Pelakon berbakat besar, Hafidz Roshdi yang sebelum ini menjadi bualan hangat warganet apabila terpalit dengan isu curang dan polemik rumah tangga bersama Nurul Shuhada.
Baru-baru ini, bekas peserta Hero Remaja 2011/12 itu menzahirkan kesyukuran buat pihak media atas penerbitan artikel mengenai kerjayanya dalam industri seni tempatan.
Selain itu, Hafidz turut mengakui kata-kata semangat yang dititipkan penerbit terkenal tanah air, Tuan Jaja Ishak buat dirinya adalah sebagai usaha untuk memperbaiki diri dalam kerjayanya sebagai seorang anak seni.
“Hafidz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media di atas penerbitan artikel mengenai ruang dan rezeki buat saya di dalam industri. Saya sangat tersentuh hati dengan kepercayaan oleh Tuan Jaja Ishak.
“Seorang Penerbit yang saya hormati dan segani. Perkongsian dan kata-kata semangat dari beliau akan saya kenang sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri demi memberikan yang terbaik didalam kerjaya Hafidz.
Ads
“Tahap kesihatan dan semangat diri Hafidz adalah semakin pulih. Alhamdulillah. Ini adalah kerana bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang yang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan-rakan selebriti dan peminat Hafidz. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik kalian,” coretnya pada hantaran terbaharu di Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dirinya kini bersedia untuk kembali berkhidmat sebagai seorang pelakon demi menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan bapa selain untuk mencari rezeki yang halal.
“Hafidz kini bersedia untuk kembali bertugas. Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung Hafidz iaitu Humairah dan Umar.
Ads
“Jika pihak industri atau mana-mana pihak masih dapat menerima Hafidz, dengan rendah diri Hafidz dapat dihubungi melalui nombor seperti yang tertera di Instagram Hafidz.
“Saya juga terbuka untuk membuat tugasan seperti Product Review dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan Hafidz terus menerima rezeki yang halal,” ujarnya lagi.
Dalam kesempatan itu, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada orang ramai atas salah silapnya selama ini.
Ads
Dia juga berharap agar dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini selain memaklumkan isu peribadi membabitkan dirinya itu akan diadili tanpa menjejaskan mutu dan komitmen kerjanya.
“Hafidz mendoakan dan berharap dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini dan seperti kalian disamping isu peribadi yang Hafidz percaya akan diadili tanpa menjejaskan mutu kerja dan komitmen kerja Hafidz.
“Hafidz ingin memohon maaf jika ada salah dan silap dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” tulisnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama Chloé Zhaokini tercatat dalam sejarah dunia perfileman Asia dan Barat apabila beliau berjaya menjadi wanita berketurunan Asia pertama yang dicalonkan dan memenangi kategori Pengarah Terbaik pada acara Anugerah Golden Globe’s.
Lebih membanggakan apabila Chloé juga merupakan pengarah wanita pertama yang membawa pula trofi tersebut!
Kemenangan Chloé ini adalah menerusi filem Nomadland. Filem tersebut juga mencatat kenangan manis berganda apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik (Drama), Isnin lalu.
Bagi kita yang tidak biasa dengan Chloé Zhao, tentunya kita tertanya-tanya siapakah wanita berbakat ini dan apakah di antara projek filem lain yang telah diarahkan olehnya sebelum ini.
Ini 5 fakta menarik mengenai Chloé Zhao.
.
01
Chloé telah dilahirkan di Beijing China dan memasuki sekolah berasrama penuh di London sebelum dirinya bermastautin ke Amerika Syarikat.
Di Amerika, Chloé merupakan seorang pelajar jurusan produksi penerbitan filem di New York University: Tisch School of the Arts.
.
02
Pengarah berusia 38 tahun ini mula mencuri tumpuan peminat filem sedunia menerusi filem pertama arahannya, Songs My Brothers Taught Me (2015). Ia merupakan naskah yang ditulisnya sendiri semasa masih menuntuk di New York University.
Dua tahun kemudian, Chloé kembali dengan naskah The Rider pula dan sekali lagi, beliau menerima respon positif daripada pengkritik. Nomadland yang memenangi anugerah Golden Globes baru-baru ini merupakan projek terbarunya dan ia dinobatkan oleh Metacritic sebagai filem terbaik sepanjang 2020.
.
Chloe di set penggambaran Nomadland.
.
03
Biarpun kebanyakan penonton dari China belum pernah menonton Nomadland lagi, namun mereka telah bersorak ke atas kejayaan Chloé itu. Tanda pagar #ChloeZhaoWinsGoldenGlobeForBestDirector telah mencatatkan tontonan lebih 280 juta kali di laman media sosial Weibo!
Untuk berterima kasih kepada mereka, Chloé telah merekodkan satu video dalam bahasa Cina untuk mempromosikan filem Nomadland yang akan ditayangkan di China pada 23 April kelak.
.
04
So what is next for Chloé? Beliau ingin keluar dari zon selamat dan bakal mengarahkan filem adiwira pertamanya di bawah produksi Marvel Studios. Filem berjudul Eternals ini akan mengisahkan situasi selepas peristiwa Avengers: Endgame.
Dengar cerita, plot kali ini berkisar mengenai makhluk asing purba yang telah menetap di bumi secara rahsia selama beribu-ribu tahun lamanya.
05
Chloe kini menetap di Los Angeles bersama pasangannya, Joshua James Richards, tiga ekor ayamnya dan dua ekor anjing peliharaan.
*
Tahniah Chloé! Siapa lagi tak sabar menantikan sentuhan wanita dalam filem Marvel arahannya itu?
Terbaru, penyanyi dan anggota kumpulan AESPA, Karina membuat satu kenyataan mengejutkan apabila dia mengatakan bahawa dia secara peribadi ingin menjalankan kehidupan dengan wajah berbeza dan kurang memahami mengapa ramai yang memuji dirinya cantik.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube KBS Kpop dibawah rancangan berjudul ‘Lee Mujin Service’ episod ke-137, pengacara bertanya jika Karina atau nama sebenar Yu Ji Min (24) berpuas hati atau bersyukur dengan bentuk wajahnya selama ini.
Walau bagaimanapun, ketua kumpulan AESPA itu berkata dia kurang menyukai bentuk wajahnya namun bersyukur bila ada yang mengatakan dia cantik.
“Saya rasa wajah saya berpolar. Tapi saya bersyukur apabila orang kata saya cantik, tetapi secara jujurnya, kadang-kadang saya tidak begitu faham kenapa mereka cakap sedemikian”
Ujar penyanyi yang digelar sebagai wanita ‘AI-Goddess’ itu lagi, dia mempunyai bentuk muka tajam dan kadang kala tertanya bagaimana rasa jika mempunyai bentuk wajah yang lebih lembut dan bulat.
“Wajah kegemaran saya adalah seperti senior Shin Min Ah, Shin Se Kyung, dan Jun Ji Hyun!,” jelas pelantun lagu Drama, Supernova dan Armageddon itu.
Selain dari itu, Karina juga menambah bahawa dia cukup menyukai wajah manis dan lembut pelakon Park Bo Young serta mengaku bahawa dia ingin cuba merasai perasaan memiliki bentuk wajah sedemikian sekurangnya sekali seumur hidup.
Sekadar info, Karina AESPA baru sahaja melancarkan lagu single terbarunya secara rasmi berjudul ‘Up’. Sebelum ini, lagu tersebut hanya dinyanyikan secara tidak rasmi, namun selepas beberapa bulan diatas permintaan peminat, ‘Up’ telah dimuat naik dan meraih perhatian di semua platform penstriman muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah bosan dengan menu nasi berlauk, mungkin ada di antara kita yang teringin nak makan makanan barat.
Jadi kali ini Remaja nak kongsikan dengan korang resipi roti Carbonara yang menggunakan roti dan kuah carbonara yang selalu korang makan dengan pasta tu. Yang pasti kosnya jauh lebih murah dan rasanya setanding makanan barat yang dipesan di restoran. Hiks!
Bahan-bahan:
1 biji bawang holland (1 holland onion)
200g isi ayam cincang (200g ground chicken)
2 tin kecil sos carbonara (2 small can carbonara sauce)
1/2 cawan susu segar (1/2 cup fresh milk)
roti sandwich (sandwich bread)
CARA – CARA PENYEDIAAN INTI KARBONARA
1. Tumiskan satu biji bawang holland.
2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang dan tumis sehingga garing sedikit.
3. Masukkan dua tin kecil sos karbonara.
4. Masukkan setengah cawan susu segar.
5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam bekas atau tupperware.
PENYEDIAAN ROTI GORENG
1. Lenyekkan roti.
2. Letakkan inti carbonara tadi.
3. Lapiskan dengan satu lagi kepingan roti.
4. Tekap roti menggunakan cawan.
5. Anda akan dapat roti berbentuk seperti ini.
6. Pastikan minyak telah betul-betul panas dan goreng.