Korang dah sedia naik teksi motosikal ni?

Selepas hampir dua tahun diharamkan, kini perkhidmatan teksi motosikal pertama di Malaysia, Dego Ride kembali beroperasi hari ini dengan sasaran mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan, khususnya untuk belia dari golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Teksi Motosikal Pertama Di Malaysia Dah Beroperasi, Lets La Rebut Peluang Pekerjaan Ini!

Dego Ride turut menawarkan gaji antara RM1,500 hingga RM3,500 sebulan. Penunggang berdaftar dengan syarikat e-panggilan perkhidmatan pengangkutan menggunakan motosikal itu yang diharap dapat mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.

Teksi Motosikal Pertama Di Malaysia Dah Beroperasi, Lets La Rebut Peluang Pekerjaan Ini!

Dego Ride menjadi bualan orang ramai sebaik memulakan perkhidmatan teksi motosikal pada November 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50, namun hanya terhad kepada perjalanan sejauh tiga kilometer di sekitar Lembah Klang.

Kewujudan perkhidmatan yang disifatkan sebagai ‘pengangkutan pengantara’ itu bagaimanapun diharamkan oleh kerajaan terdahulu dengan alasan boleh mendatangkan pelbagai risiko dan membahayakan pengguna serta menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dego Ride Mula Beroperasi 2020

Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, 700 daripada lebih 4,000 permohonan sudah diluluskan untuk menjadi penunggang Dego Ride termasuk 50 daripada 100 pemohon wanita.

Teksi Motosikal Pertama Di Malaysia Dah Beroperasi, Lets La Rebut Peluang Pekerjaan Ini!

Penunggang lelaki hanya dibenarkan membawa penumpang sama jantina dan begitu juga sebaliknya dengan perjalanan dihadkan sejauh 10 kilometer. Perkhidmatan yang menyamai ‘Gojek’ di Indonesia dan ‘Motorsai Rap Chang’ di Thailang menawarkan tambang sebanyak RM3 bagi kilometer pertama, diikuti tambahan RM1 bagi setiap kilometer seterusnya di sekitar Lembah Klang.

Teksi Motosikal Pertama Di Malaysia Dah Beroperasi, Lets La Rebut Peluang Pekerjaan Ini!

 

“Syarat-syarat untuk menjadi rider adalah berumur 18 tahun ke atas, mempunyai lesen penuh B2, perlindungan insurans dan sekiranya berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian,” katanya yang berhasrat untuk perluaskan perkhidmatan itu ke negeri lain dalam masa terdekat.

Dego Ride juga bakal menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatan ini menggunakan kereta tetapi fokus utama ketika ini adalah perkhidmatan teksi motosikal.

So apa pendapat korang dengan teksi motosikal ini? Tapi apa pun penulis nasihatkan agar korang menjaga keselamatan, yang paling utama.

Sumber: Berita Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI