Peserta Big Stage Alpha yang tersingkir pada minggu keempat, Que baru-baru ini meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya serta memaklumkan bahawa beliau masih belum mempunyai sebarang perancangan lanjut selepas penyingkiran.
Menurut Que atau nama sebenarnya Nazrul Fhad Sulaiman Bin Fahmi, beliau memberitahu dirinya mungkin memerlukan waktu untuk berehat sebelum memikirkan perancangan seterusnya.
“Saya rasa kosong. Saya tak tahulah. Saya rasa sedih, kesakitan dan perit itu yang saya tengah alami 100 peratus sekarang. Mungkin saya perlu rehat sebentar sebelum saya fikir upcoming project,” katanya ketika ditemui media selepas malam pementasan Big Stage Alpha minggu empat.
Dalam pada itu, juri Datuk Syafinaz Selamat (Tok Naz) turut mengingatkan bahawa setiap penyingkiran bukan pengakhiran bagi para peserta dan barisan para juri perlu memikirkan bahawa keserasian dalam sebuah kumpulan juga amat penting untuk dititikberatkan.
“Persembahan Que malam ini bukan yang terburuk tetapi kami juga perlu memikirkan tentang rancangan ini adalah untuk mencapai satu kumpulan pada akhirnya”
“Jadi kalau ikutkan hati saya nak simpan semua sampai akhir tapi rasanya kami tidak akan menggunakan imuniti X pada malam ini,” ujarnya.
Ads
“Que, anda masih boleh berjaya dan jangan patah semangat. Ini bukan satu-satunya platform yang ada. Ingat, awak boleh berjaya,” pesannya.
Selain itu, beliau turut memberi semangat kepada Que agar tetap kekal berusaha sehingga berjaya meraih impiannya.
“Seperti yang saya cakap, tak semestinya kalau awak kalah tak boleh berjaya, dan tak semestinya kalau awak menang pertandingan ini, awak boleh popular dan berjaya”
Ads
“Jadi, kerja lebih keras lagi sebab masih ada ruang dan tempat untuk awak di luar sana,” tambahnya lagi.
Sementara itu, juri tetap dan penyanyi Hael Husaini turut berharap agar Que lebih bersemangat dan kuat walaupun menjadi peserta kesembilan yang tersingkir pada Ahad, semalam.
“Que, saya harap ini bukan titik penamat untuk awak down. Awak sudah buat yang terbaik malam ini dan persembahan awak bukan antara yang terburuk,” kata Hael.
“Kalau ikutkan, ini cuma bukan rezeki. Pada pandangan saya sebagai seorang produser. Awak ada vokal yang baik dan saya yakin ramai (produser) sedang perhatikan awak,” ujarnya.
Ads
“Teruskan pandang ke hadapan dan keep it up,” tambah Hael.
Sekadar info, Big Stage Alpha merupakan spin-off pertama Big Stage dengan konsep 18 bintang lelaki akan bertanding untuk dijadikan sebuah kumpulan lelaki pertama di bawah naungan Astro. Walau bagaimanapun, kini hanya 9 orang yang berjaya mara ke minggu seterusnya.
Setiap minggu, para peserta akan diuji menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan mengikut tema yang diberikan.
Penjurian dikendalikan oleh barisan juri tetap seperti Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini, dan Edry Abdul Halim, manakala Dato’ AC Mizal tampil sebagai juri jemputan untuk minggu keempat.
Program yang dihoskan oleh gandingan mantap Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO serta sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atilia, yang ditemui baru-baru ini memaklumkan dia bersyukur kerana akhirnya impian untuk menjadi ahli akademik tercapai menerusi pelantikan berkenaan.
“Perkara ini berlaku sekitar tiga bulan lepas apabila secara rasmi saya dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar di School of Liberal Arts and Sciences dekat Taylor University Lakeside Campus, Subang Jaya.
“Menerusi pelantikan ini, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar muzik, teater serta persembahan selain yoga dan aktiviti-aktiviti lain.
“Pelantikan ini ibarat mimpi ‘gila’ yang tak pernah saya jangkakan akan menjadi kenyataan. Alhamdulillah, selain menyanyi, mengacara, berlakon, mengajar yoga, kini saya bergelar pensyarah pula,” katanya.
Atilia dalam masa yang sama memaklumkan pelantikannya dibuat berdasarkan pengalaman dalam bidang seni selain latar belakang pendidikannya yang merupakan graduan dalam jurusan pengiklanan dan ekonomi.
“Saya perlu ambil peperiksaan dan menjalani penilaian selama tempoh tiga bulan sebelum layak dianugerahkan gelaran profesor oleh universiti tersebut.
“Saya bersyukur kerana pengalaman empat dekad sebagai seni akhirnya melorongkan peluang untuk menjadi tenaga pengajar,” kongsinya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal dengan nama Shah Rukh Khan, bukan? Boleh dikatakan dialah figura Bollywood generasinya mempunyai aura serta populariti yang sangat luar biasa. Malah, nampak gayanya anak gadisnya juga mengikut jejak langkah bapanya ini.
Suhana Khan, anak perempuan bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan, diumumkan wajah baharu jenama gergasi kosmetik, Maybelline. Malah, The Hindustan Times melaporkan Suhana adalah salah seorang daripada empat muka baharu yang dipilih Maybelline sebagai duta.
Shah Rukh Khan sendiri memuat naik video Suhana pada majlis pengumuman dengan lagu Pretty Woman daripada filemnya, Kal Ho Naa Ho dimainkan sebagai latar.
“Tahniah atas pelantikan sebagai duta Maybelline, anakku. Bijak berpakaian, bijak bercakap. Syabas dan jika saya boleh mengambil kredit, dia juga dibesarkan dengan baik!”, tulis Shah Rukh Khan di Instagram.
Peminat Bollywood di Malaysia ingin tahu lebih dekat siapakah gerangannya anak kesayangan Shah Rukh Khan ini? Jom kenali Suhana Khan!
1. Anak Ayah
Dia sangat rapat dengan ayahnya sehinggakan pernah meletakkan status ‘daddy’s little girl’ di Instagram pada suatu ketika dahulu.
2. Peminat TV
Sebagai seorang yang suka dengan industri lakonan, Suhana Khan juga tidak ketinggalan menonton pelbagai filem dan siri TV popular. Antara drama TV paling disukainya ialah ‘Black Mirror’ dan ‘Orange is the New Black’.
3. Usia
Dilahirkan pada 22 Mei 2000 di Mumbai, Indua, Suhana Khan kini berusia 18 tahun.
4. Bola Sepak
Siapa sangka gadis jelita ini pernah menjadi kapten bagi pasukan bola sepak di sekolahnya.
5. Adik-beradik
Suhana merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Dia mempunyai seorang abang, Aryan Khan dan adik lelaki, Abram Khan.
6. Personaliti
Dalam temu bualnya bersama Vogue, Suhana Khan menyatakan bahawa dirinya merupakan seorang yang sangat pemalu. Sama seperti ayahnya dahulu.
7. Beauty With Brain
Selain bola sepak, Suhanan juga berbakat dalam bidang penulisan dan pernah memenangi pertandingan Katha National Story Writing Competition.
8. Pop Star
Suhana merupakan seorang peminat setia bekas ahli One Direction iaitu Zayn Malik.
9. Peminat
Walaupun belum muncul dalam mana-mana filem sebagai pelakon namun Suhana Khan kini sudah mengumpul peminat yang cukup ramai di laman media sosial.
10. Bakal Muncul Di Netflix
Like father like daughter, Suhana Khan juga bakal bakal muncul dalam filem ‘The Archies’ di Netflix. Wah, betul-betul berdarah seni la Suhana ni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon baru yang semakin meningkat naik, Ikmal Amry baru saja menamatkan penggambaran drama terbarunya di Astro Ria, Sejuta Rasa Buat Adelia, setelah back to back busy dengan jadual shooting.
Selain berlakon, bekas finalis Hero Remaja 2017 ini juga dilihat sering bergiat aktif bersama beberapa selebriti lain termasuklah Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf dalam arena bola sepak. Jangan tak tahu, mereka dah pun ada team sendiri, iaitu Challo FC.
Apa saja tentang Ikmal Amry, pasti peminat nak tahu kan?
Istimewa buat peminat semua, berikut merupakan 5 jenis minyak wangi yang menjadi favorite Ikmal Amry.
1. Dior Savouge
2. Creed Silver Mountain
3. Paco Rabanne 1 Million
4. Jo Malone
5. Ray Perfumes
Diam-diam rupanya Ikmal Amry dah pun mengeluarkan jenama minyak wanginya sendiri, Ray Perfumes by Ikmal Amry. Drama bersiri Gantung satu ketika dulu pernah melonjakkan nama pemuda ini dan sehingga kini, masih ada peminat yang menggelarkan dirinya sebagai Ray kerana wataknya dalam drama tersebut.
Sambutan hangat yang diterima membuatkan Ikmal memilih Ray sebagai jenama minyak wangi terbarunya.
Didatangkan dengan dua wangian inspirasi daripada Paco Rabbane 1 million untuk lelaki dan Jo Malone untuk perempuan, iaitu wangian pilihan Ikmal Amry sendiri.
So, lepas ni bolehlah korang dapatkan Ray Perfumes ni. Jangan tak tidur malam pula lepas ni sebab dapat ‘bau’ Ikmal ya. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!