Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mereka tidak mengambil remeh soal kebajikan haiwan liar yang ditangkap hasil maklumat daripada orang awam. Semua haiwan itu dijaga, diberi makan dan ditempatkan di tempat bersesuaian sepanjang berada dalam kurungan.
Namun begitu, DBKL bukan sahaja menangkap haiwan terbiar itu, tetapi turut mengadakan program adopsi bagi membolehkan orang ramai mengambil haiwan tersebut untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Jika ingin melakukan adopsi haiwan ini, korang boleh mengunjungi Unit Kawalan Vektor dan Pest seperti yang tertera dalam alamat dibawah:
Ads
Unit Kawalan Pest,
Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar,
Off Jalan Loke Yew,
55200 Kuala Lumpur
Masa operasi bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan sesi petang pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi mereka di talian 03-92210419 atau email kepada unitkawalanpest@gmail.com
Ads
Siapa yang nak cari haiwan peliharaan itu boleh terus ke sana okay?
Singapura berjaya mencatatkan penambahan jumlah pelancong dari Malaysia dari bulan Januari hingga April pada tahun 2024 dan dijangka akan terus rancak menyambut lebih ramai pelancong dalam usahanya untuk kembali merancakkan tarikan baharu selepas pandemik Covid-19.
Menerusi satu sesi pengenalan tarikan baharu oleh Badan Pelancongan Singapura (Singapore Tourism Board) di ibu negara semalam, ia mengumumkan seramai 5.7 pelancong telah memasuki Singapura sepanjang empat bulan pertama tahun 2024 dan 420,030 orang pelancong daripada jumlah itu berasal dari Malaysia.
Sebagai perbandingan, jumlah tersebut dianggarkan 90 peratus daripada tempoh masa yang sama pada tahun 2019.
Maka, tidak hairanlah apabila Singapura kini sedang merancang pelbagai tarikan baharu yang menarik untuk korang kunjungi bermula tahun ini sehingga ke tahun 2025.
Salah satu tarikan yang menarik perhatian REMAJA semalam adalah kemunculan taman zoologikal pertama Asia di Singapura seawal tahun 2025.
Terletak di Mandai Wildlife Reserve, ia dikenali sebagai Rainforest Wild Asia and Africa dan merupakan depiksi elemen alam semulajadi yang dicipta semula berdasarkan landskap asal yang ada di benua Asia dan Afrika. Ini termasuklah landskap yang diilhamkan daripada negara Madagascar dan Sarawak, Malaysia!
Diilhamkan daripada Gua Mulu yang berada dalam pekarangan Taman Negara Mulu yang terletak di utara negari Sarawak, gambaran artis terhadap pembinaan tarikan baharu itu mencerminkan formasi batuan di Gua Mulu dan pohon-pohon ikonik dari Sarawak agar pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berada di Gua Mulu sebenar.
Jom lihat sedikit perbandingan antara Gua Mulu di Sarawak dan gambaran artis yang ditunjukkan di bawah:
Gua Mulu
Rainforest Wild Asia and Africa
Gambaran artis.
Menanti pengunjung di sebelah kawasan ‘Asia’ ini ialah kehadiran haiwan yang berasal dari Malaysia seperti harimau Malaya dan Beruang madu ‘Malayan Sun Bear’.
Turut ada di sini adalah spesis monyet François’ langur yang ditemui di negara Laos serta di utara Vietnam serta kawasan trek sepanjang 220 meter yang menempatkan spesis ular ‘cave racer’, kala jengking, lipas mendesis dan haiwan reptilia serta invertebrata lain.
Manakala di kawasan Afrika pula, korang akan menemui haiwan ‘rare’ seperti badak air kerdil (Pygmy Hippo) dan kuda belang hutan yang dikenali sebagai Okapi.
Harimau Malaya
Terdahulu, Mandai Wildlife Reserve menempatkan empat buah taman wildlife termasuklah Singapore Zoo, Night Safari, River Wonders dan Bird Paradise. Dengan pengenalan Rainforest Wild ini, tentunya ramai yang ternanti-nantikan pembukaannya seawal tahun 2025.
Mandai Rainforest Resort
Di samping tarikan-tarikan tersebut, Mandai Wildlife Reserve juga memperkenalkan sebuah resort mesra alam baharu dikenali sebagai Mandai Rainforest Resort di bawah pengurusan Banyan Tree.
Berkonsepkan penginapan di dalam habitat alam semula jadi, ia menempatkan 338 bilik pelbagai konsep termasuklah bilik berkonsepkan ‘treehouses’ berhadapan dengan kolam teduhan air.
Salah satu rekaan bilik di Mandai Rainforest Resort.
Tak sabarnya nak tunggu tahun 2025!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas.
Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca.
Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Remaja senaraikan beberapa petua yang disediakan oleh Public Health Malaysia di Facebook, untuk membantu menyejukkan badan.
“Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.
“Semasa cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong dan buah buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberi dan juga sup. Lidah buaya pula boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah.
“Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk. Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk,” tulis pada hantaran tersebut.
Untuk informasi, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini memaklumkan, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Johor Darul Ta’zim (JDT) akhinya menamatkan spekulasi mengenai laporan perpindahan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales apabila mengumumkan penyertaan bintang itu ke kelab berkenaan.
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu pada malam tadi mengesahkan Morales, sebagai pemain baharu mereka.
Dalam satu video pengenalan yang dimuat naik di laman Instagram Official Johor, Morales dilihat memakai jersi nombor 19, yang sebelum ini digunakan Akhyar Rashid.
Menjenguk ke ruangan komen pula, majoriti peminat menyambut baik pengumuman tersebut dan mengharapkan penambahan pemain kelahiran Columbia ini bakal membantu kelab JDT dalam mengekalkan takhta kejuaraan mereka selama ini.
“Juara lagi lah nampaknya JDT tahun ini,” komen seorang peminat.
“Welcome Morales to JDT!” sambut peminat lain.
“The guy who saved Malaysia against South Korea 3-3. OMG!” seloroh warganet lain.
Buat makluman, pemain berusia 26 tahun ini pernah mewakili PKNS FC, Melaka United dan Kuala Lumpur City.
Dia sah dijadikan pemain naturalisasi negara pada 19 Disember lalu dan membantu skuad kebangsaan mengikat Korea Selatan 3-3 dengan gol penyamaan dramatiknya dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia di Qatar bulan lalu. .
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!