Disaat ramai rakan-rakan penyanyi seangkatannya yang kian kurang aktif menghasilkan lagu serta album, lain pula ceritanya dengan penyanyi Dayang Nurfaizah yang meluncurkan album baharu pada minggu ini.
Album berjudul Belagu II itu merupakan kesinambungan daripada projek terdahulu, Belagu yang dilancarkan pada 2021 dan menuai pengiktirafan di acara Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun lalu.
Menariknya, keputusan Dayang untuk meneruskan penerbitan album yang memuatkan lagu-lagu Melayu klasik ini adalah atas semangat memperjuangkan genre berkenaan kepada generasi muda sekarang dan yang bakal tiba pada masa akan datang.
“Saya mahu semua pendengar khususnya generasi muda mengenali lantas menghargai khazanah lagu-lagu klasik Melayu kita.
“Jika kita sendiri tidak mengangkat warisan ini, lambat-laun akan berkubur begitu sahaja.
“Harap album (Belagu II) ini akan terus mengingatkan kita untuk meraikan lagu-lagu klasik Melayu demi generasi pada hari ini dan akan datang,” tinta Dayang yang kelihatan cukup anggun pada balutan album baharunya itu.
Ads
Untuk pengetahuan korang, album Belagu II mengandungi lapan buah lagu klasik Melayu yang disusun semula termasuklah sebuah karya baharu. Semuanya dari segi pemilihan dan keistimewaan lagu-lagu tersebut telahpun dijelaskan sendiri oleh Dayang menerusi hantaran video bersiri di akaun Instagram beliau.
Ini termasuklah lagu Nak Dara Rindu, Menanti Di Ambang Syurga, Ketipang Payung, Jauh Di Mata, Mengapa Dirindu, Sejak Ku Bertemu Padamu, Dari Hati Ke Hati dan Umpan Jinak Di Air Tenang. Rindu Menyapa pula merupakan karya baharu yang disertakan sekali.
Tamabah menarik, album studio ke-10 Dayang ini telah memakan belanja yang agak tinggi memandangkan ia menggunakan khidmat Budapest Scoring Orchestra.
Sekitar bulan September tahun lalu, Dayang dan pasukannya telahpun terbang ke Budapest, Hungary untuk merakamkan Belagu II bersama orkestra terkemuka yang pernah terlibat dalam penghasilan skor muzikal bagi filem terbaik Anugerah Oscar 2020, Parasite dan drama hit Korea, Squid Game!
Selain mereka, pembikinan album ini juga mendapat sentuhan pemuzik handalan Malaysia dan penerbit serta komposer terkenal tanah air, Aubrey Suwito.
Tak sabar rasanya untuk menantikan peluncuran Belagu II di semua platform digital bermula 27 Januari 2023 ini. Bagi belian album fizikal Belagu II pula, korang sudah boleh melakukan pra-tempahan dari sekarang.
Sementara menunggu tarikh peluncuran album Belagu II pada minggu hadapan, jom layan persembahan Dayang Nurfaizah yang membawakan lagu Greatest Love of All di acara Nona Superwoman Awards 2022, baru-baru ini yang sempat dirakamkan oleh REMAJA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kedua baru-baru ini sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan dan kesemua peserta layak ke minggu seterusnya.
Menerusi tema ‘Sama-Sama Naik’, bintang GV, Liza Aziz sekali lagi berjaya menduduki tangga pertama menerusi lagu ‘Wajah Siapa Dihatimu’ nyanyian asal oleh Azlina Aziz.
Selain itu, Dyrga Dadali turut kekal mendapat tempat kedua menerusi lagu Aishiteru dengan markah sebanyak 69.10%, sementara Sheila Abdull naik ke tangga ketiga (66.30%) selepas membawakan lagu nyanyian asal Mila Jirin ‘Persis Mutiara’.
Dalam pada itu, dua peserta GV11 iaitu The Lima dan Ning Baizura berkongsi markah 64.90% dan berjaya mendapat kedudukan di tempat keempat dan kelima dalam persembahan yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada malam Ahad.
Bagi penyanyi Ronnie Hussein (48.40%) dan Arrora Salwa (46.00%) melalui saat mendebarkan hampir tersingkir apabila berada di tangga dua terbawah.
Sementara itu, untuk minggu ketiga, para peserta mendapat cabaran menerusi tema ‘Ceritera’ dimana mereka harus menyanyikan lagu yang berkait rapat dengan kisah perjalanan hidup mereka.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP), sudah pasti ramai yang mengambil inisitaif bercuti dalam negara sahaja. Tapi bagi yang tidak bercadang untuk menghabiskan hujung minggu, korang bolehlah pergi ke 99 Wonderland Park yang terletak di Batu Caves, Selangor.
Bagi warga kota, korang tak perlu pergi jauh-jauh untuk sampai ke destinasi, inilah lokasi yang sesuai kerana bukan sahaja terdapat tarikan pada waktu siang, malah tarikan pada waktu malam juga sangat banyak!
Bukan sahaja sering menjadi tarikan orang ramai pada siang hari yang mempunyai tempat menarik seolah-olah berada di zoo, 99 Wonderland Park juga menjadi tumpuan pada waktu malam. Mana tidaknya lampu LED dia memang meriah dari siang hari guys!
Apa yang menariknya di 99 Wonderland Park ni?
– 99 Dinosaur Park
– 99 Panda Street
– 99 Wild Island
– 99 Zoo Lights
– 99 LED Eiffel Tower dan banyak lagi.
Ada jugak aktiviti yang best macam Petting Session, 99 Train, 99 Cruise, 99 Paddle Boat, 99 Carousel Madagascar dan Lampu LED pada waktu malam dekat dalam ni. Cantik sangat tempat ni. Jom lawati 99 Wonderland Park yang telah dibuka pada 28 Ogos 2020.
Lokasi: 99 Wonderland Park (Wildlife in The City)
Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.
Sumber:99 Wonderland Park
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya pada minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan tentang fenomena majalah Harper’s Bazaar China yang habis terjual disebabkan pemilihan Lisa Manoban dari kumpulan Blackpink sebagai penghias wajah hadapan (cover) bagi isu April 2021.
Pemilihan Lisa itu cukup tepat memandangkan bintang kelahiran Thailand itu kini sedang popular di China menerusi rancangan realiti Youth With You musim ketiga.
Pada cover tersebut, Lisa mencuri perhatian dalam persalinan bralette, jaket kulit dan topi dari jenama Celine – salah satu jenama yang mengambil Lisa sebagai duta globalnya.
Namun, seminggu setelah cover tersebut dimuat naik, Lisa terpalit dengan kontroversi akibatnya.
Menurut portal hiburan K-pop iaitu Koreaboo, Bazaar China memadamkan kesemua foto dan video promosi yang menampilkan Lisa platform media sosialnya kerana isu politik membabitkan pembuatan kain kapas (cotton) di daerah Xinjiang.
Untuk pengetahuan, beberapa syarikat jenama fesyen seperti Adidas, Nike dan H&M telah memboikot pembuatan kain kapas Xinjiang yang didakwa terpalit dengan isu pemaksaan buruh.
Daerah itu juga dikatakan mengamalkan diskriminasi terhadap etnik minoriti. Lalu, syarikat-syarikat ini enggan menggunakan kapas yang dihasilkan dari sana.
Disebabkan pemilihan Lisa yang merupakan duta adidas sebagai covergirl, Bazaar China memadamkan foto Lisa sebagai tanda sokongan terhadap boikot China ke atas adidas.
Terdahulu, dua selebriti popular K-pop yang berasal dari China telah memberikan sokongan terhadap pendirian China. Ini melibatkan bekas ahli GOT7, Jackson Wang yang menarik diri daripada kerjasama dengan adidas. Bekas ahli f(x) iaitu Victoria juga menarik diri daripada menjadi model H&M.
Bazaar China mahupun pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment setakat ini masih belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.
Malang juga nasib Lisa kan, penat-penat menyertai penggambaran cover majalah tetapi akhirnya perlu akur dengan kontroversi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!