginapan pada bulan Julai.

Ini memandangkan Thailand masih mengehadkan jumlah pengunjung antarabangsa serta pergerakan sosial buat masa ini. Larangan penerbangan masuk antarabangsa ke Thailand juga baru dilanjutkan sehingga 30 Jun kelak sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun, Thailand sedang berurusan dengan negara berdekatan seperti Malaysia, Korea Selatan dan Filipina untuk membenarkan kemasukan pelancong asing tidak lama lgi.

Seperti di Malaysia, Thailand juga secara perlahan-lahan telah memberi kelonggaran kepada rakyatnya untuk menunaikan urusan harian dengan pembukaan semua kompleks membeli-belah, muzium, pasaraya dan lokasi tarikan pelancong.

Apa pendapat korang? Patutkah kita merebut peluang untuk melancong dengan lebih murah ke Thailand pada bulan Julai ini. Atau sewajarnya, kita harus menangguh sehingga tahun hadapan je?

IKLAN